Tok, tok, tok.
"Masuk."
Memang Dheja berasa amat tidak berpuas hati ketika melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Dazmir.
"Ya, Dheja? Ada apa saya boleh bantu?"
Dazmir yang ketika itu sedang meneliti beberapa fail firma mengangkat mukanya. Tersenyum lebar dia tatkala melihat gadis cantik berambut panjang melepasi bahu itu melangkah ke biliknya.
"Saya nak minta maaf sebab tak dapat bantu Cik Mir kali ni." Kak Mah pun satu. Tak tanya aku dulu.
"Kenapa pulak? Saya akan bayarlah. Tak rugi sesen pun awak bantu mama saya. Dapat duit tambahan lagi."
Dheja mengeluh.
"Cik Mir. Ni bukan pasal duitlah."
"Habis tu?"
"Ni pasal saya ada hal."
"Awak nak keluar dating ke?"
"Hish, Cik Mir ni. Mana saya ada boyfriend pun."
"Habis tu? Kenal-kenallah dengan mama saya."
Mahu terhenti nafas Dheja dibuatnya.
"Untuk apa?"
"Nak jadi menantu."
"Apa???"
YOU ARE READING
Ohh No!! Pembuli Cinta??
HumorCerita mengisahkan tentang Khadeja atau Dheja yang selalu sahaja dibuli di pejabatnya. Adik hero yang baru pulang dari luar negara yg kasihan dengannya sering membantunya. Menimbulkan rasa tidak senang hati hero kerana hero memang seorang boss yg...