"Awak keluar mana lama-lama sangat ni?"
Ha, dah sudah. Dheja memejamkan mata sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu lif. Malang tidak berbau bila terserempak dengan Dazril yang baru sahaja habis bermesyuarat.
Berdebar-debar Dheja dibuatnya.
Manalah si Dazmir ni. Kata nak tolong aku explain kalau abangnya bertanya. Ni buat lambat pulak di kereta. Alih-alih dia pula yang kena.
"Err.. err.. "
"Apa err .. err.. awak dah bisu ke?"
Dheja tidak berani mengangkat muka memandang wajah Dazril. Yang sudah pasti seperti naga yang hendak memuntahkan laharnya.
"Tak.. Cik Daz. Maaf.. Tadi saya keluar-"
"Dia temankan aku breakfast. Aku yang bawa dia. Kau tak perlu marah dia. Dia tak bersalah pun." Tiba-tiba sahaja Dazmir muncul di belakangku. Untuk lif berikutnya.
Dheja menarik nafas lega.
Dazril membuat muka.
"Wah... Sejak bila pula Mir pandai-pandai nak keluar dengan staf perempuan kat ofis ni, huh? Kenapa tak keluar je dengan staf lelaki? Ramai kan kat sini?" soal Dazril bertalu-talu.
Sekarang dua beradik itu mula bertengkar disebabkan aku. Alahai.
YOU ARE READING
Ohh No!! Pembuli Cinta??
HumorCerita mengisahkan tentang Khadeja atau Dheja yang selalu sahaja dibuli di pejabatnya. Adik hero yang baru pulang dari luar negara yg kasihan dengannya sering membantunya. Menimbulkan rasa tidak senang hati hero kerana hero memang seorang boss yg...