Ali masuk ke dalam perpustakaan dan dengan pantas dia menuju ke arah Nurul Jannah yang sedang duduk sambil menongkat dagu . Bukan susah jika mahu mencari orang di dalam perpustakaan ni sebab bilangan orang yang ada di dalam library ni pun sorang dua je, itu pun kadang-kadang langsung takde, yang ada pun tu haa budak Amri tu, hari-hari rehat pergi library ." Kenapa nak jumpa? " pantas soalan diajukan Ali .
" Saya rasa saya tau lah kenapa Kipas tu asyik aim Amri...", perlahan suara Nurul Jannah, masih sedih barangkali .
" Haa saya baru nak tanya jugak pasal kipas, awak tau? kenapa?" Ali tak dapat menyembunyikan perasaan ingin tahunya .
" Saya rasa kipas tu minat saya sebab dia sebelum ni ada hantar hantar surat dekat saya.. Tak sangka benda ni ada kaitan dan saya pun tak imagine kipas macam gini sekali perangai dia. " Nurul Jannah mengeluh .
" Pasal kipas tu nanti saya settlekan, saya tau nak buat macam mana dengan kipas ni. Dia ingat dia besar sangat kan. Oh ya..awak jumpa saya nak bagitau tu je? " Ali perasan seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Nurul Jannah tetapi masih tidak terkeluar daripada mulut itu.
" Eh tak..ada lagi satu..boleh tak awak beritahu saya rumah Amri kat mana? Sebab saya rasa saya tak sempat jumpa dia bila dia datang sekolah nanti...Saya kena pindah ", kali ini Nurul Jannah menundukkan wajahnya .
" Haaa? Pindah?. Kenapa? Pindah mana? Dahtu Amri ?? ", satu lagi berita yang mengejutkan Ali dan dia berpendapat jika menerima satu lagi kejutan dia akan pengsan waktu tu jugak .
"Nanti saya cakap sendiri dengan Amri kenapa saya kena pindah.. Boleh tak awak tunjukkan rumah Amri dekat saya? ", pinta Nurul jannah bersungguh.
" Boleh, lagipun balik ni saya nak pergi rumah Amri jugak, saya tahu Amri tengah down gila sekarang pasal Mp3 dia "
Nurul Jannah seperti ingin tahu kisah di sebalik Mp3 biru tersebut. Yelah sehinggakan penulis cerita ini meletakkan Mp3 biru sebagai tajuk cerita ini .
" Kenapa dengan Mp3 Amri ek? Kenapa macam meaningful sangat Mp3 tu pada dia? ", soal Nurul Jannah kehairanan .
" Tu hadiah last arwah ayah dia ", Ali menceritakan tentang Amri dan bapanya. Air mata Nurul Jannah sekali lagi berguguran.
●●●●●●●
"Asalamualaikum ibuu..Amri ada?"
Ali menegur ibu Amri yang sedang menyiram bunga di depan rumah lalu mencium tangan ibu Amri. Nurul Jannah juga melakukan perkara yang sama .
" Asalamualaikum cik.. Saya Nurul Jannah, kawan Amri. " , Nurul Jannah memperlihatkan senyuman manis kepada ibu Amri .
" Haish apa pulak makcik-makcik ni, panggil je, ibu",
Ibu Amri senyum kembali ke arah Nurul Jannah . Ibu Amri memang membahasakan dirinya sebagai ibu. Dia juga yang menyuruh Ali untuk membahasakan dirinya sebegitu.
"Cliche drama melayu sangat ibu-ibu siram bunga depan rumah ni", kata ibu Amri kepada penulis yang sedang menggigit apple di tepi tingkap .
" Ali..Amri ada dalam tu tengah tengok tv."
Mata ibu Amri dari tadi tak lepas melihat Nurul Jannah yang datang bersama Ali.
" Itu kekasih Ali kah? Kawan baru kah? OMG OMGGG ,, ke ni buah hati Amri datang melawat Amri ni? " fikir ibu Amri.
Sesungguhnya Ibu Amri seorang yang selamba dan meminati OAG . Sebenarnya ibu Amri seorang yang kuat , walaupun dia sudah kematian suami namun dia tak mahu Amri berasa dia kehilangan separuh pun kasih sayang dari kedua ibu-bapa , dia juga tidak mahu Amri terlalu berjauhan darinya . Peristiwa dulu menjadikan sebagaimana ibu Amri sekarang.
" Saya pergi tengok Amri dulu ye bu.. Bu.. Amri ok tak,bu? Mp3 dia kena pijak dengan orang.", walaupun cuba disorok riak risau di dalam raut wajah seorang ibu masih kelihatan.
"Dia ok je.. Dia dah dapat terima.. Tapi ibu sendiri sedih tengok Mp3 dia jadi macamtu , Ali tau sape buat? "
Pandangan ibu Amri masih lagi menjeling ke arah Nurul Jannah yang dari tadi kelihatan sugul dan lebih banyak mendiamkan diri , nervous gamoknya.
"Saya tau sape buat bu.. Nanti Ali nak jumpa Mak Cik Karena, boleh? Ada benda sikit nak cakap dengan dia"
Mak Cik Karena adalah makcik yang menemani Amri ke hospital semasa ibu bapa Amri kemalangan. Makcik Karena bekerja sebagai peguam. Dia juga sudah mengenali Ali sebab Ali menjaga Amri semasa peristiwa kemalangan terbabit .
Makcik Karena kan kadang-kadang sibuk kerja dan Ali lah yang menemani Amri dalam tempoh masa tersebut. Usia Makcik Karena baru 30 tahun tetapi sudah mempunyai kerjaya tetap dan kewangan yang stabil.
"Haa nanti Mak Cik Karena sampailah, petang nanti , kenapa cari dia?", heran juga ibu Amri tak pernah pernah Ali mencari Mak Cik Karena selama ni .
" Takdelah..ade benda nak cakap sikit dengan dia..pasal Amri."
Ali tahu jika dia nak menyelamatkan semua orang termasuk jawatan pengetuanya sekali, dia mesti meminta bantuan wanita itu.
P/P=perhhh cerita ni dah jadi macam sinetron...HAHAHAHA..tapi cerita ni takkan jadi beratus ratus episode..cerita ni dah sampai suku akhir dah..so korang chill..cerita ni tak selembab sinetron Indonesia..farhlovate
YOU ARE READING
Mp3 Biru ;)
HumorKisah cinta zaman persekolahan yang ditulis oleh my best friend a.k.a @farhlovate dan diedit sedikit oleh @Ecrirelivre ;) Amri terpandangkan cermin yang terlekat di dinding yang berada betul-betul di belakang Jannah. "Awak , cuba pandang wajah awa...