"Kamu dah gila ya Mir?" Jengil Dazril apabila Dheja keluar dari biliknya.
"Ya, gila bayang."
Dazril menggeleng.
"Kamu biar betul. Gila bayang apanya ni?"
Dazmir merenung ke arah abangnya.
"Mir sukakan Dheja. Salah ke?"
"Ya Allah, Mir. Dia tu kan staf kita. Gila ke nak mengorat staf sendiri, huh?"
"Salah ke, bang?"
"Bukan macam tu. Tapi ramai lagi perempuan kat luar tu kan. Kenapa dengan kamu ni, ha? Belajar sampai luar negara. Tapi balik sini, budak low class yang kamu berkenan?"
Dazmir menggeleng.
"Abang Daz, low class abang cakap? Dia berpelajaran tinggi tau. Low class macamana maksud abang ni?"
Dazril menarik nafas panjang.
"Dia tak setaraf dengan kita. Dia budak biasa-biasa aje. Mir faham tak lagi?"
Dazmir tertawa kali ini.
"Oh, abang dah lupa ya. Manusia ni tiada bezanya pun. Di sisi Tuhan, kita semua sama aje tau. Cuma yang berbeza dari segi ketakwaan kita aje."
Dazril terkejut mendengar dari bibir Dazmir.
"Eh, sejak bila pulak kamu jadi ustaz ni Mir?"
"Ah, abang ni. Mir tak perlu nak jadi ustaz untuk cakap pasal ni. Abang pun tau kan."
Dazril mengangkat bahu. Patah ayat kali ini.
YOU ARE READING
Ohh No!! Pembuli Cinta??
HumorCerita mengisahkan tentang Khadeja atau Dheja yang selalu sahaja dibuli di pejabatnya. Adik hero yang baru pulang dari luar negara yg kasihan dengannya sering membantunya. Menimbulkan rasa tidak senang hati hero kerana hero memang seorang boss yg...