Mak Piah,tukang basuh pinggan mangkuk kotor Pizza Star tersenyum lebar apabila Yuri menyatakan yang dia akan mengambil alih tugasnya malam itu.Orang tua yang berusia 57 tahun itu sudah enam tahun berkhidmat di Pizza Star.Akibat kematian suami dan hanya mempunyai seorang anak angkat yang tidak berguna,dia terpaksa bekerja untuk menampung hidup sendiri.Mujurlah,Pizza Star masih memberikan ruang untuk golongan tua seperti Mak Piah bekerja.Jika tidak Yuri pun tidak tahu orang tua itu hendak makan apa.
Pernah juga Yuri dan beberapa orang staf Pizza Star yang lain bertanya sampai bila Mak Piah hendak bekerja.Dan jawapannya,selagi tulang empat keratnya boleh berfungi,selagi itulah dia akan keluar mencari rezeki.Dia tidak mahu tinggal di rumah orang tua-tua atau menumpang di rumah saudara mara.Mak Piah tidak mahu membebankan sesiapa.
Kadang kala Yuri kasihan melihat keadaan orang tua itu.Malangnya,apalah daya dia hendak menolong.Dia pun kuli.Lainlah kalau dia banyak duit,bolehlah dia menghulurkan sumbangan untuk membantu orang tua itu.Mak Piah selalu mengalami asma dan sakit-sakit badan sewaktu bekerja.Walaupun kerjanya hanya membasuh pinggan mangkuk,namun bagi Yuri kerja seperti itu agak teruk untuk wanita seusianya.
Apabila memandang seraut wajah tua itu,Yuri teringat akan bapanya.Sepatutnya dalam usia seperti itu mereka tidak perlu bekerja lagi.Tapi,apakan daya untuk menampung keluarga,mereka perlu menghabiskan usia tua mereka dengan membanting kudrat yang ada. Sudahlah kos kehidupan sekarang agak tinggi dan pelbagai perbelanjaan diperlukan.Banyak kali Yuri berfikir,alangkah bagusnya jika dia ditakdirkan menjadi seorang yang kaya raya.Sudah tentu dia tidak akan membenarkan abah bertugas sebagai pengawal keselamatan lagi.Dia lebih suka jika bapanya duduk di rumah dan menghabiskan waktu tuanya bersama emak dan membanyakkan amal ibadat kepada Allah.Namun,dia tahu itu semua hanya angan-angan.Beruntunglah kepada insan yang dilahirkan dalam keluarga sedia kaya.Tidak perlulah mereka bersusah payah memikirkan cara untuk mencari duit.
“Sayang,mengelamun apa tu? Saya panggil banyak kali tak dengar?” Satu bisikan lembut menyapa telinga menyebabkan Yuri tesentak.Sebuah pinggan yang dia pegang,terhempas ke bawah.Pecah berderai di atas lantai dapur Pizza Star.
Semua staf yang berada di dapur saat itu terkejut dan Yuri memandang gerangan orang yang telah memeranjatkannya.Terkebil-kebil mata coklat cair itu melihat Yuri.Geram betul!.Entah bila Ervin berdiri di situ,dia tidak perasan.Suka sangat menggangu! Yuri tidak mempedulikan pertanyaan atau pandangan Ervin.Bengang sebab pemuda itu menipu sewaktu pertandingan teka-teki tadi.Bukan hendak minta maaf pun.Bahkan,setelah permainan itu tamat Ervin masih setia menggelakkan Yuri.Sengal punya Daniel Ervin!
Sepanjang satu jam Yuri berada di dapur membasuh pinggan mangkuk,tidak pula pemuda itu datang menjenguk.Sekarang baru sibuk hendak mengacau.Yuri tiba-tiba rasa hendak merajuk dengan perbuatan Ervin itu.Eh,yang kau nak sentap tak tentu pasal ni,apahal pulak Yuri?
Belum sempat Ervin bertanya soalan lain ,Yuri segera mencangkung dan mengutip serpihan kaca di atas lantai.Tidak mahu serpihan kaca itu terpijak oleh staf Pizza Star yang lain.Malang tidak berbau,sewaktu mengutip salah satu daripada serpihan itu tangan Yuri terkena pada bahagian tajam dan terluka.Kelihatan beberapa titis darah mengalir keluar daripada jari telunjuknya.
“Ya Allah,Mayurie Rosella,siapa suruh awak kutip kaca tu pakai tangan!”
Ervin terjerit kecil apabila melihat jari Yuri berdarah.Yuri tidak sedar yang Ervin meninggalkannya dan pergi mengambil penyapu dan pengaut sampah.Kemanalah fikiran dia melayang hingga tidak perasan akan hal sekeliling.Ervin menarik tangan Yuri agar berdiri dan pemuda itu membelek jari Yuri yang terluka dengan penuh perhatian. Yuri terkejut melihat air muka Ervin yang penuh kebimbangan dan tidak seceria tadi.
“Tunggu sini sekejap,saya ambil handyplastdalam ofis.” Ervin bergegas meninggalkan Yuri dan memasuki ofis.Yuri memegang dada.Rasa pelik semacam.Ya Allah,kenapa Ervin buat memek muka macam tu? Macamlah aku ini sedang cedera parah.Dia betul-betul bimbangkan keselamatan aku ke?.Bimbang itu tanda sayang.Dia sayangkan aku ke?.Yuri baru sedar akan sesuatu.
YOU ARE READING
Bila Kuli Jadi Artis
Ficção GeralMayurie Rosella, nama yang pelik, namun pemilik nama itu adalah gadis yang biasa-biasa saja. Yuri seorang gadis lepasan SPM, bekerja di Pizza Star dan berasal daripada keluarga serba kekurangan. Kelebihannya hanya satu, dia memiliki suara yang merdu...