"Remember, Irdina. Jangan cari pasal dengan Trebuchet Air. Kita betul-betul bergantung pada company tu sekarang. Kalau Tan Sri tarik balik sponsor tiga ratus juta ringgit tu, boleh jatuh muflis kita. Ingat tu." Irdina masih sempat mengingat nasihat daripada Linda, merangkap PAnya.
First time datang ke syarikat gah penerbangan domestik dan antarabangsa milik Trebuchet Air, memang dia rasa kagum. Cantik. Mewah tahap petala. Ternganga jugak mulut dia bila jejakkan kaki ke lantai berkilat Trebuchet Air. Rasa macam bukan di Malaysia je. Office tempat dia kerja pun takdela segempak ni.
Perabot mewah diatur cantik. Office staff pon selesa. Pendek kata, semua barang kat sini barang mewah. Sampaikan nak lalu pun rasa segan. Semuanya menggambarkan betapa hebatnya syarikat ni. Kalau dah jalankan business antarabangsa, of course lah kaya. Bertuahnya Cambria Holdings sebab syarikat gah ini sudi bekerjasama dengan mereka.
Lamunan Irdina terganggu apabila suara lunak gadis berskirt hitam merangkap setiausaha Tan Sri Tengku Jaafar, menyapanya.
''Maaf, lama menunggu. Cik Irdina boleh masuk sekarang,'' Setiausaha Tan Sri Tengku Jaafar tersenyu manis.
''Thanks,'' ucap Irdina. Senyuman diberi. Kalau berada di tempat orang kena selalu maniskan muka. Itu pesan mama.
''Let me show you the way,'' pelawa gadis itu lagi. Irdina angguk. Berbudi bahasa sungguh setiausaha Tan Sri ni. Mesti Tan Sri pun baik orangnya. Irdina cuba membayangkan Tan Sri yang bakal bertemunya sekejap lagi.
''Thank you again.''
Irdina berjalan ke arah bilik pemilik syarikat itu. Memang kedatangannya hari itu adalah sebagai wakil Cambria Holdingsuntuk mengucapkan terima kasih kepada Trebuchet Air. Dia yang menawarkan diri untuk mengucapkan terima kasih kepada Trebuchet Air. Dia patut berasa beruntung sebab Encik Raffi percaya kepadanya sejak bertukar bos di syarikat itu. Kalau bukan sebab mereka, memang kempunanlah dia untuk jejakkan kaki ke syarikat ni. Kerana Trebuchet Air lah mereka dapat meneruskan projek besar di Dubai.
''Assalamualaikum,'' ucap Irdina. Pintu kayu itu ditolak perlahan.
''Shut up!'' Irdina terkedu mendengar suara keras itu. Hai...orang bagi salam tapi dia shut up kan aku? Irdina angkat kepala.
''You tak faham bahasa ke?I cakap, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Faham tak?''
Fuhh...Nasib baik dia tengah call orang. Aku ingat dia marah aku. Irdina mengurut dada. Lega..
Irdina hanya melihat lelaki yang sedang membelakanginya sambil bercakap di telefon bimbit. Dia ni sedar ke tak yang aku masuk ke bilik dia? Nak keluar atau tegak kat sini? Irdina serba salah tapi Irdina tetap juga tegak di situ.
''Jangan ganggu I lagi!'' marah lelaki itu sebelum mematikan talian. Phone canggihnya itu dibaling ke atas meja. Nasib baik tak berkecai. Then dia berpaling menghadap Irdina. Buat seketika mata mereka bertentang sebelum Irdina melarikan pandangan matanya. Senyuman manis dihulurkan.
Ya Allah! Hafiy? Trebuchet Air?
''Sorry, lama tunggu...'' ucap lelaki itu. Senyuman versi pencair hati diberikan kepada Irdina.
''Tak...tak apa.'' Irdina jawab. Asal muka dia lain sangat? Banyak persoalan main dalam kepala.
Kemudian mereka terdiam seketika. Kemudian Irdina menilik lelaki yang berada di depannya. Wah, kat telinga ada subang. Kat leher ada rantai. Erk, dahlah bersubang! Pakai subang macam lembu Tok Wan je aku tengok. Tak senonoh betul! Muda dan... handsome. Handsome tak handsome, memang aku blacklist la jadi laki aku. Eh, kejap! Ni bukan Tan Sri? Hah? Maksudnyaa... tu bapak dia la. Aduh.. Biar betul?
''Tan Sri?'' Irdina minta kepastian. Mana la tahu dia la Tan Sri kot?
''Am I looked too old sampai you nampak I macam daddy I?'' soal Tengku Hafiy sambil senyuman tersungging di bibirnya.
''Anyway... I'm Hafiy. Tengku Hafiy Daniel.''Tengku Hafiy menghulurkan tangan untuk bersalaman. Seolah-olah tak pernah kenal aku. Dia dah lupa aku kot. Good.
Irdina hanya menganggguk. Dia tidak menyambut huluran salam itu.
Terangkat kedua-dua belah kening Tengku Hafiy. Menarik! Perkara yang tak pernah berlaku sepanjang aku berkenalan dengan orang. Wujud lagi rupa-rupanya perempuan yang tak bersalaman dengan lelaki bukan mahram.
''I'm really sorry sebab tak cakap awal-awal yang I dah dua bulan ganti tempat daddy. Daddy I sekarang di TREBUCHET Group,'' kata Tengku Hafiy sekadar menutup malu.
''It's okay...'' jawab Irdina.
Kalau tadi Irdina sakan meniik Tengku Hafiy, sekarang giliran Tengku Hafiy pula mengusyar anak dara orang di depan matanya. Irdina memakai baju kurung dan bertudung kelabu. Boleh tahan cantik. Berwajah putih kemerah-merahan. Neutral tanpa mekap. Dagu dan bibir terbelahnya mesti memikat ramai lelaki. Tapi, nampak kolot je perempuan ni.
Bertudung? Hmmm...memang gadis bertudung tak pernah tersenarai dalam kriteria perempuan idamannya. Baginya tudung itu merupakan satu sekatan kepadanya untuk mengambil kesempatan ke atas perempuan. Susah nak pegang tangan, susah nak peluk, susah nak cium. Sebab itu perempuan yang didampingi dan mendampinginya semua freehair.
''Saya Irdina...Irdina Maslan. Civil engineer of Cambria Holdings.''
And it starts now...
YOU ARE READING
#velvettears
Teen FictionThis is not a typical malay novel that you always had been reading. This is a story about a young girl who strived through her lives and not knowing what will happen to her in the future. Not that only, a boy stepped into her life and made her miser...