"Daz, pagi ni aku ikut kau ye?"
Laung Dazmir semasa menuruni anak tangga dari tingkat atas.
Dazril mengerutkan dahi. Bihun goreng yang dimakannya masih lagi belum habis dikunyah ketika dia berpaling ke arah suara adiknya itu.
"Nape?"
Dazmir menarik kerusi makan di sebelah abangnya.
"Eh, kau juga yang suruh aku belajar selok belok pejabat tu. Kita kan nak sama-sama uruskan pejabat papa nanti, bukan begitu mama?" Dazmir sempat mengucup pantas pipi mamanya sebelum duduk. Datin Karen tersenyum bila anaknya berbuat begitu padanya.
"Pagi, mama. Papa mana? Tak turun lagi ke?" soal Dazmir bila dilihat kerusi papa masih kosong.
"Tak. Papa kamu ada hal lain nanti. "
Dazmir mengangguk.
"Okeylah. Aku pergi dengan kau ajelah ya, Daz."
"Eh, kau kan ada kereta sendiri."
"Dah tu, tak boleh aku nak pergi sama kau ke?"
"Dahlah tu. Nak ke opis pun boleh nak bergaduh. Daz, tumpangkan aje si Mir ni. Tak susah pun kan." Ujar Datin Karen.
"Ha... anak manja mama macam tulah." Ujar Dazril dalam nada perlahan.
YOU ARE READING
Ohh No!! Pembuli Cinta??
HumorCerita mengisahkan tentang Khadeja atau Dheja yang selalu sahaja dibuli di pejabatnya. Adik hero yang baru pulang dari luar negara yg kasihan dengannya sering membantunya. Menimbulkan rasa tidak senang hati hero kerana hero memang seorang boss yg...