Sebulan berlalu dengan pantas.Sedar tidak sedar semua persiapan pertunangan Yuri dan Ervin siap dilakukan.Hanya tinggal dua hari sebelum majlis tersebut berlangsung.Jika mengikut pendapat Yuri dan keluarganya di kampung majlis pertunangan itu hendak dilakukan secara kecil-kecilan sahaja.Namun,Datin Kasma membantah keras cadangan itu.Dia ingin memperkenalkan Yuri kepada semua kenalannya.Jadi majlis pertunangan dia dan Ervin akan diadakan secara besar-besaran.Hotel Paradise milik Datin Kasma adalah tempat yang dipilih untuk melangsungkan majlis pertunagan Yuri dan Ervin.
Yuri tidak membantah keputusan Datin Kasma kerana baginya itu hak mereka.Mereka ada duit.Jadi sukahati merekalah hendak buat majlis pertunangan sebesar mana pun.Dia hanya mengikut.Seminggu sebelum majlis itu berlangsung,Ervin menyuruh Yuri mengambil cuti sehinggalah majlis pertunangan mereka selesai.Katanya selepas bertunang nanti,Yuri akan kembali tinggal di hostel Pizza Star yang sudah selesai diubahsuai.Ini kerana Yusof dan Hasnah sudah berbising mengatakan tidak elok duduk serumah dengan bakal tunang walaupun Farah dan Ima ada bersama.Sekali lagi Yuri mengikut saja kata mereka.
Semakin hampir dengan tarikh pertunangan semakin Yuri rasa tidak sedap hati dan jiwanya tidak tenteram.Seperti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.Dia sebenarnya banyak kali terfikir untuk membatalkan majlis pertunangan itu.Namun,setiap kali melihat wajah emak dan abahnya yang begitu ceria untuk menerima Ervin sebagai bakal menantu,niat Yuri mati begitu saja.Lagipun Yuri tidak sanggup mematahkan hati Ervin juga mengecewakan Datin Kasma dan Farhanah.Mereka semua terlalu banyak berbudi dan terlalu baik dengannya.Yuri bukan tidak mencintai Ervin,cuma seperti ada sesuatu yang menjadi jurang antara mereka…
“Abang dengar Yuri dah nak bertunang?”
Pertanyaan Amri mematikan lamunan Yuri.Ketika itu mereka berdua sedang makan malam di sebuah restoran.Petang tadi, Amri menelifon dan mengajak Yuri keluar untuk membincangkan sesuatu.Yuri yang daripada dulu merasakan Amri ada masalah mengikut saja permintaannya.Tanpa pengetahuan Ervin atau sesiapa,dia berkunjung ke restoran yang agak tersorok daripada pemandangan ramai. Amri sudah memesan makanan dan minuman kegemaran gadis itu sebelum dia datang.
“A,ah abang.Dua hari lagi.”
“Sampai hati Yuri tak cakap dengan abang.Tak sudi nak jemput abang ke?.” Amri kelihatan merajuk dan Yuri tersenyum hambar.Wajah yang agak berserabut di hadapannya itu ditenung lama.Apa sebenarnya masalah yang dihadapi pemuda itu? Langsung tiada secalit keceriaan di wajah itu.Apa yang Yuri lihat hanya lakonan untuk menyenangkan hatinya.
“Yuri dah cuba telifon abang banyak kali.Tapi abang tak jawab panggilan.Mesej Yuri pun abang tak balas.Jadi jangan nak salahkan Yuri pulak.”
“Yalah,yalah.Abang yang salah.” Amri meneguk air dan Yuri turut meminum jus epal di depan mata.
“Sebenarnya kenapa abang nak jumpa Yuri ni? Abang ada masalah nak kongsi dengan Yuri ke?” Yuri bertanya dengan perasaan ingin tahu.
“Em,memang pun abang nak berkongsi masalah dengan Yuri.Tapi sebelum tu,kita makan dulu.”
Untuk menyedapkan hati Amri Yuri cuba menghabiskan makanan secepat mungkin.Nasi goreng cili padi yang terhidang di depan mata sedikit membuka selera Yuri.Setelah makanan dan minuman dihabiskan Yuri kembali bertentang mata dengan lelaki itu.Entah kenapa jantungnya tiba-tiba berdegup laju dan kepalanya terasa pening.Pemandangannya sedikit kabur.
“Apa masalah yang abang nak ceritakan tu?” Yuri masih bertanya walaupun dia pening-pening lalat.
“Sebenarnya masa rumah abang kena rompak dulu,duit hantaran perkahwinan abang dengan Huda dirompak sekali.” Yuri sesak nafas.Patutlah Amri kelihatan resah dan gelisah.Belum sempat Yuri menyambung pertanyaan,mulutnya terasa dipaku dan badannya tidak mampu bergerak.Dunianya hitam dan dia rebah.
“Maafkan abang Yuri.” Amri memandang sesusuk tubuh yang telah pengsan di hadapannya dengan wajah seribu penyesalan.
………………………
Bunyi nada dering henpon yang agak bingit mengejutkan Yuri daripada terus dibuai mimpi.Apabila tersedar,dia mendapati sedang berada dalam sebuah bilik yang tidak dikenali.Perkara pertama yang dilihat adalah keseluruhan tubuhnya.Alhamdulillah,pakaian masih tersarung di tempat yang sepatutnya.Namun,kepalanya masih terasa sedikit berpinar.Apa yang terjadi semalam? Mana Abang Amri? Mengapa dia meninggalkan aku di sini.Yuri mengambil henpon yang masih terjerit-jerit mengalunkan lagu Ace.
“Hello?”
“Yuri,kau dekat mana? Kenapa abah telifon banyak kali kau tak angkat?” Tengkingan Yusof daripada hujung talian membuatkan Yuri terpempam seketika.Kenapa abah nak marah-marah ni?
“Yuri baru bangun tidur abah.Kenapa?” Yuri tidak berani mengatakan yang dia telah tidur di sebuah tempat yang dia tidak tahu lokasinya.
“Kenapa kau tanya?.Eh,abah nak tanya ni.Apa yang kau dah buat dekat Ervin sampai dia nak batalkan majlis pertunangan kau orang? Apa yang telah terjadi?!”
Terasa masa berhenti berpusing.Yuri silap dengar atau dia masih bermimpi?.Yuri menampar pipi sendiri.Sakit! Sah dia tidak bermimpi!Nafas terasa sesak.Ervin membatalkan majlis pertunangan mereka? Biar betul?!
“Ayah tak tahulah apa masalah kau orang berdua.Tapi tolonglah selesai dengan baik.Mujurlah ini cuma majlis pertunangan.Kalau nak kahwin tiba-tiba tak jadi,mana abah dengan emak kau nak letak muka.Boleh ayah tahu kenapa Ervin batalkan pertunangan kamu?” Yusof mengulang bicaranya dan Yuri yakin semua itu bukan mimpi.Terasa lemah segala urat sendi.Henpon melurut jatuh ke atas lantai.Apa yang telah terjadi?.
YOU ARE READING
Bila Kuli Jadi Artis
General FictionMayurie Rosella, nama yang pelik, namun pemilik nama itu adalah gadis yang biasa-biasa saja. Yuri seorang gadis lepasan SPM, bekerja di Pizza Star dan berasal daripada keluarga serba kekurangan. Kelebihannya hanya satu, dia memiliki suara yang merdu...