"Amaran....mengandungi aksi-aksi dewasa yang ringan....tidak sesuai untuk pembacaan 13 tahun da kebawah......hihihi....enjoy!!!"
"Pantai!!!!!!"jerit Amri sebaik dia keluar ke beranda bilik yang disewanya di resort ini.
"woi..agak-agaklah kalau ye pun, tak payahlah nak jerit-jerit cam tu, malu la orang tengok."ujar Syafiq memprotes sambil meletakkan begnya di tepi katil. Amri hanya tersengeh-sengeh sebelum mendekati Syafiq. Mereka berdua baru sahaja sampai di resort di sebuah pulau peranginan terkenal di pantai barat semenanjung.
"yang kau nak moody-moody ni kenapa, ceria la sikit."sapa Amri pula.
"aku bukan apa, cuti-cuti semester cam ni, patutnya aku dekat rumah, tolong mak aku kat kebun getah tu."ujar Syafiq lagi. Memang selalunya setiap kali cuti semester Syafiq akan membantu ibunya menoreh getah di kebun milik keluarga mereka sendiri. Cuma kali ini entah kenapa Amri begitu beriya-iya mengajaknya bercuti di pulau ini. Disebabkan Amri bersetuju untuk menanggung segala perbelanjaan sepanjang mereka di pulau ini, Syafiq pun bersetuju.
"jadi kau menyesal lah datang sini dengan aku?" soal Amri menarik muka. Syafiq memandang Amri sekilas.
"bukanlah macam tu.."Syafiq kalah lagi. Amri tersenyum senang. Dia lantas bangun dan duduk disebelah Syafiq.
"bukan selalu kita dapat keluar bercuti berdua macam ni. Kita kat sini pun bukan lama, tiga hari je. Lepas tu kau pergilah tolong mak kau. Kau nak tidur dalam kebun getah tu pun aku tak halang."ucap Amri lagi sambil menghadiahkan senyuman manis yang sering membuat hati Syafiq luluh. Syafiq hanya membalas senyuman Amri.
"dah...jom."ajak Amri.
"pergi mana? " soal Syafiq kehairanan.
"tu..kau tak dengar tu? ombak tu memanggil-manggil dari tadi. Jomlah pergi mandi."Amri teruja.
"sekarang? agak-agaklah pun. Tengah hari rembang macam ni kau nak pergi mandi laut. Elok-elok kau putih macam ni nanti balik terus jadi negro."protes Syafiq. Amri mencebik.
"ala...kau ni." ujar Amri bernada rajuk sebelum duduk semula di sebelah Syafiq. Syafiq tergelak kecil dengan riaksi Amri, sangat comel. Mungkin ramai yang tak tahu sifat sebenar Amri yang sebegini manja. Dia anak tunggal, jadi kalau dirumah memang sifat manjanya menyerlah, diluar semuanya ditutupi dengan rapi. Cuma dengan Syafiq sahaja dia membiarkan semua sifat-sifat semula jadinya keluar.
"petang-petang nanti kalau dah redup sikit kita pergilah mandi."ujar Syafiq memujuk.
"habis tu sekarang kita nak buat apa?"soal Amri pula.
"sekarang ni...."ujar Syafiq sebelum melirik ke arah jam tangannya yang tepat menunjukan pukul 2.30 petang.
"sekarang ni, kita solat dulu, lepas tu kita pergi makan, lepas tu kita pergi jalan-jalan kat pulau ni...ok?"Syafiq memberi cadangan. Amri tersenyum.
"aih....semangat pulak kau tiba-tiba, tadi macam nak balik sangat dah aku tengok."ujar Amri nakal mengusik. Syafiq memandang Amri tepat sebelum menolak keras tubuh kurusnya itu.
"kau nak ke tak nak, kalau tak aku balik sekarang jugak."ujar Syafiq yang sebenarnya cuba menahan malu. Entah kenapa tiba-tiba dia jadi begitu bersemangat pula.
"ok...ok...ok..."balas Amri sebelum lantas masuk ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Usai kedua mereka berwuduk, berdua mula menunaikan solat jamak qasar zohor dan asar berjamaah sebelum keluar dari resort untuk mencari tempat makan. Selesai makan mereka berdua menyewa sebuah motorsikal dan mula meronda sekeliling pulau.
YOU ARE READING
Our Love Story
Romance"kau kenapa? sedih je aku tengok."soalan Amri itu mengejutkan Syafiq yang tadi terkhayal sebentar. "kenapa ni? ada masalah ke?"soal Amri sambil yang kini duduk di sebelah Syafiq. Kedudukan mereka yang dekat membuatkan Syafiq mampu menghidu bau wangi...