BAB 2 : Pemberian

104 5 7
                                    

Pada keesokan harinya, para pelajar berjalan masuk ke kelas masing masing termasuklah Amri. Amri mengatur langkah ke tempat duduk yang telah didudukinya sejak awal tahun dahulu . Dia kemudiannya meletakkan beg. Dia terus melabuhkan punggungnya dan termenung jauh ke luar tingkap . Hanya Amri sahaja yang tahu apa yang difikirkan oleh otaknya.

Baru sahaja dia mahu menyumbatkan earphone ke telinganya , dia terdengar suatu pengumuman.

" Perhatian kepada Amri Bin Ali , pelajar 5 Mawar , anda dikehendaki berada di tandas sekolah sekarang ! Eh eh sorry sorry apa pulak tandas ! Bilik disiplinlah haaaaaa bilik disiplin sekarang , sekian terima kasih "

" hahahhaa "

Ada yang sudah mengalirkan air mata kerana ketawa dek kesilapan pengumuman tadi malahan ada juga yang lagi teruk apabila sudah pun terbaring-baring di lantai . 

"Bodoh" bentak Amri.

Dia sedar pengumuman itu serta nasib yang bakal ditimpa olehnya sebentar lagi adalah berkait rapat dengan kejadian semalam . Dia terus menyimpan Mp3 ke dalam beg sekolahnya dan meminta izin dari ketua kelas yang masih terbaring-baring ketawa di lantai untuk pergi ke bilik disiplin . Amri menyusun langkah ke pintu hadapan tetapi langkahnya ditahan oleh satu suara yang comel.

" Amri , fighting !! " ujar Mira sambil mengerakkan tangannya gaya " fighting " . Kedudukan Mira adalah di tempat duduk paling hadapan betul-betul berdekatan pintu .

Amri tersenyum melihat gelagat ceria Mira. Hilang semua perasaan gugup di dada . Dia menyusun langkah ke bilik disiplin bersebelahan dengan pejabat sekolah. Amri dapat merasakan banyak biji mata yang tertumpu ke arahnya ketika dia sedang berjalan menujiu ke destinasi tersebut. Beberapa orang pelajar yang berselisih dengannya tersenyum kelat. Ada jugak yang menepuk-nepuk bahunya .

' Dah agak dah !!! Viral satu sekolah . ' bisik hati kecil Amri.

Amri terpandang satu susuk tubuh yang dikenalinya sedang bersandar di dinding berdekatan bilik disiplin . Kehadiran Syed Ali di situ menguatkan telahan Amri tentang sebab dia dipanggil oleh cikgu disiplin.

" Congrats , Amri !! Siapa suruh kau cari pasal dengan aku ? Kan dah kena panggil dengan Cikgu Idham .  Berani buat berani tanggung "

Syed Ali menolak bahu Amri dan berjalan pergi entah ke mana . Mungkin masuk ke kelas atau mungkin jadi guard sekolah meronda-ronda mencari kesalahan para pelajar .

" Aduhh , ada bunyi lalat kat telinga aku. Kacau betul lah . Nasib baik dah belah , kalau tak lumat aku cincang." bisik hati kecil Amri .

Amri menggerakkan tangan kanan dan memegang pintu bilik itu .

" Bismillah... " Amri membuka pintu bilik disiplin sedikit . Dia menjengukkan kepala dan terpandang akan Cikgu Idham yang sedang memegang rotan .

Dia mengeluh panjang , memang benarlah telahannya .

" Haa, Amri masuk !! " Amri melangkah masuk dengan kaki kanan ke dalam bilik itu . Dia mengatur langkah dan berhenti betul-betul di hadapan meja cikgu itu.

"Awak tau kenapa saya panggil awak ?" suatu suara yang garau dan tegas bergema memecahkan sepi di dalam bilik itu .

Amri mengangguk .

"Awak tau apa awak buat semalam tu salah? " ,

Amri mengangguk ,

" Saya lepaskan awak kali ini sebab awak bukan pelajar yang bermasalah . Saya tak pernah nampak muka awak sebelum ni dan orang pun tak pernah mengadu pasal awak dekat saya. Saya tak kenal pun awak sebenarnya , Saya ingatkan awak budak baru tapi ada pengawas yang beritahu , awak dah lama dekat sini..Tapii lepasni kalau saya dengar nama awak sekali lagi"

Papp! 

Rotan dihempas ke sofa . Mungkin sofa itu menyesal menjadi sofa apabila dia berkali kali dijadikan mangsa rotan tanpa sebab cikgu Idham . Amri sedikit terkejut . Dup dap dup dap .

"Faham?"

Amri mengganguk .

"Sekarang awak boleh keluar"

Amri berjalan keluar dari bilik itu dengan perasaan lega.

"Fuuuh , nasib aku baik kali ini. " Amri berpura-pura mengesat peluh di dahi dengan belakang tapak tangan kanan .

●●●●●●●●●●●●●●●●●●

Amri melangkah masuk ke kelas dan kembali duduk di kerusinya dengan riak bersahaja. Setiap biji mata di dalam kelas itu semuanya tertumpu pada Amri . Pelik, belum ada lagi pelajar yang merasa rotan cikgu boleh berjalan dengan normal dan menunjuk reaksi sedunggu itu sebelum ini . Amri dapat mendengar bisikan rakan-rakan sekelasnya yang sedang bergosip dan membincangkan tentang hal dirinya .

" Huh , budak-budak ni !! Tanya tak nak , gossip je tau . Lepastu sebar rumours . " terdetik di benak fikiran Amri .

" Amri, sini kejap " , tiba tiba Ikin memanggilnya .

Ikin adalah pelajar yang menjadi kesayangan makcik makcik kantin di sekolahnya . Tidak banyak merungut dan banyak berbelanja . Ibu bapanya risau benar akan keadaan fizikalnya tetapi dia masih memuat naik caption berserta hashtag #gemokisawesome di setiap gambar di instagram miliknya .

"Kenapa Ikin? Kau dah terbukak hati nak terima aku? hahaha" .

Gurauan Amri disambut senyum senyum malu oleh Ikin .

" hahahahha , yelah tu , Amri ! Aku tak layak kut untuk kau. Walaupun dalam mimpi pun belum pasti aku layak untuk dirimu Amri. Hahahaha. " terdetik jauh dalam di sudut hati Ikin. 

Amri badannya kekar, tangannya berurat, hidungnya ibarat pak arab padang pasir, dan kulitnya putih kapas manalah layak dengan dirinya . Kerana itulah gurauan gurauan Amri tidak pernah diambil serius olehnya. Baginya itu hanyalah gurauan dari seorang rakan . Dia meng"friendzone"kan Amri tanpa dia sedar.  Kesian kau,Amri kena friendzone dengan begitu mudah .

 "Ni haaaa surat..budak manatah kasi tadi..Wuuu ada girlllzzzfriend tak beritau" .

"Ohh , ye ke ? " Amri kehairanan.

Sebelum ini, belum pernah surat dihantar dengan cara pengantaraan.
Biasanya semasa dia pulang nanti begnya akan menjadi semakin berat kerana surat surat yang diterima, takpun laci mejanya menjadi semakin bersepah dengan surat surat dari junior junior ataupun peminat yang sudah lama meminatinya . Walaupun zaman sekarang zaman moden , surat masih menjadi pilihan utama budak-budak perempuan yang meminati Amri kerana mereka tidak pernah berjaya mendapatkan nombor telefon Amri atau id Wechat atau twitter dan sebagainya. Amri selalu memberi alasan; " takde fon , sorry !!! "

"Kau kenal ke budaknya" tanya Amri .

" Kenal..cantik budaknya..tapi dia tak kasi beritau kau nama dia" jawab Ikin sambil mengunyah keropok sayur. Mungkin Ikin ada kesedaran untuk mengubah penampilannya. Selalunya paling koman pun ayam goreng .

Amri berasa sedikit hairan kerana dalam senarai kawan-kawan Ikin ni ,dia rasa takde pulak yang gedik-gedik, yang selalu tukar-tukar pakwe ataupun yang ada berminat dekat dia .

"Hmm,entahla..Alah semua surat cliche je kot sekarang ni takde sentimental value langsung..sama je semua..balik balik..hye,saya bla bla nak jadi adik angkat awak..takpun yang lagi ganas..weyh,jom kahwin, nama aku bla bla bla bla".. fikir Amri .

Tapi, surat kalini dia rasakan lain dari lain . Dia mula membuka sampul surat tersebut dan mula membaca segala isi di dalam kertas kajang tersebut.

" I know its a drag,
wipe your eyes and put up your head,
I wish you could be happy instead,
there is nothing else i can do
but love you the best that i can "
~darlin~

" Wow, layan Avril Lavigne ke minah sorang ni?" terdetik dalam hati Amri .
Amri menyimpan dulu surat tersebut kerana cikgu bahasa melayunya sudahpun masuk ke kelas .

Bab kedua ini tiada banyak perubahan dari cerita asal yang ditulis oleh sahabat saya farhlovate .

Kepada para pembaca , terima kasih kerana membaca .
Sentiasalah menyokong kami yang baru sahaja masuk ke bidang penulisan .

Mp3 Biru ;)Where stories live. Discover now