"Lepaslah!" marah Irdina kepada Tengku Hafiy. Dada Tengku Hafiy ditolak kuat.
"Thanks, sayang."
Sayang...sayang... Sayang kepala lutut hang! Banyaklah kau punya sayang. Aku tangan jugak mamat ni skang! Biar mulut tu senget empat puluh darjah. Huh!
"Apa yang awak maksudkan sebenarnya tadi?" Soal Irdina serious.
"Yang mana satu ya?" Tengku Hafiy buat-buat tak tahu. Dia Cuba mengingati balik kata-katanya tadi.
"Try to loose yourself or you will lose this project," ajuk Irdina. Sebiji macam gaya Tengku Hafiy.
"Oh, yang tu! Cuba lepaskan diri atau awak akan hilang projek ni." Tergelak Tengku Hafiy mendengar Irdina mengajuk kata-katanya tadi.
Irdina keep calm. Sabarlah wahai hati!
"Saya tahulah. Tak payah nak translate. Maksud saya, yang tersirat. Faham tak? Yang tersirat!"
"Nak jadi isteri saya tak?" Seakan-akan nak bagi tawaran kerja je gaya dia. You gotta be kidding me.
Irdina gelak.
"That is really funny Tengku. Tengku nak buat lawak lagi ke? Saya boleh tolong gelakkan."
Tengku Hafiy memandang Irdina. Dia tak tahu kenapa, tapi dia rasa Irdina istimewa. Dia pun tak sedar macam mana soalan cepumas cenggitu boleh terlontar dari mulutnya.
"I serious ni Irdina. I need a wife as soon as possible."
Irdina menggeleng kepala. Aku rasa mamat ni sakitlah.
"Jangan nak bergurau. Tengku. Saya tak kenal Tengku. Jumpa tak sampai sehari. No... Tak sampai separuh hari tapi Tengku nak ajak saya kahwin? Kalau cakap kat mak Tengku ni, boleh pengsan kot. Tengku janganlah buat lawak lagi. Tak larat dah saya nak gelak."
"I tak kisah. But, I'll ask you again. Nak jadi isteri I tak? I handsome, I kaya. Hidup you pun senang nanti." Irdina semakin menyampah melihat sikap sebenar Tengku Hafiy. Baru dua jam kenal, dah terburai habis perangai sebenar lelaki itu. Angkuh dan bongkak dengan nikmat Allah. Sempat pulak tu puji diri sendiri.
"Who cares."
Melihat response selamba Irdina membuatkan Tengku Hafiy rasa tercabar.
"Tapi I sayang you la." Tengku Hafiy tak nak kalah. Dia mendekati Irdina. Cuba untuk mengusap pipi Irdina kali ini. Segera dia menepis kasar.
"Gila." Sah mamat ni gila!
Irdina terkejut dengan tindakan berani mati Tengku Hafiy . Nasib baik sempat mengelak. Nak aje dia bagi penampar. Keluar kang flying kick aku. Nasib baik pakai baju kurung. Rasa berasap je kalau terus berdiri kat situ.
"Terima kasih atas kerjasama Tengku," Irdina berjalan keluar.
"Oh ya, Tengku! Before that...you need a wife, right? Saya rasa ada baiknya Tengku tampal iklan pencarian isteri kat luar pintu bilik Tengku. Mesti ramai perempuan cantik-cantik yang datang. Your staff pun ramai kan. Bak kata Tengku, Tengku handsome, Tengku kaya. Hidup pun senang nanti." Irdina sempat menyindir. Kemudian Irdina terus berjalan keluar tanpa memandang ke belakang.
***
"Dasar anak raja gila! Keturunan jin tanah. Adik-beradik dengan lanun hutan. Dia ingat dia tu siapa?" Bebel Irdina. Kali pertama dia berdepan dengan lelaki yang sangat-sangat menyakitkan hati.
"Weh, kau apa hal? Tau la baru balik jumpa Tan Sri, takkanlah dah jampi serapah macam ni sekali." Alia menegur.
"Aku tak nak dah jumpa mamat tu. Gila macam tiga hari terlepas dari hospital bahagia."
Alia betul-betul tak faham.
"Tan Sri gila?"
"Bukan Tan Sri. Aku pergi jumpa anak dia tadi... Gatal tahap kene ulat bulu sepuluh ekor. Nak je aku garu-garu guna berus jamban!" Alia ketawa mendengar bebelan Irdina.
"Wow, Irdina fire."
"Memang. Main ugut-ugut orang pulak."
"Dia mintak kau kahwin dengan dia ke?" Alia gelak dengan lawak dia sendiri.
Irdina dah malas nak layan. Kalau dia jawab ya, agak nya mati keras Alia sebab terkejut.
"Dahlah, aku nak buat kerja ni. Kau dipersilakan keluar. Pintu keluar sebelah sana ya, Cik."
Alia ketawa lagi. Kemudian dia keluar Dari bilik Irdina.
Huh! Memang nak hantar species berkromosom XY kalau nak berurusan dengan mamat tu. Sepatutnya aku biar je si Raju yang deal dengan Tengku Hafiy. Agak nya kalau Raju pergi, jadi macam kes dia tak?
Sejak kena kick kerja satu syarikat ngan mamat tu, jumpa balik. Ish! Bagilah ketenangan. Huaa. Irdina kena kick sebab dia kena fitnah ngan staff sendiri. Tak guna nye perempuan. Dasar tak boleh tengok orang kerja senang. Nasib baik Cambria Holdings sudi terima dia sebagai staff di situ. Kalau tak hidup memang merempat kat tepi jalan. Huhu.
Berdasarkan cerita yang dia dengar, sejak dia kena kick out dari syarikat tu, Encik Jaafar, ehh silap. Tan Sri Tengku Jaafar bagi syarikat tu kat orang lain. Rupa-rupanya ada syarikat lagi utama dia tengah handle. Yes, Trebuchet Air yang kini berada di bawah kepimpinan Tengku Hafiy Daniel bin Tan Sri Tengku Jaafar.
Patutla kaya raya. Anak dia pun tumpang sekaki. It is like a new start for Hafiy and Irdina sebab masing-masing jumpa macam tak pernah kenal.
Seriously mula-mula awkward, tapi lama kelamaan macam lain sebab itu bukan Hafiy yang dia kenal dulu.
YOU ARE READING
#velvettears
Dla nastolatkówThis is not a typical malay novel that you always had been reading. This is a story about a young girl who strived through her lives and not knowing what will happen to her in the future. Not that only, a boy stepped into her life and made her miser...