Mini cooper guys

28 2 0
                                    

Sudah seminggu berlalu...dengan ketiadaan orang tersayang di sisi..kehidupannya tidak lagi seperti yang dia mahu...

Irdina pada mulanya tidak boleh menerima kenyataan bahawa family dia sudah menghadap Tuhan. Dia syukur sebab ada abang tersayang masih berada di sampingnya tika itu. Hanya abangnya yang dia perlukan sekarang. 

Dia terkenang masa dulu-dulu, tika merakam memori manis bersama mama dan abah. Tidak dilupakan bersama adik-adiknya yang tersayang. Dia cukup rindu akan mereka. 

Setiap malam, dia mesti akan mengalirkan air mata tika mengalunkan bacaan al-quran di dalam bilik. Mama selalu ajar dia mengaji setiap malam. 

Irdina rindu sangat-sangat. Tidak semena-mena dia banyak belajar dengan mama nya sahaja. Irdina mengesat air matanya tika mendengar ketukan di pintu biliknya..

''Ye? Nak apa?''

''Nak masuk leh?'' Irdina bangun dan membuka pintu.

''Kau nangis lagi?'' Ejaz tanya lembut. Irdina mampu respon dengan senyuman paksa. Mestilah sedih. Irdina hanya mengangguk. Ejaz mengusap kepala adiknya dan memeluk adiknya erat.

''Aku ada kan.. tak eloklah menangis, sedih-sedih macam ni. Semua yang jadi ada hikmah di sebaliknya. Right now, you have me only and I have you only.''

''Eleh..kau ada girlfriend kau tu kan? Blah la kau nye 'only' tu.'' Irdina meleraikan pelukannya. Yes. I am jealous. Someone is approaching my big brother!

''Hahaha! Ala dina! Betul la..'' Ejaz pujuk Irdina sungguh-sungguh. Dia ni kalau merajuk kalah aku. Desis hatinya.

''Apa yang betulnya? Betul la awek kau tu. Apa nama dia? Haa..ingat-ingat. Kau takyah risau. Aku pun suka dia. Dia baik orangnya.'' Laju Irdina berkata. Macam marah macam tak. Pening aku la.

''Hehe..memangla dia baik. Dah la lawa. Pandai an aku cari? Fuh.. bersyukur la dia akan jadi kakak ipar kau.'' kata Ejaz sambil bermain phone di tangan. Irdina terus mendongak pandang abangnya. Akan?

''Maksudnya... kau nak kahwin ngan dia ah tak lama lagi?'' tanya Irdina. Nak tahu jugak. Abang sendiri kan.

Ejaz mengangguk perlahan. Dia menunduk semasa bercakap pasal hal ni. Irdina memegang bahu Ejaz. Dia mengerti gerak geri abangnya. Takde wali.

''Aku sebenarnya dah lama nak cakap kat Abah ngan mama. Tapi... keadaan tidak mengizinkan aku nak bagitahu. Tahu-tahu je benda dah jadi. Aku sedih.'' Ejaz berkata perlahan. Irdina memerhatikan abangnya dengan perasaan yang sayu.

''Kak alin tahu tak?'' Ejaz hanya angguk.

''Dah lamar lom?'' Tak semena-mena kena cubit kat paha. Bapak pedih sia.

''Woi! Kau nak aku lamar guna apa ha? Cincin pun tarak. Takkan nak pakai getah sayur nak buat cincin.'' Irdina ketawa besar. Kelakar la dia ni au.

''Yela..nanti kau cari duit. Beli cincin pastu lamar dia au. Nanti kalau ada duit lebih bagi adik kau ni. Sian dia. Sob..sob..'' Ejaz meletakkan tangan di bahu. Mata ke atas. Irdina gelak besar. Kalau aku amik gambar ni viral weh.

''Sukahati mak nenek kau je an. Kau kerja dapat duit kan. Sian la aku. Nak kahwin duit ciput je ni ha. Kau bukannya nak kahwin lagi. Haihh.. dahla. Malam nanti aku nak keluar jap. Ni ha. Aku nak beli dinner. Nak apa?'' Mata Irdina sudah bersinar-sinaran. Hehehe. Food comes first.

''Haa! Aku nak air lai chee kang. Nyum..nyum..''

''Tu je? Makanan?'' Irdina angguk laju. ''Nanti aku goreng la apa-apa yang ada kat dapur tu. Bukannya mati pun tak makan banyak-banyak. Lagi pun aku nak diet.'' Irdina senyum menayangkan giginya yang putih itu. Heeee.. Diet konon nya la.

#velvettearsWhere stories live. Discover now