Bab 2: Pertemuan

1.6K 23 2
                                    


Syafie tiba di halaman rumah Lina pada jam sepuluh malam. Keadaan rumah Lina masih lagi meriah dengan cahaya lampu yang terang dari dalam rumah. Dinding kaca yang dihiasi dengan langsir panjang membuatkan rumah Lina cantik sekali dari luar.

"Assalamualaikum Lina, Sya dah ada dekat luar" kata Syafie di hadapan skrin kamera keselamatan setelah menekan loceng rumah.

"Wa'alaikumussalam Syafie. Masuklah dulu" balas Datin Mastura setelah melihat Syafie di skrin kamera.

"Baik Bonda Mas" balas Syafie lalu kakinya melangkah masuk ke dalam rumah setelah pintu dibuka secara automatik.

Syafie menuju ke ruang tamu rumah lalu bersalaman dengan Dato Fizz dan Datin Mastura. Mereka berdua rancak bersembang sambil menikmati bertih jagung.

"Sya jumpa Lina dulu ye" izin Syafie sebelum menuju ke bilik Lina. Kakinya pantas ke bilik Lina dan idea nakal timbul di mindanya apabila pintu bilik tidak ditutup.

Dari luar Syafie melihat Lina baru sahaja selesai keluar dari bilik mandi. Lina yang hanya berkemban paras dada begitu seksi di mata Syafie. Berdegup kencang dada Syafie. Idea nakal masih di kepalanya.

"Lina!" sergah Syafie di muka pintu lalu dikunci pintu bilik Lina.

"Ahh!" jerit Lina lalu Syafie segera menekup mulut Lina.

"Hahaha, kelakarlah Lina. Tu lah tak nak tutup pintu waktu pakai seksi-seksi macam ni" kata Syafie yang masih menekup mulut Lina. Matanya melilau melihat badan Lina. Mahu sahaja diterkamnya.

"Lepaslah, hish" marah Lina lalu masuk ke dalam bilik mandi untuk menyalin pakaian.

"Marah-marah pun, tetap seksi Lina. Boleh kalah Miss Universe" balas Syafie dengan tersengih-sengih lalu mengambil tempat di birai katil. Tangannya mencapai sebuah majalah Men's Health yang ada di tengah katil. Satu per satu halaman diselaknya.

"Boleh tahan juga ye taste Lina ni. Sukalah tu tengok gambar lelaki shirtless" omel Syafie lalu menyandarkan diri di kepala katil.

Lina keluar dari bilik mandi lalu ditutup suis lampu bilik mandi. Wajah Lina agak tegang lalu mencampak tuala di tangannya ke arah Syafie.

"Gatal!" jerit Lina.

"Eh, relax lah. Sya mana buat apa-apa. Tapi tadi..." balas Syafie penuh lemah lembut.

"Apa? Tadi apa?" lantang Lina bersuara.

"Tadi kan...Sya ada nampak sikitlah" kata Syafie lalu jarinya dihalakan ke arah bahagian dada Lina.

Pipi Lina sudah kemerahan menahan malu. Mahu diletak mana mukanya ini. Tambah pula, dia berduaan dengan Syafie di dalam bilik. Semahunya dia terbang jauh asalkan tiada Syafie dihadapannya saat ini.

"Haha, muka Lina dah merah lah..." kata Syafie lalu gelak sakan dia mengusik Lina.

"Ni semua salah Sya lah ni, kan dah free dapat tengok" kata Lina cuba mengelakkan saat-saat sepi di dalam biliknya.

"Salah kita pula, dialah yang salah" balas Syafie lalu berdiri di sisi katil.

"Tetap juga salah Sya. Ni kan rumah Lina, suka hati Lina lah nak buat apa" mata Lina sudah berkaca. Dia terkilan dengan Syafie yang telah dia percaya mampu menjaganya.

"Lina, maafkan Sya ye. Sya janji tak buat macam tu lagi. Jomlah kita keluar sebelum lewat malam" pujuk Syafie apabila Lina sudah tertunduk. Lina tidak memberi apa-apa balasan.

"Dah, dah. Jom" ajak Syafie lalu menggengam tangan Lina. Kemudian, dia menarik Lina keluar dari bilik dan menuju ke luar rumah.

"Bonda Mas, kami keluar sekejap ye" kata Syafie sebelum dia menutup pintu utama.

"Hati-hati ye Syafie" kata Datin Mastura lalu naik ke tingkat atas membuntuti suaminya ke bilik tidur utama.

"Lina, pakai topi ni" kata Syafie sambil tangannya menghulurkan helmet kepada Lina. Lina hanya membisu. Akhirnya, Syafie memakaikan helmet di kepala Lina.

"Lina, senyum sikit. Adik manis yang comel, takkan nak teman abang yang macho ni dengan muka muram? Nanti ada orang kata, abang macho bawa nenek jalan-jalan" gurau Syafie sehingga Lina tersenyum.

"Ha...macam tulah adik manis, haha" puji Syafie sebelum dia memakai helmet di kepalanya sendiri.

Enjin motosikal dihidupkan. Syafie menunggang motornya sehingga tiba di sebuah stesen minyak. 

Kau Tetap Isteriku (versi novel)Where stories live. Discover now