Work

25 3 2
                                    

"Melissa, apa jadual saya hari ni?"

Tengku Hafiy yang baru sama sampai terus duduk ke atas kerusi empuknya. Laptop Apple terus on. Melissa yang mengikutnya dari tadi berdiri di depan meja nya bersama PDA di tangan. Entah kenapa, dia rasa betul-betul tidal semangat hari ni.

"At nine o'clock, tengku ada meeting di Jaya Holdings. Pukul 11:30 lagi pulak, tengku ada meeting dengan syarikat iklan WeSmile. Lepastu..."

Tengku Hafiy mula bosan. Macam ni lah hidup nya, asyik meeting je. Tapi, kalau tak kerja memang dia tak boleh hidup. Dah rasa macam tak cukup oksigen pun ada. Tengku Hafiy mengeluh.

"Cik Irdina, wakil Cambria Holdings datang hari ni...."

Tiba-tiba Tengku Hafiy kembali bersemangat. Doanya bagaikan dimakbulkan pulak. Well, today is fun!

"Call all, meeting off," arah Tengku Hafiy mendatar.

"Tapi, Tengku ada lima meeting hari ni."

"Alah...cancel jelah. Reschedule balik. Saya kena pentingkan wakil Cambria Holdings sebab kita ada projek besar dengan diorang." Tengku Hafiy bagi alasan padahal dalam hati, kemain excited dia nak jumpa dengan gadis ayu tu lagi. Making bersemangat bila kenangkan eksperimen nya yang menunggu masa untuk dilaksanakan.

''Baik Tengku.''

''Satu lagi. Pesan kat Adam, Marwah dan Raja Syafiq, jangan keluar ke mana-mana hari ni. Suruh Adam jumpa saya, bawa report pesawat baru yang dah diservis,'' sambung Tengku Hafiy.

''Baik,'' kata Melissa sebelum berlalu keluar.

***

Irdina kuatkan semangat. Pintu kayu itu diketuk. Setelah tuan di dalam bilik mengizinkan, barudia melangkah masuk.

Tengku Hafiy yang tengah khusyuk menghadap laptopnya itu, terus mengangkat muka. Dia senyum saat melihat wajah selamba gadis di depannya.

''Oh, my sweetheart! How I miss you.  Jemput duduk.''

Berasap telinga Irdina dengar. Nampak gayanya, anak raja di depannya ini memang tak makan saman. Irdina hanya senyum menunjukkan rasa hormatnya.

''Nampaknya kita ada jodoh.'' Tengku Hafiy terus mengenyitkan mata.

Irdina tetap dengan muka tidak berperasaan. Senyum tak. Marah pun tak. Sampai Tengku Hafiy sendiri naik keliru dibuatnya.

''Okay, we staraight to the point.Encik Raffi dah cakap kat saya supaya ajar awak pasal selok-belok projek ni. Lepas tu, kita akan bincang pasal konsepnya.'' Tengku Hafiy mula serious.

''Ya, Tengku. Saya harap Tengku dapat beri tunjuk ajar sebab saya masih baru dalam bidang.'' Akhirnya, Irdina bersuara.

''Nanti saya akan panggil Melissa untuk tolong apa-apa yang awak perlukan. Nanti dia akan kenalkan awak dengan muka-muka yang terlibat dalam projek ni," tambah Tengku Hafiy lagi. Sejurus selepas itu, interkomnya ditekan untuk memanggil Melissa.

"Hai, ni dah kali kedua kita berjumpa. Saya setiausaha Tengku, Melissa. Panggil Mel aje. Kalau Cik Irdina perlukan apa-apa, panggil je saya," ujar Melissa memperkenalkan diri.

"Panggil Dina je. Tak payah nak bercik-cik." Irdina tersenyum.

Ketika itu, mereka baru keluar dari bilik Tengku Hafiy. Dan ketika itulah...

***********************************************************************************************************

Kalau nak tahu nantikan bab seterusnya. Maaf! HEHEHE

#velvettearsWhere stories live. Discover now