Tengku?

19 2 0
                                    

Dalam cinta harus saling percaya,

Dalam cinta harus berani pasrah,

Dalam cinta harus janganlah goyah

Dalam cinta harus sejiwa..

"Arrghh, buat sakit telinga aku je!" Terus punat off radio kereta ditekan. Tak pasal-pasal suara merdu Mila tu jadi mangsa kemarahannya.

"Tak ada lagu lain ke nak pasang? Cinta...cinta...cinta," bebel Hafiy lagi. Tali leher yang tersimpul di lehernya, dirungkai dengan kasar. Rimas! Dicampak tali leher itu ke seat belakang kereta. Butang kemeja hitamnya yang paling atas dibuka. Biar sejuk air-cond meresap dalam hati yang panas membara.

Terbayang kembali adegan mesra pasangan yang masih segar di dalam kepalanya. Kenapa dua orang itu mesti muncul dan ganggu ketenangan hidupnya? Tak cukup ke apa yang diorang dah buat dulu? Huh! Memang takleh tengok orang senang!

BMW 3 Series nya dipandu laju. Hari yang membuatkan dirinya tersangatlah tension! Ada kekasih, curang dengan adik sendiri. Membayangkan scene mesra antara mereka pun dah terbakar hati aku.

Dia ingat aku takleh hidup tanpa dia ke? Aku ni lelaki. Come on lah. Apa yang dia takda? Duit? Setakat orang mintak derma dua ribu, memang dengan senang hati dia boleh bagi. Tak luak pun harta dia yang menggunung tu. Ini anak Dato Jaafar la. Sekali tayang duit,bersusun mak datin-mak datin nak pinang aku.

Rupa? Huh! Kalau dia melintas depan perempuan, pakwe kat sebelah pon lupa la. Dengan rupanya inilah perempuan dibuat macam bola je. Boring dengan Suzi, Nita dah setia jadi pengganti. Rasa nak keluar ke kelab malam, Fana dah setia menanti. Rasa nak ke parti, Dila dah angkat tangan. Sekali senyuman maut diberi, paling kurang lima perempuan dah terpanah. Sepuluh orang yang angau. Isteri orang pon boleh tersangkut dengannya, ni pulak anak dara? Huh! Hafiy berlagak.

Pangkat? Keturunan? Huh... Dia berketurunan diraja. Pangkal nama Tengku pada namanya membuatkan orang lain makin segan dengannya. Yes, Tengku Hafiy Daniel bin Tan Sri Tengku Jaafar adalah nama sebenar. Dia dipandang tinggi oleh orang lain kerana darah dirajanya. Bukan senang dia nak dedahkan identitinya kepada public. Orang tertentu sahaja yang tahu. Tak suka fame agak nya.

 Lagi... Trebuchet Air yang gah itu dah diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh daddynya untuk dia tadbir! Dia cukup selesa dengan kedudukannya sekarang. Dalam usia yang masih muda, dia sudah pegang jawatan besar dalam syarikat. Segala-galanya dengan mudah sekali jatuh dalam genggamannya. 

He has everything. He always get what he wants. Impiannya dari kecil semua ditunaikan. Tapi hakikatnya, dia tak mampu mendapat wanita yang paling disayanginya. He lost in a war to get the girl that he want so badly.

Tengku Hafiy memang tak boleh tengok kebahagiaan adik kembarnya dengan bekas kekasihnya. Terasa ego seorang lelaki dicabar. He will prove who is really Tengku Hafiy one day. Dua 'ekor' manusia itu akan menyesal sebab telah membangkitkan kemarahanyaa. Tak percaya? Tengoklah nanti. Just wait and see.

Strategi dirancang... Tunggulah serangan balas daripada aku. Dia akan tunjukkan yang dia adalah manusia yang paling bahagia kat bumi ni. Apa yang penting, hidup mesti diteruskan. Walau apa pun yang terjadi! Kebahagiaan harus dicari. Even kebahagiaan orang lain yang menjadi galang ganti.




#velvettearsWhere stories live. Discover now