Bab 1 : Kaki Kipas

182 3 4
                                    

" Mak cik , nasi goreng je harini !! "

" Ko Amri , ko nak makan ko beli . Kalau ko tak nak, ko diam "

" Alaa , mak cik !! Gurau pun tak boleh ek ? Sensitif sangat . "

" Takdenya masa aku nak sensitif dengan ko. "

" Yelahtu mak cik . Nasi goreng satu . Nak telur besar sikit "

Amri mengeluarkan dua keping not RM 1.00 dari poket seluar dan menyerahkannya kepada Mak Cik Diah .

" Terima kasih , mak cik . "

Amri bergerak ke meja kosong di penjuru kantin dan melabuhkan punggungnya di situ . Dia mula menyuapkan sesudu nasi goreng ke mulut .

"Sedap jugak nasi goreng ni. Hmmm, kalau dah lapar ni , sumbat je apa pun , mesti sedap ;) " bisik hati Amri.

Amri begitu berselera melantak nasi goreng kantin yang bolehlah dikatakan sebagai satu-satunya menu yang dihidangkan di kantin sekolah itu.

Mak cik kantin di sekolah Amri mengamalkan prinsip "kau nak makan kau beli,taknak sudah" .

Perut Amri sendiri pun sudah kebal walaupun sebelum ini dua bulan juga dia trauma kerana sakit perut dek penangan sambal makcik kantin terbabit .

" Tetiba perut aku meragam bila teringatkan sambal tumis Cik Diah . Bertabahlah , wahai perut ." Amri bermonolog dalaman.

Entahlah apa yang ditaburnya ke dalam sambal sampaikan semua pelajar pernah mogok lapar selama sebulan dek kerana sambal yang menyeksakan sistem pencernaan mereka .

" Dah lama aku terfikir , kenapa takde pegawai kesihatan pernah buat spot-check kat sekolah ni ek? Dahla tahap kebersihan dapur .. ehemm .. tak nak cakap. Takde orang lapor ke ? Ahh, lantaklah !! Baik aku makan cepat . Kejap gi kantin penuh , mampus aku . "

Amri menghabiskan sisa nasi goreng berlaukkan telur goreng . Dia harus cepat,dia tak mahu duduk di tempat yang terlalu bingit. Baginya,terlalu ramai manusia lalu lalang membuatkan dia rasa sesak .

Bukan suatu kebiasaan untuknya pergi ke kantin ketika rehat . Dia lebih suka menghabiskan masa di perpustakaan sekolah yang sudah tentu tentu sunyi pada waktu begini . Untuk makluman semua yang tertanya-tanya bagaimana mak cik kantin kenal Amri adalah kerana mereka ialah jiran sekampung.

Amri bukan hendak mengejar sangat title nilam peringkat kebangsaan tetapi semuanya kerana satu Mp3 biru . Dia lebih suka membaca buku sambil menyumbat telinganya dengan Mp3 player.Sekali sekala dia akan menghabiskan masa menulis lirik lagu ataupun puisi .

"Aku sendiri hairan kenapa perut aku lapar tahap syaitan dan meronta-ronta minta diisi pada hari ini ." fikir Amri.

Usai sahaja makan , Amri bangun dari meja tersebut dan mengatur langkah ke besin yang disediakan berdekatan dengan singki . Dia memasukkan pinggan ke dalamnya. Tiba tiba, dia terasa seperti bahunya disentuh oleh seseorang .

" Woiiiii !!!!!! Kenapa baju tak tuck-in ? Kau ingat sekolah ni bapak kau punya !! " jerit seseorang.

Amri memaling ke belakang . Dia melihat gerangan manusia yang menegurnya bersalamkan jeritan itu . Bahunya tadi disentuh oleh pengawas bertugas yang menegurnya kerana bahagian belakang baju tak berada di dalam keadaan tuck in.

" Aku tak pekak bin badak okay ? Cakap slow-slow aku faham kut ."  bentak hati Amri .

Mungkin bahagian belakang baju terkeluar semasa dia tertunduk-tunduk ketika makan dengan penuh bernafsu sebentar tadi . Pengawas yang menegurnya itu tak lain dan tak bukan, Syed Ali . Seorang pengawas yang paling dibenci oleh setiap pelajar bahkan sebahagian pengawas lain juga membencinya .

Sebutkan sahaja,daripada mengampu cikgu sehinggalah sabotaj member sendiri untuk menaikkan namanya sebagai pengawas yang berkaliber . Syed Ali juga telah melantik diri sendiri untuk membacakan ikrar pada setiap minggu ketika perhimpunan khas diadakan pada hari ahad .

Dia juga pernah usulkan cadangan gila apabila mencadangkan perhimpunan rasmi diadakan setiap hari pada hari persekolahan sebelum memulakan sesi PNP . Tidakkah dia terfikir di benak pemikirannya yang memang sudah terserlah benak itu bahawa cadangannya hanya akan menyusahkan dan membuang masa semua orang? .

Untuk menunjukkan kuasanya, Syed Ali atau dikenali sebagai kaki kipas oleh setiap pelajar di sekolahnya kerana tabiat yang sering mengipas cikgu, mula menjerit-jerit seperti orang gila .

" Hmmm, mungkin selepas ini kau boleh jadikan diri kau sebagai seorang penyanyi screamo yang berjaya . " sempat lagi Amri berkata-kata di dalam hati . 

Suasana kantin menjadi sunyi sepi. ' krik krik '.

Semua makhluk termasuk tukang kebun juga sedang memandang ke arah dua susuk tubuh tersebut. Jelaslah sikap ambil tahu begitu sinonim dengan masyarakat di sekolah ini.

Mereka semua menyaksikan adegan kipas yang sedang mengherdik Amri. Pasti kes ini akan viral satu sekolah .

"Woiiii , masukkan baju kau sekarang . Dekat depan ni jugak . Cepat ,, woiii !
Kalau tak, aku yang akan masukkan !! "

'Cis, dasar drama !!! Masalah kecik je kut tapi diperbesarkan oleh orang yang otak sekecik otak burung unta !! Bukannya boleh menjejaskan ekonomi negara pun, if aku tak tuck-in !! " fikir Amri .

Amri yang rasakan dirinya tak patut diperlakukan sedemikian mengangkat jari tengah tepat ke muka kipas sambil disahut sorakan pelajar lelaki di kantin tersebut pada ketika itu .

Pelajar lelaki bersorak seakan Amri adalah pemain bola sepak yang baru sahaja menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan yang disokong mereka .

Amri sendiri menelan air liur .

" Aduhhh , bodohnya . Tak waras kut . Haish ,, automatik je jari ni terangkat .. Ah , lantak kau la kaki kipas  . Baik aku belah dari sini . "

Amri menyelinap ke arah sekumpulan lelaki yang bersorak tadi untuk melarikan diri daripada si kaki kipas .

" Woii , kau nak lari mana . Datang sini balik . " Syed Ali cuba mengejar Amri tetapi dihalang oleh pelajar-pelajar tersebut .

"Tepilah !! Nanti , kau , kau ,kau , nama kau naik dekat cikgu disiplin. "

Syed Ali berjaya melepasi pelajar-pelajar tersebut tetapi malangnya, seorang hamba Allah meletakkan kaki di hadapan Syed Ali menyebabkan dia tersadung lalu jatuh tersungkur .

" hahahhahahahhahahah "

Hilai tawa daripada insan-insan yang menyaksikan drama free tersebut kedengaran .

"Argghhhhhh !!! Siap kau Amri . "

Amri yang sedang memerhati dari jauh ketawa terbahak-bahak . Kalau diikutkan hati, nak je Amri ketawa terguling-guling dekat lantai .

" Padam muka kau. Puas hati aku . "

Amri bergerak ke tandas untuk membasuh tangan dan seterusnya menuju ke library untuk menghabiskan sisa waktu rehat yang masih ada.

Mp3 Biru ;)Where stories live. Discover now