Hari ahad merupakan hari yang paling memenatkan buat semua staf Pizza Star.Pelanggan berduyun-duyun berkunjung ke restoran untuk menjamu selera bersama ahli keluarga atau pasangan masing-masing.Mujurlah hari ini,Yuri bekerja shift pagi.Menjelang pukul enam petang tugasnya tamat.Itu pun dia terpaksa bekerja waktu tambahan selama dua jam.Badan terasa letih dan kaki terasa kejang kerana terpaksa berdiri dan melangkah ke sana sini hampir sepuluh jam lamanya.
Setelah pulang ke hostel Yuri menunaikan solat asar sebelum merebahkan diri ke atas katil bujang.Jam penggera henpon diset agar berbunyi pada pukul tujuh.Bimbang jika terus terlelap hingga terlepas waktu maghrib.Disebabkan badan yang terlalu penat,Yuri terus tertidur.
Yuri merasakan dia baru saja terlena apabila henponnya mengeluarkan bunyi nyaring. Dia menggapai henpon yang berada tidak jauh di sisi dan mematikan bunyinya.Sudah pukul tujuh petang.Dia menghela nafas panjang sebelum memisat mata yang masih mengantuk.Beberapa ketika,telinganya dapat menangkap bunyi sesuatu yang menyeramkan.Bunyi yang berdecit seperti jeritan anak kecil yang sedang kesakitan.Yuri cam bunyi itu.
Dia bingkas bangun daripada baring dan terus duduk di birai katil.Dia menelan liur dan mata liar memandang ke kiri dan ke kanan.Yuri berdoa dalam hati agar ia bukan makhluk yang satu itu.Sudahlah tiada sesiapa dalam hostel saat itu.Jika makhluk itu datang,siapa mahu membunuhnya?.Jantungnya mengepam darah dengan laju dan tangan mula menggigil.
Selang beberapa minit,sesuatu yang bewarna hitam terbang melayang di atas siling bilik Yuri.Yuri yang menggelabah berlari keluar daripada bilik apabila makhluk itu melayah terbang hampir mengenai wajahnya.Sudahlah saiznya besar dan bunyinya menyeramkan.Sungguh Yuri rasa sangat takut saat itu.Apabila tiba di luar bilik,dia berdiri di hadapan chiller dan bersedia untuk berlari ke bahagian bawah Pizza Star jika makhluk itu mendekatinya.Dari kejauhan Yuri dapat melihat makhluk itu terbang memusing keseluruhan siling hostel.Mata makhluk itu tidak dapat berfungsi dalam keadaan terang.Jadi makhluk itu terbang dengan melanggar apa sahaja di hadapannya.
Jantung Yuri hampir saja tercabut apabila makhluk itu jatuh ke lantai berhampiran kakinya.Pantas saja dia berlari keluar daripada pintu yang memisahkan hostel dan bahagian Pizza Star.Takut punya pasal Yuri berlari laju menuruni anak tangga hostel tanpa memakai selipar.Tiba di pertengahan anak tangga,dia tersadung kaki sendiri dan hampir melayang menyembah lantai.Mujurlah satu tubuh yang berada di hadapan sempat menghadang dia daripada terus jatuh ke bawah.Yuri tersembam di atas dadanya dan Ervin menahan diri daripada jatuh bersama.
“Ya Allah,Yuri,apa yang awak buat ni?” Ervin bertanya cemas.Terkejut melihat buah hatinya seperti baru dikejar hantu. Yuri segera menjarakkan diri daripada terus melekat pada Ervin.
Yuri yang sedang termengkelan berasa pelik apabila melihat wajah Ervin yang bertukar merah dan pemuda itu segera berpaling ke arah lain.Mengapa wajahnya sebegitu?.Seperti malu apabila memandang Yuri.Dan Yuri memperoleh jawapannya apabila dia memandang tubuhku sendiri.Alamak,dia cuma memakai sehelai singlet dan sehelai seluar pendek!
“Kenapa awak berpakaian begitu Yuri? Kalau orang lain nampak macammana? Pergi masuk hostel .Salin baju dan seluar tu.” Ervin bersuara tegas tanpa memandang Yuri.Langsung tidak terfikir mengapa gadis itu memakai pakaian yang mengancam jiwa lelakinya.Mujurlah dia masih berfikiran waras!
“Saya takut…”
“Takut apa?”
“Ada benda dalam bilik saya.” Yuri tergagap-gagap seraya menahan malu.Tidak pernah dia berpakaian sebegitu seksi meskipun dihadapan abang-abangnya sendiri mahupun Yusof!
“Benda apa Yuri.Tolonglah pergi pakai baju awak.” Suara Ervin semakin meninggi saat itu.Bimbang yang dia akan mendengar bisikan-bisikan syaitan.
YOU ARE READING
Bila Kuli Jadi Artis
Ficțiune generalăMayurie Rosella, nama yang pelik, namun pemilik nama itu adalah gadis yang biasa-biasa saja. Yuri seorang gadis lepasan SPM, bekerja di Pizza Star dan berasal daripada keluarga serba kekurangan. Kelebihannya hanya satu, dia memiliki suara yang merdu...