Ali kebingungan, tempoh pengantungan dirinya sudah pun tamat namun sejak dari pagi tadi, batang hidung Amri pun dia tak nampak. Sejak dia mengenali Amri , jarang sekali Amri tidak hadir ke sekolah, lagi-lagi selepas Amri melalui peristiwa yang tersemat kukuh di hati Amri.
Fikiran Ali terawang-awang memikirkan apa yang terjadi kepada Amri pada awal tahun lepas . Pada hari itu, Amri akan menyambut hari lahirnya bersama dengan ibu dan bapa Amri. Dia berada di rumah menanti bapanya pulang dari kedai makan .
Bapa dan ibu Amri selalunya pulang dari kedai tidaklah terlalu lambat. Biasanya pukul 10 malam , bapanya sudah tutup kedai dan tidak lama selepas itu pasti mereka sudah pulang . Pukul 11 bertukar ke pukul 12 malam. Amri letih menunggu dan tertidur sehinggalah esok pagi.
" Amri , Amri , bangun, nak !! " Suara wanita itu mengejutkannya dari lena .
" Kejap gi lah , Ri bangun. " Amri menarik selimut dan menutup mukanya .
"Bangun cepat Amri .. Kita nak pergi hospital . "
Geram juga Amri tidurnya dikacau sebegitu rupa.
" Haa? Sape pulak dekat hospital? kejap kejut abah jap."
Amri bangun sambil mengosok-gosok matanya, dia baru tersedar dia tertidur di atas sofa kerana menunggu ibu-bapanya pulang semalam.
"Eh,takpe abah kau dah tunggu dekat sana, kau naik dengan makcik , kita pergi sana sekali , mak kau pun dah ada kat sana. "
Bagai ada sesuatu yang disembunyikan makciknya , bagai ada yang tak terluah dari mulut , nak diluah mati mak nak ditelan mati bapak.
" Aik? Kenapa abah pergi dulu pulak? Ke memang diorang jaga orang kat Hospital dari semalam ." bisik Amri dalam hati
" Haa kejap, Amri mandi kejap. " kali ini dialog itu keluar dari mulutnya .
Sepanjang perjalanan makciknya banyak diam dan sekali sekala . Air mata menitis di pipi makciknya .
" Mak cik , ok ke ? Kenapa mak cik nangis ? " tanya Amri dengan penuh kerisauan .
" Takde apa-apalah. Mak cik , okay sayang "
Bila ditanya Amri , mak ciknya akan berpura-pura tersenyum. Amri mendiamkan diri walaupun hakikatnya dia tahu wanita itu sedang bersedih. Perjalanan ke Hospital menjadi sunyi.
●●●●●●
Amri terjelopok di lantai hospital , kakinya sudah tidak kuat untuk berdiri apabila melihat ibunya sedang terbaring di katil hospital dalam keadaan tak sedarkan diri .
" Maafkan kami , pembedahan pesakit gagal. Kami dah cuba yang terbaik untuk selamatkan nyawa pesakit , tetapi Allah lebih sayangkan dia . "
Amri teringatkan kata-kata doktor yang memberitahu bahawa pembedahan bapanya tidak berjaya . Dan bapanya disahkan meninggal dunia .
Mata Amri menjadi gelap segelap gelapnya . Makcik Amri sudah pun berjuraian air mata tetapi disorok dari pandangan Amri dengan melarikan mukanya ke tingkap. Dalam keadaan ini, dia harus kuat barulah dia boleh menguatkan Amri. Dia mengesat air matanya dan perlahan-lahan dia pergi ke arah Amri yang sudah terduduk di lantai.
"Amri , makcik bukan tak nak bagitau Amri tapi masa ibu Amri masih sedar semalam dia cakap , jangan beritau Amri dulu. Nanti bila keadaan dah stabil baru bagitau. Diorang pergi bandar semalam beli hadiah untuk Amri , masa tu tiba-tiba ada lori keluar dari simpang, kereta diorang berlanggar.. Mak Amri suruh bagi Amri ni, dia pegang kuat semalam benda ni nak bagi dekat Amri "
Makcik Amri menghulurkan kotak hadiah tersebut kepada Amri. Kotak tersebut sampulnya dah sedikit tercabut dan ronyok kesan dari genggaman kuat ibu Amri, kotaknya juga sedikit kemik. Amri mengesat air mata. Perlahan-lahan, dia membuka kotak tersebut. Ketika dia sedang membuka kotak tersebut, matanya sudah tidak kuat untuk menahan , Amri membuka hadiahnya dalam keadaan air mata bercucuran dan tersedu-sedu menahan hiba . Mp3 biru.
Mp3 biru , hadiah dari ibu-bapanya untuk dirinya. Masa tu Amri benar-benar tak kuat. Sejak dari itu, Mp3 itu digenggam siang malam pagi petang . Mp3 itu menjadi temannya ketika itu. Ali dengan makciknya yang menjaga Amri, pulang sahaja dari sekolah Ali pasti pergi ke rumah Amri , memujuk kawannya supaya kuat .
Lama Amri tak datang ke sekolah , sehinggalah ibunya sedar dari koma, barulah Amri menjadi lebih kuat sedikit. Tetapi, Mp3 itu tetap tidak terlepas dari genggamannya . Selepas dari kejadian itu , Mp3 Amri pernah juga dirampas tetapi makciknya terus pergi ke sekolah Amri untuk menceritakan apa yang menimpa Amri sehingga para guru semua sepakat untuk membenarkan Amri membawa Mp3 tersebut ke sekolah dengan syarat tidak dibenarkan mendengar Mp3 tersebut ketika cikgu-cikgu lain sedang mengajar.
Lamunan Ali terhenti apabila dia melihat Nurul Jannah berada di pintu kelasnya , Ali pergi kepada Nurul Jannah untuk memberitahu bahawa Amri tak hadir ke sekolah pada hari ni .
" Jannah , hai . Amri tak datang hari ini. "
" Tau, dia bukan tak datang dia kena gantung sebab bergaduh dengan kipas, Ali...boleh tak kita jumpa time rehat nanti, ada benda saya nak beritau awak pasal Amri " Nurul Jannah sudah seperti kehilangan suara dan matanya kelihatan sembab , tetapi apa yang lebih memeranjatkan Ali ialah tentang hal pergaduhan dan pengantungan Amri .
" Rehat? dekat pustakaan? " Ali mencadangkan tempat kepada Nurul Jannah dan Nurul Jannah hanya mengangguk lalu berlalu pergi dari kelas Ali .
"Weyhh , Khaer sini jap "
Ali memanggil Khaer si pemberi maklumat merangkap reporter tak bertauliah tetapi masih boleh dipercayai
" Haaa awat nya?"
Khaer pergi ke arah Ali dan dengan pantas mengambil tempat duduk Amri yang kosong untuk melabuhkan punggungnya dan duduk di sebelah Ali.
" Asal Amri gaduh dengan kipas ? Sape start dulu? Kes haritu kipas tak puas hati lagi ke ? " bertubi soalan diberikan Ali kepada Khaer.
" Dak , la ni boleh dak hang tanya aku satu satu? Ok macam ni , Amri gaduh dengan kipaihh sebab kipaihh pi jahanamkan dia punya Mp3. Kipaihh pijak pijak Mp3 dia baqhang , hancurqqq ! . Lani Amri kena gantung tiga hari sebab Kipaihh dakwa dia kena pukuii dengan Amri . Pasai kes apa yang buat kipaihh tak puas hati , hmm..aku taktau lah tu , tapi aku rasa Kipaih memang aim Amri ja seminggu dua ni , aku rasa kipaih memang tak puaih hati dengan Amri ni , tapi kalini aku cakap kau , masa kipaih tu dok canang cerita dia kat pengetua , aku tengok pengetua pandang dia slek ja . Sumpah pandangan menyampah!" terang Khaer panjang lebar sambil memberikan pendapatnya tentang motif kejadian, acah-acah wartawan jenayah pulak , blah ah Khaer , penulis semakin menyampah dan berhasrat untuk mengurangkan dialog Khaer .
"Haa! Apa? Kipas pergi hancurkan Mp3 Amri?" Bibir Ali bergetar menahan marah
" Bodohla budak kipas tu , cikgu dah bagi Amri bawak Mp3 tu kan , aku rasa semua budak sekolah ni pun tau kenapa , asal yang dia celaka sangat? " Kalini segala carutan keluar dari mulut Ali , dia juga terkilan kerana dia tiada ketika waktu kejadian , kalau dia ada sekurang nya boleh lah dia back up apa patut .
"Aku dengarq Kipaih kata kat Amri yang Amri tu anak sial kau tau , aku panaihh masatu , aku ingat aku nak masuk , budak laki kelas ni semua nak pukui kipaih tang tu jugak tapi Amri dah warn awai-awai, dia taknak bagi sapa pun masuk campur , haa itu ja lah so far benda yang aku boleh cakap , lani aku nak pi meja depan" , hati Ali masih membara dan perjumpaannya dengan Nurul Jannah selepas ini akan dia selitkan tentang kipas .
YOU ARE READING
Mp3 Biru ;)
HumorKisah cinta zaman persekolahan yang ditulis oleh my best friend a.k.a @farhlovate dan diedit sedikit oleh @Ecrirelivre ;) Amri terpandangkan cermin yang terlekat di dinding yang berada betul-betul di belakang Jannah. "Awak , cuba pandang wajah awa...