"Ahh" Syafie menghempaskan topi keledarnya di atas lantai biliknya.
"Aku tak sepatutnya buat Lina macam tu. Aku dah gila ke?" Dia menjerit sekuat hati lalu tangannya dihentak beberapa kali ke dinding bilik. Kesakitan yang dirasa tidak dihiraunya lagi.
Dia meraup mukanya. Sebutir air mata mengalir. Lina pasti sudah tidak mempercayaiku. Bagaimana aku nak tempuh ni semua?, lelahnya dalam hati. Tangannya terkulai dan dia terduduk. Betapa pengecutnya aku menunjukkan kelakianku dengan kudrat yang ada bukannya dengan kelembutan kepada insan bernama perempuan.
"Sya, aku tak sangka kau sanggup khianati kepercayaan aku. Aku sayang dekat kau, Sya. Tapi bukan macam ni. Murah ke harga diri aku?" sedihnya di hati.
Hal ini tersebar hingga pengetahuan mak ayah Lina. Mereka dapat tahu apabila Lina menangis sehingga didengari mereka. Bagi mereka, Lina tidak pernah menangis sebegitu.
Syafie tiba ke sekolah dengan muka muram. Di seberang jalan, dia melihat Lina keluar dari kereta. Lina tidak pandang langsung dirinya. Lina hanya masuk ke kawasan sekolah. Syafie mengekori Lina dari belakang.
"Lina..." panggil Syafie lembut.
Lina tidak menghiraukan panggilan Syafie."Sya tahu Sya yang salah. Tolong maafkan Sya, Lina" Syafie terus memegang tangan Lina.
"Sya nak apa? Cukuplah Sya. Lina masih belum dapat maafkan Sya. Tolong bagi Lina ruang untuk bersendirian" tangan Syafie ditepis oleh Lina.
"Lina" belum sempat Syafie habiskan ayatnya, Lina berlalu pergi.
Di dalam kelas, masing-masing buat hal sendiri. Bunyi sahaja loceng untuk pulang, Syafie sekali lagi ke arah Lina. Dia tidak dapat fokus di dalam kelas. Asyik terfikirkan Lina.
"Lina, Sya nak minta maaf dekat Lina. Kalau Lina tak dapat maafkan Sya, tak apalah Lina. Tapi, jangan sampai tak pandang Sya langsung. Kita dah lama kawan Lina"
"Sya, apa yang Sya dah buat pada Lina semalam, semua tu dah buat Lina sedar. Ya, Lina sedar, Lina tak pandai jaga diri, pakai baju seksi. Lina ingat Sya dah biasa. Tapi Lina silap. Sya tetap lelaki yang ada nafsu terhadap perempuan" Lina bangkit dari kerusi lalu meninggalkan Syafie. Syafie hanya tertunduk malu. Malu dengan pernyataan akhir Lina.
Sekian lama menahan rasa bersalah. Kini tibalah masanya untuk mereka berdua menduduki peperiksaan awam iaitu SPM. Kedua-dua mereka membuat ulang kaji sendirian. Tidak seperti peperiksaan sebelum ini, pasti mereka belajar bersama.
Lina mula bergaul dengan kawan-kawan sekelas. Tidak lagi berdua memanjang dengan Syafie. Syafie juga begitu. Mereka melalui hari-hari mereka dengan urusan sendiri. Tidak bertegur sapa malah tidak lagi ke rumah masing-masing. Tiada lagi dating mingguan. Yang ada hanyalah termenung melihat jendela.
"Sya, kenapa Sya tak minta maaf lagi lepas dekat sekolah haritu?" kata Lina di hadapan cermin.
"Padahal Lina boleh terima Sya semula kalau Sya tak berhenti memujuk Lina. Hati perempuan ni pasti akan lembut semula kalau Sya terus menerus memujuk. Tapi hampa Sya." sedih Lina lalu menunduk mukanya ke meja berhias.
Syafie menjenguk dari luar bilik Lina. Dia terdengar luahan Lina. Dia sebenarnya datang untuk meminta maaf pada Lina. Sambil tu, dia nak minta restu dari mak cik dan pak ciknya sebelum berangkat sambung belajar.
"Lina, Sya datang ni" katanya sebelum masuk ke dalam bilik Sya.
"Buat apa Sya, bazir masa Sya je datang. Lina masih marah." balas Lina perlahan.
"Tolong maafkan Sya. Untuk kali ni je Lina. Lepas ni, Lina tak perlu jumpa Sya lagi. Sya akan pergi jauh, Lina" kata Syafie setelah dia duduk di sebelah Lina.
"Pergi mana Sya?" pantas Lina bangun dan pandang muka Syafie.
"Minggu depan Sya dah kena pergi Mesir. Sambung belajar" lemah sahaja suara Syafie.
"Sya.." Lina terus memeluk Syafie.
"Lepas ni, dengan siapalah Sya nak bergurau senda" sempat Syafie gelak sebelum mengungkap ayat bergurau senda.
"Baiklah Sya. Lina maafkan Sya. Sya jaga diri bila dekat sana ye"
"Sya akan belajar rajin-rajin. Lepas tu, kahwin dengan Lina. Lina nak tak kahwin dengan Sya?"
"Okay, tak apalah Lina. Jawapan tu Lina simpan dulu sampailah bila Sya berjaya nanti. Tu janji Sya dekat Lina. Terima kasih sebab maafkan Sya."
YOU ARE READING
Kau Tetap Isteriku (versi novel)
RandomBila dipaksa kahwin dengan anak kepada seorang pembunuh, kau rasa? Lagi pedih bila kau tahu dialah pembunuh bapa kau. "Pakcik dah bunuh bapa saya, sekarang ni pakcik nak bunuh saya pula? Silakan, silakan saya tak takut, pakcik buatlah apa yang pakci...