Part 21- Penyambut Tetamu

80 7 0
                                    

"Kak Mah, kalau time hari minggu ni Kak Mah free tak?" 

Ketika itu Kak Mah sedang menyapu sampah di bilik Dazmir.  Terhenti seketika mak cik cleaner itu dibuatnya. 

"Err.. Cik Mir cakap ngan akak ke ni?" 

"Laa.. Kak Mah ni. Mana ada siapa kat dalam bilik ni, kan?" 

Kak Mah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal seketika.

"Iyalah kan.  Maaf.  Kenapa Cik Mir tanya macam tu?" 

Jangan dia suruh aku buat macam-macam pulak, sudahlah. 

"Tak ada apa-apa, Kak Mah. Saya plan nak buat kenduri kesyukuran sikit kat rumah saya tu.  Sempena saya balik ke Malaysia ni. Tapi mama saya sorang je kat rumah tu. Jadi saya nak mintak tolonglah staf-staf perempuan yang ada kat sini, kalau-kalau nak bantu mama saya tu nanti. Saya bayarlah." Jelas Dazmir dengan panjang lebar. 

Kak Mah termenung seketika.

"Ermm.. nak berapa orang tu Cik Mir.  Kat ofis kita ni ada berapa kerat aje pun orang perempuan. Saya, Dheja dan dua tiga orang lagi. Tapi saya rasa kalau yang dah berkeluarga agak susah kot.  Sangkut dengan anak dan suami." Cuma dia dan Dheja sahaja yang mungkin berkelapangan pada hujung minggu itu. 

"Kesian kat mama saya tu ha, Kak Mah. Tolong ya?" mohon Dazmir lagi. 

Tidak sampai hati rasanya pula hendak menolak permintaan anak bossnya yang seorang ini.

"Hmm.. tengoklah dulu ya. Bukan Kak Mah tak nak tolong. Tapi anak Kak Mah nak masuk kolej hari Sabtu ni. Nanti Kak Mah tanyakan Dheja dulu ya?" 

Dazmir mengangguk laju.  Tersenyum lebar dia kali ini. 


Ohh No!! Pembuli Cinta??Where stories live. Discover now