Amri sedang menunggu Nurul Jannah di kantin .
Waktu persekolahan tamat pada pukul 1:30 tengah hari bagi semua pelajar, tetapi bagi pelajar yang mempunyai jawatan dalam rumah sukan masing-masing, mereka terpaksa pulang pada pukul 2 kerana perjumpaan bersama guru rumah sukan diadakan sempena hari sukan peringkat sekolah yang akan menjelang beberapa hari sahaja lagi . " Woaah , penulis mana titik ?? Panjang betul kau tulis " bisik hati Amri.
" Diam kau , Amri !! Aku menerangkan keadaan .. Haa , sambung balik. ;)"
Amri mengambil keputusan untuk berbaring di bangku kantin sementara menunggu Nurul Jannah selesai perjumpaan rumah sukannya .
" Dah nak hari sukan baru sibuk bincang nilah tulah, benda apatah nak dibincangkan, nanti yang kena pilih bukannya orang lain, muka tu jugak...daripada 4 tahun lepas . Yang kena pilih pun mulalah bajet-bajet star macamlah dia tu pelari terlaju dunia, pelompat tertinggi angkasa, pelontar terjauh seluruh galaksi cakrawala. " bebel Amri .
Apatah yang dia tak puas hati sangat, nak disuruh masuk malas , nilah melayu tau kutuk je
Amri bukanlah seorang pelajar yang lembab dan lemah .Rakan-rakan yang rapat dengannya semua tahu akan kebolehannya bersukan , tetapi dia malas untuk menyertai apa-apa kejohanan di peringkat sekolah .
Dia agak jengkel dengan sikap sesetengah atlet sekolah yang amatlah sombong dan perasan bagus , ya,, yang seperti dibebelnya tadi . Nurul Jannah adalah AJK bagi rumah sukan pink , rumah sukan sama yang Amri sertai .
Tak macho langsung warna rumah sukan, tetapi oleh sebab Amri pun tidaklah give a damn pasal rumah-rumah sukan ni, dia pun membiarkan sahaja .
Rumah sukan pink bukanlah pilihan setiap pelajar kerana kurangnya atlet sekolah di dalam rumah sukan tersebut, sebaliknya Rumah Oren menjadi pilihan para atlet dan para pelajar di sekolahnya termasuk kipas .
Acara yang direbut-rebut oleh setiap Rumah sukan, yang dipanggil ibu segala acara adalah acara bola sepak padang. Rumah sukan oren memenanginya semenjak 2003 lagi. Agak-agaklah sekarang dah 2017 kot , tetapi itulah kebenarannya. Lamunan Amri pasal hari sukan terhenti dengan kedatangan Nurul Jannah.
"Amri , jom?"
Amri kembali menggalas bagnya
"OK, jom . Kertas apa tu?"
Amri melihat kepada kertas yang berada di tangan Nurul Jannah ,
"Owh takdelah , ni borang untuk team bola rumah sukan pink..Tapi susahlah, tau kan rumah sukan pink macam mana..Nak cari yang nak tawar diri nak main tu, susah nak mampus...Eh, awak rumah pink kan? " tanya Nurul Jannah .
"Haah lah..Eh saya boleh main , meh sini borang tu nanti saya cari orang."
Jawab Amri dengan penuh bersemangat . Pada kali ini, dia ada tujuan untuk memenangi acara tersebut . Tujuannya hanya untuk mengembirakan Nurul Jannah yang seorang ni haa .
" Ehh awak tu..Reti ke main bola..Ingat reti membusuk je." sindir Nurul Jannah bergurau, sambil itu sempat dia minum air sirap yang berada di atas meja kantin.
" Perhhh kata orang , dia tu tau makan jee, lagi teruk..Eh awak tak geli ke minum air entah sapa-sapa tu?" soal Amri kehairanan .
"Pfttttttttttt , saya ingat ni air awakk " segera Nurul Jannah pergi ke singki untuk membasuh mulutnya .
" Patutlah sirap ni rasa masam macam errr.. jadah !!" kata Nurul Jannah di dalam hati .
Kelihatan Amri sudah pun terguling-guling ketawakan Nurul Jannah dibelakangnya .
"Tulah lain kali tanyaa..Ni main minum je..Ngok sungguh lahai Nurul Jannah ni . Muka cantik dah, hahahahaa "
Amri mengesat-ngesat air matanya kesan daripada ketawa sebentar tadi .
"Aik? Muka cantik? Mana adalah biashe biashe je ni. " jawab Nurul Jannah dengan sengaja menekankan perkataan biashe-biashe tersebut , entah kamus dewan bahasa jilid ke berapa yang digunakannya untuk mencari perkataan biashe-biashe terbabit .
Amri merapatkan dirinya kepada Nurul Jannah " Yelah cantik..lagi lagi mata ni haa , senyum ni , pipi ni , hidung ni, kalau Nurul Jannah ni ketawa, haih hati manalah tak terpikat." kata Amri dengan penuh yakin , tidakkah dia sedar pipi Nurul Jannah sudahpun mahu meletop merahnya kerana malu yang teramat ?
"Dah bak sini borang tu nanti saya carikan orang , sekarang jom balik. Eh,, by the way, ni Mp3 awak sedap lagu-lagu dia . Taste kita sama Mcr, Avril Lavigne, Haliee Steinfeild, radiohead and the most shocking is this....Are you listening to ock Jannah? " soal Amri dengan penuh kekaguman .
" Apa ingat semua perempuan layan Twice,Blackpink, One Direction,dengan EXO je ke?" soal Nurul Jannah sambil memulangkan juga Mp3 merah milik Amri .
"Ape salahnya ?? Ali pun layan Twice jugak..Haritu dia bukak lagu Cheer Up dengan TT kat handphone dia kuat-kuat." soal Amri di dalam hati kehairanan .
Tanpa sedar, perbualan mesra mereka diperhatikan oleh kipas . Kipas memang meminati Nurul Jannah dari dulu lagi . Tapi Kipas pengecut, dia rasa dia boleh memenangi hati Nurul Jannah dengan menunjukkan kuasa dan wang ringgit yang dimilikinya.
" Cissss , tak guna kau Amri !! " bentak Kipas di dalam hati sambil tangan digenggam menjadi sekepal, lalu dinding yang tidak bersalah menjadi mangsa tumbukan.
" Ada hati kau nak pikat Jannah . Kau dengan kawan kau tu memang suka cari pasal dengan aku !! Argghhhh !! Siap kau ... " bisik hati kecil Kipas.
" Oouuchhhh !! Sakitnyaaa !! " baru kipas berasa sakit akibat tumbukan tadi. Apehal yang kau bodoh sangat tu kipas?? Kalau kau nak tumbuk bagi tak sakit , ni ada tips yang patut kau ikut... Kau patut tumbuk dekat tempat yang lembut macam tilamm.. Haa, cerdik tak, penulis ?
" Jahannam kau !! Salah kau la , yang kau tulis bagi aku tumbuk dinding apehal , hahh ? Kau tu yang takde otak !! " balas kipas.
" Eh , salahkan kita pulak !! " Hmm , kalau penulis sambung perbalahan antara kipas dengan penulis memang tak habis bab ni .... Almaklumlah,, dia tak nak mengalah . Penulis pun tak nak mengalah.. hehe .
Kipas bukanlah seorang yang gentleman.. Haa, mana mungkin boleh menambat hati seorang gadis bernama Nurul Jannah yang mempunyai jiwa rebel, yang lebih memilih ciri-ciri seperti Kurt Cobain daripada Aiman Tino .
P/P=penulis tidak mempunyai apa apa masalah dengan Aiman Tino ataupun peminat-peminatnya. Dah itu taste Nurul Jannah, nak buat macam mana . Kalau nak marah ,marah Nurul Jannah :,D .
Hai semua ,
Terima kasih kerna membaca ;) Sesiapa yang rajin tu , silalah tekan bintang di bawah . Bye .
YOU ARE READING
Mp3 Biru ;)
HumorKisah cinta zaman persekolahan yang ditulis oleh my best friend a.k.a @farhlovate dan diedit sedikit oleh @Ecrirelivre ;) Amri terpandangkan cermin yang terlekat di dinding yang berada betul-betul di belakang Jannah. "Awak , cuba pandang wajah awa...