Help me

30 2 0
                                    

Why me? Why is it always have to be me? Dalam banyak-banyak orang ann, mamat ni jugak ada kat dalam kereta ni. Aku masuk pintu belakang. Tak ingin aku duduk depan.

''Pahal masuk belakang?'' Aku menjeling tajam kearahnya.

''Waalaikumussalam!'' Dia tersenyum sinis mendengar salamku. Dia kemudian menjawabnya dan bertolak pergi.

''Aku tak ingin duduk sebelah kau. Kau dah kerja balik jadi bodyguard aku ke? Tiap-tiap hari tengok muka kau je. Meluat tau tak.'' Irdina meluahkan segala kerimasan dia terhadap lelaki tersebut. Lancar je. Dia memandangku menerusi cermin kat driver seat. Aku alihkan pandangan. Jangan pandang macam tu la!

''Kau ni pagi-pagi buta jadi singa apahal? Eh dengar eh.. mamat annoying ni jugakla yang hantar kau gi mana-mana tau tak?'' katanya dengan penuh riak. Ewahh kau.. dah la dulu buli aku.

''Okay fine. I'll treat you like a bodyguard then. Now, bawak aku pergi tempat amik lesen keta tu. Sebelah flat putih tu.'' Dia hanya mengangguk dan menitah perintah. Aku tak puas lagi ni. Aku memang tak suka berdendam dengan orang. Seriously. But in this case, kau tidak boleh dimaafkan. Sebab kau hidup aku miserable nak mampus kat sekolah.

*flashback form 4*

Aku letak surat cinta kat bawah meja mamat selenga tu. It is a fake love letter. Sebab dia rahsia aku terbongkar dekat satu batch and satu sekolah SBPI Selandar tu tau. Dia la punca reputasi aku turun. Biarla aku suka sape pon bukannya kacau hidup kau. Sekali cari masalah dengan aku memang kau kena. Baik lelaki baik perempuan. Tujuan aku letak that fake love letter is to take revenge towards his actions. Aku akan jadi fake makwe dia kat media sosial. Dia tu cepat perasan sikit. Batak pulak tu. Kau pikir kau handsome sangat ke?

''Waa!! Surat apa tu weh? Tengok jap!'' Member dia merampas surat yang berada di tangan Hafiy. ''Bapak ahh! Maju siak kau! Sejak bila kau bercinta ni!?'' Hafiy mengejar pantas merampas kembali surat tersebut. Biadap la sapa yang hantar ni. Kalau minat pon janganla letak bawah meja gila. Tahula aku handome. Heh. Desis hatinya.

''To my dearest lover,

      I've secretly been in love with you for the past four years. I thought it was  time for me to express my feelings.

#follow me : kurohana

-anonymous-"

'' HAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!" Serentak satu kelas gelak bila dengar gosip pasal Hafiy dengan sorang perempuan mystery ni. Hmm. Habis kau. Semua ni salah member dia jugak sebenarnya. Sape suh viralkan kat kelas. Tapi dia tak contact pun lagi ig yang aku bagi kat dia tu. Takpe. Nanti dia contact jugak. Trust me. Dari saat tu Hafiy dah segan nak masuk kelas sebab semua orang pandang pelik tapi budak-budak ni tak berani nganjing sebab dia taiko ann.

*Woi! Kau sapa hah?!

#Assalamualaikum

*Wah kau acah baik pulak. Dah la kau fitnah aku!

#Excuse me awak. Saya tak fitnah awak ye. Saya just letak surat bawah meja awak. Saya ulang.  Meja awak okay? Bukan meja orang lain. Bukan salah saya yang nama awak dan saya tersebar dekat sekolah awak.

*Kau siapa hah?! Mampus!! Aku akan cari kau sampai jumpa! Jaga kau! Perempuan tak guna!!

Beeeeeppppp~

Satu hari...

Aku tengah berjalan nak pergi naik sekolah. Tiba-tiba ada dua orang lelaki halang jalan aku. Member taiko Hafiy.

''Hey kau! Boss panggil kau. Cepat ikut kitaorang!'' Boss? Muka aku dah cemberut gitu. Apahal? Kau pikir aku takut ke? Gangster konon.

''Kau pekak ke apa siak?? Cepatlah!'' Salah seorang daripada mereka menyambar tanganku lantas aku mengelak dan dia terjatuh. Hahaha pandan muka. Korang pikir perempuan ni lemah sangat ke cik abang oii?

''Aku dengar dan aku tak pekak lagi la gila. Sapa boss korang? Setahu aku 'BOSS' ni tempat simpan buku teks.'' Aku menahan gelak. Dua orang lelaki itu budak kelas lain cuma kenal tak kenal je. Dia ingin menyambar lenganku.

''Weh! Weh! Sukahati mak nenek kau je nak pegang tangan orang!! Kau pikir kau sapa hah?!'' Lantas Irdina menendang lututnya sekuat hati. Lembik ah kau. Baru lutut. Belum tempat lain lagi. Desis hatinya. Secara tiba-tibanya, kedua-dua makhluk tu bangun dan menunduk seakan-akan rukuk orang jepun tu. Jangan cakap Hafiy kat belakang aku. Irdina memusingkan badannya dan hah kau! Terpampang luas muka dia yang tengah menahan arah. Nampak ah api keluar ikut telinga.

''Ouh kau ke boss tu? Tak nampak pon sinar boss kau? Hehe..'' Mata dia dah terbeliak pandang aku. Aku rasa dia tengah cakap dalam otak dia ' berani siak pompuan ni'. Okay dia marah. Dia menarik lenganku ke sebuah bilik di tingkat bawah. Bilik tu orang dah lama tak guna. So, orang takkan tahu ada orang tengah guna bilik tu.

Dia menghempas lenganku dengan kasar. Aku mengaduh kesakitan. Dah la pegang lengan orang , sakit pulak tu. Nasib baik lapik kalau tak heishh. Siap kau Hafiy.

''Kau nak apa hah? Tak puas lagi bocorkan rahsia aku? Tak puas?!'' Aku menjerit kepadanya.

''Ooo, betul la ni? Kau yang hantar surat bawah meja tu kan? Kau la yang pura-pura jadi minah mana entah so diorang semua pikir benda ni betul? Kau tahu akk apa kau buat ni ?!'' Aku terdiam. Ye, aku tahu aku dah fitnah dia. Pabila setan menghasut semua berjalan lancar. Haihh Dina...apa kau dah buat ni Dina oiii. Aku menggenggam kedua-dua belah tanganku. Sejuk la bilik ni dengan suasana yang tegang ni lagi.

''Sekarang ni aku nak kau pergi amik beg aku dekat kelas. Kau tahu ann aku kelas apa?'' Katanya dengan kasar. Pahal aku?

''Apahal aku pulak? Side kick kau kan ada. Apa guna diorang?'' Dia tersenyum sinis dan berkata lagi.

''Mulai hari ini Irdina Binti Maslan telah menjadi hamba abdi kepada Hafiy Daniel Bin Jaafar. Kalau kau tak patuh arahan aku, aku akan buat apa saje yang boleh menjatuhkan imej kau kat skolah ni. Ada paham?'' I cannot believe what just happened. Haduhh. Help me!!!




#velvettearsWhere stories live. Discover now