"Lapan, sembilan, sepuluh!" kira Lina disebalik pintu stor.
"Sya oh Sya...kau sembunyi dekat mana?" panggil Lina sambil mencari Syafie di sekitar rumahnya.
Dia mencari Syafie di setiap ruang rumah banglo dua tingkat. Setelah mengelilingi ruang dapur dan ruang tamu, dia menaiki anak tangga hingga tiba di tingkat dua. Suasana di dalam rumah sunyi sahaja. Emak dan ayah Lina keluar ke pasar basah. Maka, mudah sahaja untuk dia mendengar setiap pergerakan yang ada. Firasatnya mengatakan Syafie berada di tingkat atas sekali.
"Syafie, aku tahu kau ada dekat sini. Aku akan cari kau sampai dapat, haha" jerit Lina apabila sudah berada di tingkat dua. Dia gigih mencari Syafie hingga dia tidak sedar sebenarnya Syafie sudah berada di belakang.
"Lina!" sergah Syafie dari belakang Lina.
"Sya! Apa ni, main-main sergah pula. Hish" rajuk Lina lalu menepuk lengan Syafie dengan pantas.
"Alah..Sikit-sikit nak merajuk. Sya gurau je" pujuk Syafie.
"Suka hati Lina lah, Sya tak nak pujuk sudah" balas Lina lalu menuruni anak tangga.
Lina menuruni anak tangga lalu memasuki biliknya di aras bawah. Dia tersenyum sendiri. Kalau diikutkan hati, dah lama dia peluk sepupunya. Dia dah terlanjur suka akan Syafie. Syafie memenuhi kriteria lelaki yang dia suka. Muka putih, manja sikit dan pandai bergurau. Memang Syafie keluarganya, tapi tidak salahkan kalau kita suka seseorang tu? Kalau ikut agama, sesama sepupu pun boleh kahwin. Jadi, bagi Lina tak salah jika ada perasaan terhadap Syafie.
"Lina, Lina bukalah pintu ni. Sya minta maaf. Takkanlah dah tak nak kawan dengan Sya. Kesian dekat Sya tau, dia mana suka makcik depan sekolah tu. Dia suka dengan Lina je" celoteh Syafie sambil mengetuk pintu bilik Lina.
Ada ke patut samakan aku dengan makcik depan sekolah yang ada anak lapan tu, desis hati Lina. Tapi, geli hatinya juga dengar omelan Syafie. Semampunya dia menyembunyikan ketawanya. Namun, tetap juga jelas kedengaran di telinga Syafie.
"Lina, awak ke yang gelak tu. Bukan makcik depan sekolah ke yang selalu gelak macam tu, haha" jenaka Syafie hingga dirinya sendiri turut geli hati.
"Sya!" pantas Lina membuka pintu dan berdepan dengan Syafie.
"Apa-apa! Saya berjaya kan pujuk hati awak?" duga Syafie apabila Lina berdiri di hadapan dia.
"Yelah Sya. Saya mengalah. Awak menang hari ni" Lina tertunduk malu. Benar kata Syafie. Lelaki tu dah buat hatinya terpujuk dan berbunga-bunga.
"Kalau macam tu, malam ni kita jumpa. Tempat biasa. Sep sikit" senyum Syafie seketika. Tapak tangannya serentak menampar tapak tangan Lina. Mereka bahagia sekali seolah-olah hidup ini berhenti seketika.
Syafie keluar dari rumah Lina lalu menunggang motosikal. Selesai keluar dari kawasan perumahan sepupunya, dia memecut laju pulang ke rumahnya yang hanya beberapa kilometer jaraknya. Syafie sedar usianya masih muda. Tapi, dia menyimpan harapan untuk memperisterikan Lina apabila dia habis belajar. Dia benar-benar jatuh cinta dengan Lina. Dia sanggup memperjuangkan cintanya walaupun masa yang diperlukan untuk dia menghabiskan pelajaran adalah lima tahun dari sekarang.
Lewat petang begini membuatkan dia terindu-rindu Lina. Macam dah lama pula tak jumpa Lina. Padahal baru pagi tadi dia berjumpa Lina.
"Cepatlah sampai malam, aku dah rindu dekat Lina ni" kata Syafie sendiri di depan kaca televisyen.
"Syafie, dah siap kerja sekolah belum?" tanya Datin Mariah dari ruang tamu kedua bersebelahan ruang Syafie berehat.
"Belum lagi ibu" balas Syafie singkat tanpa minat.
"Habis tu, siapkanlah kerja tu dulu sebelum tengok tv" bebel Datin Mariah.
"Mama, hari ni kan hari Sabtu, kasi chance lah dekat Sya nak rehat" balas Syafie sambil membetulkan punggungnya di atas sofa.
"Banyaklah tak bagi chance Syafie oi. Yang pagi tadi kamu pergi rumah Lina, apa benda. Ingat mama tak tahu ke?" perli Datin Mariah lalu menghampiri anaknya.
"Alah mama" rengek Syafie manja bila emaknya duduk disebelahnya.
Datin Mariah mengusap rambut Syafie lalu dia memandang lama anaknya.
"Syafie suka Lina ye?" duga Datin Mariah.
"Mana ada lah mama" tersengih-sengih Syafie menjawab soalan mamanya. Dalam hatinya, sudah berbunga-bunga. Layan perasaan kejap.
YOU ARE READING
Kau Tetap Isteriku (versi novel)
RandomBila dipaksa kahwin dengan anak kepada seorang pembunuh, kau rasa? Lagi pedih bila kau tahu dialah pembunuh bapa kau. "Pakcik dah bunuh bapa saya, sekarang ni pakcik nak bunuh saya pula? Silakan, silakan saya tak takut, pakcik buatlah apa yang pakci...