13

11 1 0
                                    

Aku menghulurkan bangku kecil dan menyuruhnya duduk. Kain bersih dan ais batu diambil didalam laci untuk meredakan lebam dipipi Ilias.

Kerusi ditarik dan aku duduk berhadapan dengan Ilias. Walaupun sedikit janggal, tetapi rasa serba salah kuat mencengkam jiwa. Ais dibalut dengan kain bersih dan sebelum sempat hendak menyentuh pipinya, Ilias bersuara.

' A..awak buat apa ni ? Saya okay, tak perlu nak letak ais dekat lebam ni, nanti hilang la tu ' Ilias cuba berdalih.

' Ilias. Izinkan saya, please? '

Kalau boleh, memang aku taknak dan tak akan sesekali buat benda ni, tetapi bila difikirkan semula, pergaduhan antara Ilias dan Daniyel bermula daripada aku! Aku yang bersalah! Dan aku perlu balas balik jasa Ilias. Ya, aku mesti!

' Kenapa awak mengeluh tadi ? Masa kita nak jalan datang sini, saya dengar awak mengeluh. ' Ilias memulakan perbualan kerana merasakan yang situasi antara dia dengan Ayu sangat "sunyi".

Aku hanya menghadiahkan senyuman yang dibuat-buat sahaja.

' Kenapa? Awak mengeluh sebab awak tak ikhlas nak ubat pipi saya ni ke ? Kalau tak mahu it's okay. Lebam ni sikit je, esok-esok sembuh la tu ' sedikit mengasak apabila Ayu hanya mendiamkan diri daripada tadi.

' Awak, saya yang suruh awak datang sini so awak takde hak nak nilai keikhlasan saya, okay?  Saya lap lebam awak ni sebab... '

Ilias merenung sayu wajah Ayu. Rasa kasihan pula melihat gadis ini. Mahu dipeluk-peluk sahaja tetapi Ilias masih waras. Dia tahu hukum halal dan haram kerana dididik baik oleh kedua ibu bapanya.

Tahan Ayu tahan! Jangan sesekali biarkan air mata kau jatuh! Hajat hanya sekadar hajat. Air mata Ayu pantas membasahi pipi, dibiarkan diri bertenang sebelum meneruskan bicara yang tergendala tadi.

' Saya buat... saya lap lebam awak sebab saya taknak terhutang budi dengan awak! Saya tahu awak sakit, kalau tak sakit takkan saya tonyoh sikit dekat lebam tu dah berkerut muka. Ambil ni, kata tak sakitkan? Saya pergi dulu. Nanti saya panggil sesiapa tolong lapkan pipi tu. '

Air mata mengalir perlahan. Aku meletakkan bekas berisi ais di sebelah Ilias sebelum berlalu pergi.

Sebelum sempat mengambil beberapa tapak, Ilias menggapai pergelangan tanganku lembut. Terdorong sedikit badanku sehingga aku terduduk diatas kerusi berhadapan dengannya.

' Saya sakit. Saya tak boleh nak lap pipi saya sendiri, tangan saya pun sakit akibat tumbuk muka lelaki itu tadi. Saya taknak sesiapa rawat saya. Saya nak awak yang buat. Saya nak awak. Only you. '

Mata bertentang, lama. Masa seakan berhenti. Wajah kian membahang saat kata-kata itu diucapkan. " Only you ". Apa maksud dia?

Khayalanku terganggu apabila Ilias menghulurkan kain yang berbalut ais tadi kepadaku. Riak muka simpati ditunjukkan. Aku mengambilnya dengan perlahan sebelum menyambung semula kerjaku meletakkan kain sejuk itu ke pipinya.

Ketika melihat Ilias berkerut sedikit kerana menahan sakit. Hati diruntun pilu, kalaulah Ilias tiada tadi, entah apa yang dibuatnya oleh Daniyel tadi. Tetapi, kalau Ilias tak muncul, dia tak akan ditumbuk sehingga lebam macam ini.

Sebak ditahan semahu-mahunya tapi masih, tetap tidak dapat membendung rasa sedih yang teramat. Air mata jatuh, dikesat semula, jatuh lagi, dikesat kembali. Entah berapa kali perlakuan itu dilakukan sambil diperhati Ilias. Ah! Aku tak kesah. Dah sedih nak buat macam mana? Aku bukannya jenis yang boleh tahan sendu.

' Auch.. '

' Sorry. Saya rasa bengkak dekat muka tu dah mula surut. Tadi awak kata tangan awak sakit juga kan? Mana? '

Ilias menghulurkan tangan kanannya mendekati wajahku. Jelas kelihatan kesan merah dibahagian jari tanda Ilias menumbuk Daniyel dengan sangat kuat.

' Ya Allah. ' Hanya itu sahaja yang dapat terungkap dari bibir. Perasaan serba salah dan kasihan terhadap lelaki itu semakin menebal. Sambil menahan sendu, aku mengelap perlahan tangannya itu.

Tiba-tiba, Ilias menghulurkan sehelai tisu kearahku. Aksi ini, ya, aku ingat! Perbuatan inilah yang Ilias lakukan semasa aku sedang menangis 3 tahun dahulu.

Dengan lembut, Ilias mengelap air mataku dengan menggunakan tisu tadi apabila aku tidak menyahut pemberiannya. Aku memandangnya dan mengucapkan terima kasih seraya mengambil tisu itu dari pegangannya.

Niat dihati memang hendak bertanya tentang siapa gerangan lelaki tadi. Kenapa dia menangis, adakah disebabkan aku atau orang lain ? Persoalan demi persoalan yang tidak terjawab disimpan kemas dalam hati. Nantilah, mana tahu bila berjumpa esok hari, boleh dia gunakan soalan-soalan itu untuk berbual dengan Ayu.

' Hey merpati dua sejoli ni, berdua-duaan pula. Nak kena tangkap basah ke ? '

Muncul Ikram entah dari mana datangnya dia. Entah-entah dia dah ada dekat sini dah lama kot? Alamak, malunya!

' Ambil bekas dengan kain ini Ikram, lepastu lap dekat luka Ilias dan jangan fikir bukan-bukan. Saya bukan jenis perempuan yang macam awak fikirkan '

Ayu memberi amaran kepada Ikram sebelum melangkah keluar dari ' Khemah Kecemasan '.
Semasa hendak beredar, Ilias sempat memberikan senyuman manis kepadaku. Tetapi sayang, aku hanya membalasnya dengan wajah kosong.

Kenapa setiap kali berjumpa dengan Ilias, hati kian berdegup kencang? Kenapa aku bersikap baik keatasnya walhal aku mesti membencinya? Adakah perasaan benci itu telah bertukar ke arah yang bertentangan? Tidak! Tak mungkin. Hati ini tidak akan sesekali jatuh keatasnya. Sesekali tidak akan!
















Cengeng !Where stories live. Discover now