"Lina, awak marahkan saya lagi ke?" tanya Syafie dan Lina apabila duduk di bangku di sebuah kafe mini bersebelahan stesen minyak. Lina menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Alhamdulillah, baguslah macam tu. Lina..." syukur Syafie dan memandang Lina dengan penuh harapan.
"Apa dia Sya?" tanya Lina dengan lembut.
"Sya...sebenarnya... dah jatuh cinta" balas Syafie dengan nada perlahan.
"Sya jatuh cinta dengan siapa?" riak muka Lina menjadi sedikit kerut.
"Dengan seorang perempuan ni. Dia selalu buat Sya tersenyum" kata Syafie dengan tersengih-sengih.
"Kenapa Sya bagitahu Lina pula? Sepatutnya Sya kena cakap dengan perempuan tu" kata Lina tanpa perasaan.
"Sya bagitahu Lina sebab perempuan tu ialah..." kata Syafie terputus.
"Sofia ke? Kawan baik Lina?" duga Lina.
"Tak, tak. Bukan dia. Perempuan tu ialah Lina" serentak Lina berdiri. Dia benar-benar terkejut dengan apa yang dia dengar.
"Sya, sya tak boleh macam ni, kita kawan je tau" bahu Syafie digoncang-goncang oleh Lina.
"Kenapa tak Lina? Aku tak layak ke nak cintakan kau" Syafie juga turut berdiri lalu dia turunkan tangan Lina dari bahunya.
Lina membisu. Syafie memandang Lina sepenuh hatinya menagih kepercayaan daripada Lina.
"Bagi Lina masa, kita kan muda lagi untuk kahwin" kata Lina memecahkan kesunyian yang ada.
"Sya tak cakap pun yang kita akan kahwin dalam masa terdekat. Paling dekat pun 5 tahun. Tunggu sampai Sya tamat belajar dekat Mesir" tangan Lina digenggamnya rapi.
"5 tahun? Sya, Sya sedar taka pa yang Sya cakap ni. Dalam 5 tahun, macam-macam boleh berlaku tau Sya" Lina melepaskan genggaman Syafie lalu memandang tempat lain.
"Lina, kalau hati Lina percaya dengan apa yang Sya cakapkan, in shaa Allah, Sya akan tunaikan janji Sya untuk kahwin dengan Lina. Dalam 5 tahun ni, Sya akan cari kerja sambil belajar dan belajar sungguh-sungguh. Sya nak kita bahagia. Tak nak berharap dari mak ayah kita" jelas Syafie selepas dia berada di hadapan Lina.
"Biar Lina fikirkan lagi. Jom kita balik. Kepala Lina pening" pandangan Lina menjadi sedikit kabur lalu dia pengsan di dakapan Syafie.
"Lina okay tak ni?" gelabah Syafie lalu dia membawa Lina untuk duduk di bangku.
"Sorry, belikan air untuk Lina, Lina dahaga" kata Lina dengan lemah.
Syafie segera ke kaunter. Dia memesan air mineral untuk Lina lalu dibawanya segelas ais batu. Air mineral dituangkan ke dalam gelas lalu Syafie menegukkan air ke mulut Lina. Lina minum perlahan-lahan sehingga separuh gelas.
"Dah okay?" tanya Syafie penuh perhatian.
"Umm, okay sikit dari tadi" Lina bersuara lemah.
Mereka pulang ke rumah setelah Lina boleh bangun seperti sediakala. Lina menjadi pendiam setelah pulang dari dating mingguan mereka. Dia tidak sangka yang Syafie akan jujur dengannya. Dia kaku dan tidak tahu apa jawapan yang sesuai untuk dia katakan tadi. Dia pening lalu tertidur di atas sofa.
Syafie pulang ke rumahnya dengan berat hati.Pedih dan sakit untuk menerima jawapan sebenar Lina. Dia percaya denganhatinya. Hatinya tidak pernah salah memilih. Rasa yang ada dalam dirinya ialahrasa cinta. Cinta yang ada untuk Lina seorang. Tiada lagi yang lain.
YOU ARE READING
Kau Tetap Isteriku (versi novel)
AlteleBila dipaksa kahwin dengan anak kepada seorang pembunuh, kau rasa? Lagi pedih bila kau tahu dialah pembunuh bapa kau. "Pakcik dah bunuh bapa saya, sekarang ni pakcik nak bunuh saya pula? Silakan, silakan saya tak takut, pakcik buatlah apa yang pakci...