"Apa??? Biar betul Kak Mah ni. Kenapalah Kak Mah terus setuju tanpa tanya saya dulu ni? Adoila."
Giliran Dheja pula kali ini menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Kak Mah mintak maaflah, Dheja. Masa tu Kak Mah panik. Kak Mah tak tau nak cakap apa. Nanti kalau kena marah, ha macamana?"
Dheja mengeluh panjang.
"Kak Mah tanya dululah dengan Kak Min dan Kak Zah tu ha. Mereka kan perempuan juga. Takat nak tolong takkan tak boleh kot. Mati kutulah kalau Dheja sorang aje. Mana Dheja reti nak layan tetamu yang Dheja tak kenal tu?"
Risau betul Dheja dibuatnya apabila mendengar cerita dari pihak Kak Mah. Nak dimarah, orang tualah pula. Lagipun bukan itu sifatnya.
"Sebab Kak Mah dah tanya diorang itulah yang Kak Mah tanya pulak pada Dheja ni."
"Kak Mah, tanya dengan suruh, lain tau."
"Habis tu, macamana ni?"
"Macamana apanya, kak. Kak Mah yang setuju nak tolong. Kak Mah pergilah. Dheja tak nak."
Seram sejuk kot nak menjadi penyambut tetamu di rumah orang kaya macam tu.
"Alaa... tak bolehlah, dik. Anak akak nak masuk kolej semula Sabtu ni."
Dah sudah.
"Kalau macam tu, tak apalah. Nanti saya cakap sendiri dengan Cik Mir."
YOU ARE READING
Ohh No!! Pembuli Cinta??
HumorCerita mengisahkan tentang Khadeja atau Dheja yang selalu sahaja dibuli di pejabatnya. Adik hero yang baru pulang dari luar negara yg kasihan dengannya sering membantunya. Menimbulkan rasa tidak senang hati hero kerana hero memang seorang boss yg...