Bala

33 3 0
                                    

Selepas selesai mesyuarat kat KLCC dengan Datuk Aman Tengku Hafiy membuat keputusan untuk terus mengambil blazer yang ditempahnya di bukit Alfred Dunhill yang terletak di salah sebuah kedai di tingkat G di Suria KLCC. Alang-alang dia dah datang ke KLCC, baik dia sendiri datang ambil. Kalau tak, alamat orang gajinya la yang akan dijadikan mangsa untuk ambikkan blazer dia.

Tapi dia tak sangka pula akan menyaksikan adegan mesra yang berlaku depan matanya. Tengku Hafiy asyik menonton aksi pasangan bahagia itu berjalan sambil berpelukan macam KLCC ni di orang punya. Bella Husna dan Tengku Haziq Daniel! Manusia pengkhianat!

Tengku Hafiy menggenggam penumbuk. Terasa marah Dan tercabar. Tengku Hafiy terus angkat kaki. Dia tak sanggup lagi melihat kebahagiaan mereka.

***

Rasa bengang Tengku Hafiy dibawa hingga pulang ke office. Semua staff berasa gerun melihat wajah tegang bos mereka.

Paper bag Alfred Dunhill dihempas kuat ke atas meja. Semua barang di atas mejanya ditolak ke tepi. Geram Dan sakit hati. Rasa cemburu apabila melihat bekas kekasihnya dalam dakapan adik kembarnya sendiri. Sampai sekarang rasa cintanya masih utuh untuk Bella Husna even dia sering menghina dan mencaci wanita itu.

Adam terus masuk ke dalam bilik Tengku Hafiy apabila mendengar bunyi bising dari dalam bilik tu. Dia menggeleng saat melihat bilik sahabatnya yang berselerakan. Pastinya lelaki itu baru lepas mengamuk.

Adalah tu benda tak kena. Dia dah kenal sangat perangai Tengku Hafiy. Then dia memandang wajah sahabat baik nya yang nampak tegang semacam.

"Kau pahal? Kena rasuk?" Tanya Adam.

"Aku dah bosan ah tengok orang bahagia atas penderitaan Aku. Aku benci tengok pengkhianat aku hidup senang!" Marah Tengku Hafiy lantang.

Adam tak faham dengan apa yang cuba disampaikan boleh Tengku Hafiy.

"Aku nak kahwin."

"Hah?" Adam tak percaya.

"Aku nak kahwin."

Belum sempat Adam bersuara, Tengku Hafiy dah berjalan keluar.

"Weh, Hafiy! Hafiy!" Panggil Adam tapi Tengku Hafiy buat tak tahu je. Dia selamba berjalan ke bilik setiausahanya lantas mengeluarkan arahan.

"Kemas bilik saya."

Dan Adam tak mampu berbuat apa-apa bila Tengku Hafiy terus keluar dari pintu office.

****

Dalam kereta, Tengku Hafiy mencapai HTC Sensation miliknya kemudian terus call seseorang. Tak sampai sepuluh saat, talian bersambut.

"Mummy, Hafiy nak kahwin."

Puan Sri Raja Hani terkejut dengan kata-kata putera sulungnya itu. Nasib baik tak terlepas phone antiknya. Dia tak pernah tahu putera sulungnya tu sedang hangar bercinta. Bukannya dia tak tahu perangai anaknya macam mana.

"Don't be kidding, Hafiy."

"I'm deadly serious, mummy. Suara Hafiy ada bunyi macam main-main ke? Pernah ke Hafiy cakap nak kahwin sebelum ni?" Tegas Tengku Hafiy.

"Hafiy, hal kahwin jangan dibuat main. Hafiy kan tau mummy tak terima sembarangan perempuan  jadi menantu mummy. Jangan cakap Hafiy nak kahwin dengan kekasih-kekasih Hafiy yang entah apa-apa tu. Mummy tak setuju." Puan Sri Raja Hani cuba mengingatkan Tengku Hafiy tentang perkara tersebut.

"Hafiy tahu, mummy." Takkan lah perempuan-perempuan sekelilingnya tu nak dibuat bini? Setakat nak lepaskan bosan tu, bolehlah. Nak dibuat bini? Huh...kalau tanya penagih dadah pun dia nak yang baik-baik. Perempuan yang tahu jaga makan pakai nya. Perempuan yang tahu hormat dia sebagai seorang suami.

"Kalau tak pun, biar mummy carikan. Anak kawan mummy ramai yang cantik-cantik. Ramai yang sesuai dengan Hafiy."

Tengku Hafiy dah mula bosan. Inilah part yang dia paling tak suka!

"Hafiy dah ada calon. Mummy mesti akan setuju kalau nampak dia. She's absolutely perfect, mummy. Itu Hafiy boleh jamin. Dia baik, dia cantik dan memenuhi ciri-ciri wanita idaman seorang lelaki. Dan apa yang penting, Hafiy cintakan dia. Hafiy takkan kahwin dengan orang lain selain dia." Talian terus diputuskan. Malas bersoal jawab lagi.

Kereta dipandu tanpa arah tuju. Sedar-sedar Lexus LS F hitamnya diparking di hadapan tasik Putrajaya. Terasa damai sedikit hati nya melihat air tasik yang beralun lembut. Kemudian dia teringat semula kata-katanya mummy nya tadi.

Nak jodoh kan aku? Ingat ni zaman hang tuah ke? Kalau Haziq dengan Bella tahu, mahu tergolek mereka gelakkan aku. Kalau Haziq boleh kahwin dengan pilihan dia, kenapa Aku tak boleh pulak? Tapi, siapa pula yang nak dijadikan mangsa?

Kemudian Tengku Hafiy terbayang satu persatu wajah bekas kekasihnya yang dulu. Antara Didi, Maria Dan Noni, mana satu yang sesuai? Tengku Hafiy rasa, mereka bertigalah yang agak sopan sikit kalau nak dibandingkan dengan yang lain meskipun perangai diorang dua kali lima je.

Adoi, payah jugak! Macam mana ni? Aku ni gila ke sebab nak kahwin? Tak....lagi gila kalau Aku tak kahwin. Dan bertambah gila sebab terlalu fikirkan tentang Bella sedangkan kisah antara aku dan dia dah tamat. Kalau aku tak kahwin, mesti orang ingat Aku tak dapat lupakan Bella lagi. Mesti orang nampak aku tewas.

Tapi, siapa ya yang sesuai? Perkahwinan tanpa cinta ke? Atau kena jalani eksperimen cinta dengan orang yang Aku tak cinta? Tapi kalau tak cinta, boleh bahagia ke? Hesy! Nama pun eksperimen. Mestilah kena berani ambil risiko, kan? Kalau tak bahagia, bercerai. Mudah!

"Dia baik, dia cantik. Dia penuhi ciri-ciri idaman seseorang lelaki. She's absolutely perfect, manalah aku nak cari ni?" Tengku Hafiy bermonolog sendiri. Keningnya digaru-garu. Terbayang sorang-sorang girlfriend dia. Tapi yang baik tu...sorang pun tak ada. Wanita yang penuhi ciri-ciri wanita idaman lelaki pula lagilah jauh macam langit dan bumi.

Tiba-tiba dia terbayang seraut wajah ayu yang senang dan selamba. Wajah yang sememangnya memenuhi kriteria-kriteria yang dicari.

"Irdina..she's the most suitable one. The only one. Irdina, welcome to my experiment..." Kata Tengku Hafiy perlahan. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyuman.

Kepala nya mengatur strategi untuk menarik Irdina sebagai pembolehubah bagi menjalankan experiment ni. Dia hanya mempunyai satu tujuan tanoa mempunyai kesimpulan yang pasti. Irdina harus diikat menjadi isteri nya dalam masa terdekat. Dia harus bijak mencari cara untuk perempuan itu berkata, ya.

***
Kelat wajah Irdina sewaktu watikah itu di baca. Nak menghalang, tapi sebagai pekerja, mana mungkin dia boleh berbuat apa-apa. Nanti tak pasal-pasal keluar Surat peletakan jawatan kalau dia silap membuat perhitungan.

"Irdina, saya dan Encik Raffi dah bersetuju nak hantar awak ke Trebuchet Air hari ini untuk bincang kan pasal projek di Dubai dengan Tengku Hafiy because you are the first person who have a deal with him. Anggap sama ni cabaran pertama awak untuk handle projek besar in future nanti." Panjang lebar si Linda berkata. Dia tersenyum kepada Irdina.

"Tahniah kerana terpilih..."

Waaa...kalau tak terpilih memang aku dah sujud syukur agak nya. Kenapa dalam ramai manusia bekerja kat situ, dia yang paling bertuah? Hantar lah si Linda ke...mamat bangla ke... Cik Linda dah menghulurkan tangan. Dengan terpaksa, disambutnya jugak huluran tangan itu.

"Thanks, Linda."

"Cambria Holdings bergantung kat you, Irdina. Encik Raffi and I... We count on you. Show Tengku our best performance. All the best, Irdina."

Irdina  senyum tawar. "Thanks again."

Kemudian, dia terus keluar. Nak tak nak, dia terpaksa menerima jugak. Terasa malang betul. Baru dua bulan dia kerja, tapi rasa macam dah kena dera. Semua ni sebab mamat tu la yang membuatkan dia berat hati nak jejakkan kaki dekat sana buat kali kedua.

Risau dia tak dapat bersabar, ada pula bangunan yang terbakar nanti. Tak pun, tak pasal-pasal ada yang kena ambil MC sebulan.

"Ya Allah, ya tuhanku. Kuatkanlah kesabaranku untuk menempuh hari esok bersama makhluk perosak tu. Amin..."

#velvettearsWhere stories live. Discover now