Part 19 - untung batu

81 6 0
                                    

"Perkenalkan, ini...".

Sesi suai kenal antara staf-staf lelaki di situ berjalan dengan lancar. Dazmir yang peramah memang mudah mendapat kawan rupanya.  Namun kenapa dia cari aku jugak ya?  Atas alasan dia jumpa aku terlebih dahulu semasa mula-mula dia ke pejabat ini? Eh, kekwat la mamat tu.  

"Hmm.. nampaknya kali ni, kau dah ada SA baru ya, Dheja?"  Entah dari mana pula Kak Mah ni datang. Tiba-tiba sahaja ada di belakang kerusinya. Dheja yang mencuri-curi pandang ke arah Dazmir yang masih lagi berbual-bual dengan beberapa orang staf lelaki di situ adakalanya tergelak besar apabila bercerita. Topiknya entahlah.  

Ah, biarlah.  Itu urusan mereka.  Selepas ini selamatlah aku.  

"Uih, Kak Mah.  Ingatkan siapa." Dheja berpura-pura menumpukan perhatian pada  komputer di hadapannya.

"SA apanya kak? Merepeklah Kak Mah ni.  

Kak Mah tertawa mengekek. 

"Iyalah. Kalau dia tak minat pada kau, tentu dia tak beria-ia nak ajak kau temankan dia, kan? Standardlah tu bila mula-mula nak mengorat. Hehe..." tempelak Kak Mah lagi. Penyapu dan penyodok sampah yang ada di tangannya dikepit di sisi. 

Sempat lagi menyinggah di meja Dheja untuk bergosip. Ni kalau boss besar nampak, harus lari tak cukup karpet ni.

"Minat? Huii Kak Mah ni.   Ayatt... Dua beradik tu anak boss kot. Kita ni staf dia saja kan. Teruskan bermimpilah. Tak naklah saya.  Orang kaya ni suka bercinta saja. Bukan nak buat bini pun."  

Kak Mah terkejut mendengar kata-kata dari gadis itu. 

"Eh? Mana kau boleh cakap macam tu?  Untung batu timbul dik..."  perli Kak Mah lagi. Berialah sangat. 

"Iya. Batu ada rongga macam sponge tu memang timbullah kak oi..." tingkah Dheja lagi.  

Kak Mah tersengih.

"Aku nak pergi sapu bilik boss dululah. Oh ya, terima kasih ya tolong buatkan air untuk Cik Daz hari tu." Tingkahnya lagi. 

Satu pagi yang pertama kali mendatangkan kesusahan dalam hidupku. 


Ohh No!! Pembuli Cinta??Where stories live. Discover now