Bab 8.2 : Fak

37 4 4
                                    

" Bye , Jannah ! "

" Eh , jap.. Amri ! "

Jannah berjalan perlahan-lahan ke arah Amri. Dup dap dup dap. Jannah mengalungkan semula pingat itu ke tengkok Amri. Oleh sebab Amri lebih tinggi berbanding Jannah , dia terpaksa menjengkekkan kakinya. Jannah berdiri terlalu dekat dengan Amri . Haruman perfum daripada tubuh kecil itu dapat dihidu oleh Amri . Mereka bertentang mata buat beberapa saat . Muka kedua-dua insan itu kemerahan. Jannah mengundurkan langkah ke belakang . Awkward doe..

Silent .... 3 , 2 , 1

" Ehem, awak kenapa bagi saya balik kalung pingat ni. Saya nak hadiahkan untuk awak ;) ke awak tak sudi ? "

" Ehh, tak..Saya nak awak yang simpan sebab kalung itu adalah kenangan kita berdua . Hahahahahahaha. Just kidding !! Awakkan tak pernah masuk mana-mana acara sebelum ni , jadi saya nak awak simpan,, boleh tunjuk dekat family awak nanti .  "

" Okaylah , kalau awak cakap sebegitu. Awak, saya balik dulu . Bye bye ."

" Bye ! "

Pulang sahaja Amri dari sekolah, dia berjalan menuju ke rumah Ali tetapi langkahnya terhenti apabila dia ternampak Ali sedang termanggu di atas buaian di sebuah taman permainan .

Rare jugak Ali ni besar-besar main buaian .

"Ali !! " sapa Amri tanpa salam .

"Eh? Kau..macam mana tau aku kat sini?" Ali kehairanan.

" Takdelah, aku memang fikir dari tadi nak pergi rumah kau pun tapi aku tengok kau dah kat sini , tak jadilah aku nak pergi."

Amri melabuhkan punggungnya di atas buaian bersebelahan dengan Ali .

" Mehh , aku tolak buaian kau !! "

" Errrr, jangan jangan jangann,,, kau jangan cari pasal Ali . Nanti tak pasal orang ingat kita ehem G. A. Y . " Amri membantah .

Apa pulak kata orang, nanti tak pasal pasal mereka dituduh mengamalkan nafsu songsang.

" Ali, tadi masa kau kena tarik pergi pejabat tu kan , kau kena ape? Asal kau back up aku ? " soal Amri.

Ali berkata-kata," Aku kena gantung seminggu, asal aku backup kau ? Kalau aku ni member tapi tak back up member,, baik aku jadi peti sejuk je.. Lagipun,, best apa kena gantung seminggu boleh rest, hahaha . "

Amri tahu Ali hanya memalsukan ketawanya itu . Lama dia kenal Ali, ketawa Ali pun dia dah kenal sangat dah .

" Jujurlah, kau ok? " Amri prihatin .

" Weyhhh , relax lah,, aku ok lah. Ri..dalam dunia ni,Ri.. Kita memang duduk satu bumi tapi kita berpusing dekat dunia yang lain,Ri. Kau tengok macam Kipas , bapak dia kaya, orang besar, dunia dia senang mewah nak kerja pun, banyak je kabel boleh ambik nanti.. Macam kita ni Ri, maksud aku macam aku ni. Kena struggle sikit.. Denda kecik-kecik macam tu biasalah . Hidup macam aku ni Ri , kawan tu penting sebab kalau kita tolong kawan kita time susah nanti dia tolong kita balik. " Ali bercakap tapi matanya hanya memandang ke bawah , sayu .

" Dunia ni, Li. Kalau kena pimpin dengan duit semata-mata,,baik kita tukar je PM kita tu dengan duit sebab diorang pun duduk bawah duit tu...Sekarang, kau ikut aku balik.. Aku rasa mak aku masak daging salai masak lemak cili api harini"

Ali mengangkat mukanya kembali memandang langit .

" Takpelah Ri nanti mak aku cari pulak kalau aku balik lambat ni." Ali segan sebenarnya , bukan dia tak pernah makan di rumah Amri tetapi dia tak mahu menjadikan benda tu seperti suatu kebiasaan untuk tumpang makan di rumah orang .

" Alah kau ni , mak aku pun dah sibuk tanya, mana Ali lama tak nampak apa semua.. Dia lagi rindu kau dari anak dia sendiri tau.. Lagipun, mak kau kan kerja, mesti dia balik lambat jugak.. Dah jom. Sedih hati aku nanti bila kau tolak ni, Li."

Faham benar dia yang Amri tak akan berhenti selagi dia tak setuju. Jadi, dia pun melangkah bersama-sama dengan Amri ke rumah Amri.

"Sorry tau sebab aku kau kena gantung " Amri masih berasa bersalah di dalam hatinya dengan nasib Ali .

" Takdelah , kau dengan arwah ayah kau pun dah tolong aku banyak. Ingat tak masa aku susah dulu, ayah kau siap bagi kerja lagi kat mak aku. Tapi aku nak mintak tolong kau ni , masa aku takde nanti kau jagakan Ikin tau . Hahahah.."

" Shhh,jangan mention lagi dah pasal tu , bukan kitorang tolong kau. Time tu pun kitorang memang nak tukang masak lagipun ayah aku bukan bagi bantuan free. Mak kau kerja kan?? Owh,, pasal Ikin tu haaa,, nanti aku tolong tengok-tengokkan. Kalau ada orang usha, aku smackdown orang tu. Andd, kau dah declare ke? "

Sebenarnya Amri rasa bersalah apabila melihat Ali terhutang budi dengannya. Tetapi, bila dia fikir lagi, dia akan berasa lebih bersalah jika membiarkan hidup keluarga Ali seperti itu .

" Belumlahh , mana ada declare apa-apa . Sape lah kitaa nii nak dibandingkan dengan dia yang comel tu , ye dok ? Hahaha . Haa,, tu rumah kau, dah sampai dah kita " pipi Ali kemerahan apabila bercerita pasal Ikin . Puihlah Ali nak merah-merah bagai , sekali lagi penulis mengeluh .

Hai HAi Hai semua ,

Terima kasih kerana membaca . Teruskan bacaan anda. I ♡ you alls . Dan butang ☆ , sila tekan jika sudi .

Mp3 Biru ;)Where stories live. Discover now