Syafie sudah menyorok mukanya disebalik bekas bertih jagung di
tangannya. Apabila tiba bahagian yang menonjolkan hantu, matanya
segera dipejamnya. Lina disebelah menarik tangan Syafie menyebabkan
bekas bertih jagung pasti terletak semula di tempat asalnya.“Tolonglah, cerita apalah ni” Syafie bersuara perlahan.
“Cerita hantulah” sempat lagi Lina menjawab pertanyaannya.
“Dah, dah. Hantu tu dah jumpa pembunuh dia” serentak itu mata Syafie dibuka semula dan Lina melepaskan tangan Syafie.
Tiba sahaja bahagian credit filem, Syafie mengangkat punggungnya. Lina yang masih dalam mood lawak rasa terganggu dan hanya mengikuti langkah Syafie.
“Aduh Sya, belum habis kan cerita tu” kata Lina dengan beremosi.
“Dah habislah Lina. Nak tunggu sampai credit tu habis buat apa.
Entah-entah ada sambungan dia pula” Syafie menghentikan langkahnya
lalu menghulurkan bekas bertih jagung yang kosong.“Haha, nampak sangat takutnya Sya. Lawaklah part last tu. Tak boleh
belah hantu tarikh 12 haribulan tu. Sampai ke sudah tak dapat penuhi
hajat dia yang tertinggal” habis kemek bekas bertih jagung digenggam
Lina.“Dah, cukup-cukup. Okay, Sya mengaku. Sya kurang suka sikit cerita
hantu-hantu ni, lebih-lebih lagi cerita Thai. Seram habis” Syafie masih belum boleh terima cerita yang baru ditontonnya tadi.“Akhirnya, mengaku juga. Macam manalah nak protect perempuan?” Lina ketawa sakan sambil berjalan beriringan dengan Syafie.
“Lina, jangan cabar Sya!” turun naik dada Syafie apabila Lina mempertikaikan kedudukan dia sebagai seorang lelaki.
“Eh Sya, janganlah marah-marah. Lina tak maksudkan apa-apa pun” Lina cuba mententeramkan Syafie.
Syafie menggenggam tangan Lina begitu kuat lalu dia mengheret Lina untuk berjalan laju sepertinya.
“Nah, pakai cepat” arah Syafie dengan tegas. Tangannya menghulurkan
topi keledar kepada Lina. Lina berasa begitu terancam dengan tindakan
Syafie. Motor ditunggang Syafie dengan laju sehingga tiba di satu
persimpangan yang begitu sunyi.“Sya, kita nak buat apa dekat sini? Kita kena balik cepat” tergetar-getar suara Lina.
“Lina dah cabar Sya tahu tak! Kau kata aku tak boleh protect
perempuan?” Syafie menjadi begitu agresif lalu menuruni dari motor.
Begitu juga Lina.“Apa Sya nak buat ni? Tolong!” Syafie memegang bahagian dada Lina lalu
dia cuba membuka butang baju Lina.“Kau kata aku nak buat apa? Bodoh sungguh perempuan. Pakai seksi ke
pawagam. Ingat aku tahan sangat ke tengok kau macam ni” kata Syafie
dengan jujurnya. Matanya sudah dikaburi perasaan marah bercampur nafsu yang bergelora.“Sya, kau sayangkan aku kan? Jangan buat aku macam ni. Tolong Sya”
rayu Lina yang sudah layu dan terduduk. Tangan Syafie masih berusaha membuka butang-butang yang ada. Sudah tidak tertahan lagi melihatnya.“Pedulilah, kau dah tolak confession aku dulu”
“Tak Sya. Lina cuma tak bersedia nak kahwin lagi. Jangan buat macam ni
Sya. Lina minta maaf. Please Sya” Lina memeluk tubuhnya yang sudah
terdedah sedikit. Matanya sudah berair. Syafie tersedar lalu cuba
menjauhkan diri dari Lina.“Apa aku dah buat ni? Shit!” marah Syafie sendiri. Lina segera
membutangkan semula bajunya. Dia berlari sepantas yang mungkin. Syafie
terus menghidupkan enjin dan mengejar Lina.“Sorry Lina. Tolong berhenti” jerit Syafie dan terus menghalang perjalanan Lina.
“Dahlah Sya! Kau jahat!” kata Lina sekuat hati.
“Please naik, Sya janji Sya hantar Lina ke rumah terus”
tercungap-cungap Syafie meminta Lina untuk mempercayai kata-katanya.Lina memandang sekelilingnya. Sunyi sahaja. Tiada kereta atau motor
yang melalui jalan. Dia tiada pilihan melainkan naik motor Syafie. Dia
memakai semula topi keledar dan membonceng motor Syafie.
Sampai sahaja di rumah Lina, Lina turun tanpa bersuara. Dia
menghulurkan topi keledar milik Syafie.“Lina, tolong maafkan Sya” rayu Syafie dengan lembut. Lina masuk ke
rumahnya tanpa menghiraukan kata-kata Syafie.
YOU ARE READING
Kau Tetap Isteriku (versi novel)
RandomBila dipaksa kahwin dengan anak kepada seorang pembunuh, kau rasa? Lagi pedih bila kau tahu dialah pembunuh bapa kau. "Pakcik dah bunuh bapa saya, sekarang ni pakcik nak bunuh saya pula? Silakan, silakan saya tak takut, pakcik buatlah apa yang pakci...