Bab 7 : Hari Sukan

39 5 1
                                    


Amaran !! Bab ini sedikit tidak masuk di akal . Imaginasi penulis sangat berkembang . Baca atas tanggungjawab sendiri . Tapi , best tau .. Bacalah . ;)

" Ladieeeeeesss annnndd gentlemennn , kini tibalah masanya hari yang kita semua nantikan iaiiitttu Hari Sukan Sekolah ... " ucap pengetua sekolah dengan penuh bersemangat di atas pentas yang telah dibina di perkarangan sekolah untuk tujuan hari tersebut. Hahahaaha, sporting betul pengetua nii.

Pada malam sebelum berlangsungnya hari penuh gemilang itu, mercun battery telah dinyalakan sebagai simbolik kepada permulaan hari sukan tahunan tersebut dan yang syoknya setiap acara akan disiarkan secara langsung oleh penyiar rasmi, Astro di siaran nadi arena . Grand bebenorlah hari rumah sukan tersebut mengalahkan APBH , cuma tiada Dato Vida je untuk mewarnai suasana . Nanti taja sekolah Amri pulak ye , Dato ;)

Musykilnya, di mana sekolah mendapat bajet membuat acara sukan tahunan sekolah sebesar itu? Artis-artis juga turut dijemput untuk hadir bagi memeriahkan suasana .

Acara yang ditunggu-tunggu, sudah pun memasuki peringkat separuh akhir . Rumah sukan pink melakukan kejutan pada tahun ini apabila berjaya mencipta sejarah sehingga ke peringkat separuh akhir dengan hanya berbekalkan 14 orang pemain . 11 di atas padang dan 3 lagi simpanan . Jika yang di atas padang tersebut mengalami kecederaan , pemain bidan terjun yang diletakkan di bangku simpanan akan mengambil alih apa jua posisi yang diperlukan di atas padang, yakni penjaga goal sekalipun .

Pemain-pemain rumah sukan pink juga bukanlah jaguh-jaguh sekolah. Mereka hanya terdiri daripada lima orang pelajar tingkatan satu , empat orang pelajar tingkatan 2 dan dua orang lagi adalah Amri dan Chanturu yang merupakan seorang pemain bola sepak wakil sekolah yang berbangsa India tetapi dipulau oleh rumah sukan oren.

Oleh sebab, tiada siapa yang memujuk maka dia pun lari lah ke rumah sukan pink . Dah masuk tahun 2017 pun masih memilih untuk berkawan mengikut kaum , tak faham aku. Macamlah kaum dia tu suci dari segala noda sangat .

Perlawanan separuh akhir yang sepatutnya diadakan pada pukul 4 petang terpaksa ditunda berikutan pemain rumah sukan jingga ditangkap beramai-ramai ketika mereka sedang asyik melayan Bob Marley di dalam tandas sekolah .

Anehnya perbuatan mereka ini diulangi mereka sendiri sejak dari tiga tahun lepas lagi. Apabila masuk sahaja peringkat separuh akhir mereka akan ditangkap ketika sedang menghisap Bob Marley di tandas sekolah .

Menyaksikan pemain dari rumah sukan jingga ditangkap ketika sedang high beramai-ramai juga sudah menjadi seperti acara tahunan. Jadi, pemain-pemain rumah sukan pink menghabiskan masa mereka dengan menonton persembahan dari artis-artis undangan sekolah mereka.

"All my friends are heathens. Take it slow
Wait for them to ask you who you know
Please don't make any sudden moves
You don't know the half of the abuse"

Gila haram sekolah ni punya bajet..Boleh jemput Twenty One Pilot , lepasni kalau pengetua tak kena soal siasat dengan SPRM, taktaulah aku . Peluang ini tak disia-siakan oleh Amri dengan Nurul Jannah. Mereka sama-sama menyaksikan persembahan dari artis antarabangsa tersebut, Thom Yorke dan Kurt Cobain dilupakan seketika kerana pada detik ini mereka adalah peminat nombor satu Twenty One Pilot . Bila lagi nak tengok artis antarabangsa seperti Twenty One Pilot perform dekat Malaysia tanpa perlu membayar apa-apa? .

Perlawanan separuh akhir yang menemukan rumah sukan Oren dan rumah sukan Coklat sedang berlangsung. Perlawanan ini yang akan menentukan siapa yang bakal bertemu rumah sukan pink di final nanti. Rumah sukan oren ternyata tiada tandingan apabila pasukan yang diketuai kipas berjaya menundukkan rumah sukan coklat, dua puluh satu berbalas kosong,

Nampaknya cerita ini semakin lari dari logik akal jadi eloklah kita teruskan sahaja cerita ke peringkat akhir perlawanan bola sepak peringkat sekolah ini .

Sebelum perlawanan dimulakan, bibit-bibit kemesraan di antara Amri dan Nurul Jannah semakin dirasai warga sekolah.

Ramai yang pengsan melihat Nurul Jannah mengesatkan peluh yang mengalir di dahi Amri. Jangan lepas ni muncul pula #teamRINNAH seperti #lofattah sudahla,
itu semua tak ubah seperti shit yang nyata.

Perlakuan mereka itu diperhatikan kipas dari jauh .

" Ergghhhh, geramnya aku ! Aku yang sepatutnya berada dekat tempat kau, tak guna kau Amri ."

Begitu geram rasanya melihat Amri begitu mesra dengan bidadarinya , dasar syok sendiri kipas ni .

Baginya Nurul Jannah lebih layak untuknya. Surat surat yang dihantar kepada Nurul Jannah berbunyi ala ala "salam ukhwah fillah bla bla bla " , jelas kipas cuba menonjolkan ciri-ciri Islamik untuk mengayat Nurul Jannah .

Tetapi mengayat seorang perempuan menggunakan modal agama amatlah tak waras dan juga tak wajar , keji . Semua ini bullshit . Agama bukan untuk dipermainkan .

Minit ke 47, Amri menghantar bola kepada Chanturu , Chanturu menggelecek bola hingga ke kawasan penalti dengan mudah, dia menewaskan 3 orang pemain pasukan oren. Chanturu menghantar bola tinggi dan disambar oleh Amri dihadapan goal.

Goallllllll !!!!!!

Sorak para penonton di tepi padang sekolah . Amri meraikan jaringannya dengan melakukan simbol berbentuk hati <3 kepada Nurul Jannah .

Makin ramai anak gadis pengsan melihat kelakuan mereka , semakin panas juga hati kipas .

Perlawanan diteruskan , bola dihantar kepada Amri, jelas prinsip possesion football yang diamalkan oleh rumah sukan pink berjaya mematahkan taktikal direct football rumah sukan oren.

Bola berada di kaki Amri. Secara tiba-tiba, mukanya ditendang dengan kaki kanan seseorang dan seseorang itu tak lain gak bukan ialah kipas

Dia tanpa berfikir panjang melepaskan satu tumbukan sekali lagi bila Amri sudah terjatuh ke tanah. Pondan, pukul curi dari belakang .

Belum sempat Amri bangun untuk membalas bahu dia sudah ditahan. Ali yang sedari tadi melihat dari tepi padang sudah pun berada di belakangnya

" Kau pukul , kau kena kad . Team kau jugak kalah..kau jugak rugi . Sapa nak menang untuk Jannah nanti?? "

Ali meluru ke arah kipas , belum sempat kipas menghayunkan tumbukan ke arah Ali, dia sudah pun menerima penendang padu di dadanya. Kipas mengurut-ngurut dadanya sebelum dia menerima satu lagi hadiah yang berupa tumbukan di rusuk kirinya . Jika dilihat dari saiz lengan Ali orang yang merasa tumbukkannya jika tidak mati pasti lumpuh. Pergaduhan itu berhenti selepas Cikgu karim masuk campur dan mengheret Ali dan kipas ke pejabat sekolah .

"Orang suruh main bola korang bertinju,apa nak jadi? Aku tengah sedap layan Butterfingers perform,, korang tau tak tadi !!! Sekarang korang tunggu,, pengetua nak jumpa korang dua orang..".

Kipas sedikit pun tak mengangkat muka . Perbuatan tanpa berfikir panjangnya bukan sahaja menyebabkan dia sekarang terlibat dalam masalah besar malahan mendapat malu yang teramat apabila dia teruk dibelasah oleh Ali .

" Masuk!" suara pengetua dari dalam pejabat mengejutkan kipas .

Habiss punn bab ni , selamat membaca . :)
Butang bintang , klik tau .. jangan lupa .
Sebarang komen amat dihargai.

Mp3 Biru ;)Where stories live. Discover now