Seminggu kemudian..
Jam loceng berbunyi.Aireen pantas bangun lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya untuk kesekolah baharunya,Pada tahun ini Aireen sudah berumur 17 tahun.Tidak lupa juga tahun ini Aireen mengambil spm.
Setelah Aireen selesai mandi,Aireen memakai baju sekolah yang baru itu pada susuk tubuhnya.Di kepala Aireen sarungkan tudung sekolah yang berwarna putih lalu mengemaskan seperti melipat sedikit tudungnya itu.Setelah selesai memakai baju Aireen mengambil bag sekolah yang berjenama Adidas lalu terus turun ke bawah untuk sarapan pagi.
"Ummi masak apa untuk sarapan pagi ni ?" Tanya Aireen setelah melihat umminya sedang menghidangkan makanan.
"Ummi masak nasi goreng special untuk Aireen harini,sebab harini kan hari pertama Aireen untuk sekolah." balas Puan Shahida sambil menghidang makanan di atas meja makan.
"Wah sedapnya masakan ummi hari ni! Aireen nak bawak nasi goreng pergi sekolah boleh tak ummi." Tanya Aireen kepada Puan Shahida.
"Ummi dah siapkan bekalan Aireen untuk bawak ke sekolah dekat atas meja tu dah." Kata Puan Shahida.
"Oh okey ummi,Terima kasih." Balas Aireen lalu mengambil bekas yang berisi nasi goreng itu ke dalam bagnya.
"Adik cepat masuk kereta,nanti lambat pulak nak pergi sekolah." Ujar Abang Alfi sambil membawa briefcase.
"Baiklah along,nanti adik masuk kereta." Ujar Aireen lalu terus menyalami tangan ibu dan ayahnya sebelum bertolak ke sekolah.
<><><><><><><><><><><><><><><>
"Adik kt sekolah belajar rajin-rajin ye,Jangan asyik berangan je dekat dalam kelas.Beri tumpuan sepenuhnya dekat apa yang cikgu ajar kt depan tau.Spm dah nk dekat." Kata Abang Alfi apabia sudah sampai di hadapan pagar sekolah Aireen.
"Baiklah Aireen tak akan berangan dah." Ujar Aireen apabila mendengar nasihat dari Abang Alfi.
"Along janji kalau adik dapat result yang bagus dalam spm, along akan tunaikan apa sahaja yang adik minta." Balas AbangAlfi dengan bangga.
"Insyallah adik akan berusah untuk mencapai result yang cemerlang." Ujar Aireen lalu menyalam tangan Abang Alfi .Lalu keluar dari kereta dengan perasaan yang bimbang kerana ini sekolah baharunya.
<><><><><><><><><><><><><><><>
Armel Naufal pov
"Woi Naufal! Hidup lagi kau rupanya ingat kan dah xde dah.Rindunya aku dengan kau." Laung Nadzhan (a.k.a kawan baik Naufal) sambil melambai-lambaikan tangannya kearah Naufal yang sedang menjaga pagar sekolah.
"Eee gelinya aku dengan perangai kau ni! kau ingat aku ni suka sama sejenis ke?Dah lah gi masuk cepat.Kalau tak aku tulis nama kau dalm rekod disiplin." sindir Naufal kepada Nadzhan yang dari tadi tidak masuk.
"Ahh kau dengan kawan baik sendiri pun nak bekira bagai."
"Kawan tak kawan! kalau kau buat masalah aku tulis nama kau."bentak Naufal.
"Hai naufal! dah lama tak jumpa awak.Rindunya saya dengan suara dan wajah yang handsome awak tu." Tegur Camelia ( a.k.a peminat Naufal dari dulu) dengan nada yang gedik+minta simpati."
"Hai Camelia,saya tak rindu awak pun." balas Naufal lalu bereda meninggalkan Camelia di situ.
"Naufal! Naufal! saya belum habis cakap dengan awak lagi ni.Sini lah layan saya." Panggil Camelia apabila melihat Naufal mahu bereda dari satu.
YOU ARE READING
TENGKU NAUFAL IS MINE
RomansaTengku Armel Naufal itu suami aku,patutkah aku meneruskan masjid yang sudah terbina ini..Adakah dia mencintai aku sepenuh hatinya atau aku hanya bertepuk sebelah tangan.No aku tak akan mencintai dia. Ummi reen tak akan kahwin dengan lelaki tu...