"Wah,sedapnya!" Yuri meneguk rakus segelas kecil air Mocha Frappe yang dibuat oleh Kak Ifa sebelum tersenyum kepuasan.Dalam cuaca panas sebegini,apabila dapat meneguk minuman berais,nikmatnya sangat dirasai.Pizza Star adalah sebuah restoran yang mempunyai penghawa dingin.Walaupun begitu akibat cuaca panas terik di luar,bahangnya tetap dapat dirasai."Kau cadangkanlah pada pelanggan agar membeli ice blend banyak banyak.Nanti bolehlah akak buatkan air subsidi untuk kau." Kak Ifa yang sedang membasuh gelas di bar bersuara ke arah Yuri yang berdiri tidak jauh darinya.Yuri tersenyum senget.
Air subsidi yang dimaksudkan Kak Ifa ialah air lebihan yang dibuat apabila pelanggan memesan minuman yang berbentuk ice blend atau yogurt.Selalunya Kak Ifa akan membuat air tersebut dengan banyak apabila pelanggan memesan minuman tersebut dalam kuantiti yang banyak.Bila banyak minuman yang lebih,Kak Ifa akan memberikannya kepada Yuri dan staf servis yang lain.
"Yuri,awak minum air apa tu?" Satu suara yang menegur dari arah belakang membuatkan Yuri tersedak kecil.Apabila Yuri berpaling ke belakang,Ervin sedang melihat Yuri dengan senyuman kecil.Pantas saja dia menghampiri Yuri dan menepuk lembut belakang badan Yuri.
"Minum tu janganlah gelojoh sangat.Kan dah tersedak." Dia menegur lembut dan Yuri segera menepis tangannya yang masih berada di belakang badan.Kak Ifa yang memerhati tersengih seperti kerang busuk.
"Bukan sebab saya minum gelojoh,masalahnya awak tu yang mengejutkan saya." Yuri menjawab bengang apabila sudah boleh bernafas lega.Apabila Yuri menatap wajah Ervin,dia masih tersenyum ceria.Aduhai,kenapalah dia ini suka sangat tersenyum macam tu dekat aku? Hati ini berdebar tidak tentu pasal.Kata Yuri dalam hati.
"Maaflah,saya tak sengaja.Awak minum air apa ni?" Belum sempat Yuri menjawab,Ervin selamba mengambil gelas yang Yuri pegang tadi dan meneguk lebihan air di dalamnya.Yuri dan Kak Ifa tercengang.
"Ni air Mocha Frappe kan?" Ervin bertanya lagi dan Yuri menelan liur.
Takkanlah sebab Yuri minum air itu Ervin mahu memarahi Yuri.Jika mengikut prosedur kerja Pizza Star air lebihan seperti yang Yuri minum itu perlulah dibuang dan tidak boleh diberi kepada staf.Jadi,maknanya Yuri sudah melanggar peraturan.Dia kan bos,kalau dia memaki Yuri atas kesalahan meminum air subsidi itu,tidak ke malu muka Yuri?.Yuri sama sekali tidak akan menyalahkan Kak Ifa.Otak Yuri bersoal jawab sendiri.
Ervin terpinga pinga seketika apabila Yuri tidak menjawab soalannya.Bahkan Yuri mengeluarkan not sepuluh ringgit daripada wallet yang tersimpan dalam apronnya dan memasukkan duit itu ke dalam poket baju Ervin.Ervin sedikit tersentak apabila Yuri berbuat sedemikian rupa.Belum sempat Ervin membuka mulut Yuri keluar daripada bar dan menuju ke pintu hadapan Pizza Star. Takut jika Ervin memarahinya atas kesalahan meminum air lebihan itu.Tapi,Ervin pun minum kan?
"Hei,dah janji dengan saya kan tak nak buat perangai macam ni lagi?" Ervin menarik lembut bahagian belakang vest Yuri apabila gadis itu hampir dengan pintu hadapan Pizza Star.Yuri kecut perut.Sebelum ini Ervin ada nampak Yuri minum air subsidi ke? Bukankah Ervin selalu memerhatikannya? Ada juga kena buang kerja!
Ervin berdiri di hadapan Yuri dan memandang gadis itu dengan wajah yang agak sedih.Kebelakangan ini Ervin berasa bahagia sangat apabila Yuri kelihatan ingin berbaik dengannya.Yuri boleh membahasakan saya dan awak ketika berbicara dengannya dan gadis itu jarang meninggikan suara seperti dahulu.
"Er..janji apa? Perangai apa?" Yuri tidak faham.
"Nampak,dah lupa pulak.Tak sukalah macam ni." Ervin bersuara dengan nada seperti orang merajuk.Yuri memberanikan diri untuk menatap wajah yang sentiasa tampan itu. Wajah yang kelihatan cemberut memandang Yuri.
"Maaf.Saya tak sengaja melanggar prosedur kerja.Saya tak sepatutnya minum air tu." Yuri menundukkan kepala dan meminta maaf.Sebelum Ervin memaki dirinya lebih baik dia meminta maaf terlebih dahulu.Ervin mengecilkan mata dan tercengang.Tidak memahami bicara Yuri.
YOU ARE READING
Bila Kuli Jadi Artis
General FictionMayurie Rosella, nama yang pelik, namun pemilik nama itu adalah gadis yang biasa-biasa saja. Yuri seorang gadis lepasan SPM, bekerja di Pizza Star dan berasal daripada keluarga serba kekurangan. Kelebihannya hanya satu, dia memiliki suara yang merdu...