Perlahan Amri membuka matanya. Kepalanya terasa berat. Penglihatan yang kabur kini beransur terang. Dia memerhati keadan sekeliling yang agak asing. Perhatiannya kemudian teralih pada pintu ruangan itu yang terbuka.
"Eh...abang dah bangun?" Ujar Aidit lembut sambil tersenyum mesra.
"Apa yang dah jadi? Abang dekat mana?" Soal Amri yang keliru.
"Abang tak ingat ke? Abang demam kuat. Abang pengsan tadi kat bilik. Abang di pusat kesihatan sekarang ni." Cerita Aidit sambil duduk dikerusi disebelah katil Amri. Amri cuba mengingat kembali apa yang terjadi. Ingatannya mula jelas semula. Memang dia diserang demam beberapa hari lepas dan klimaksnya apabila dia pengsan pagi tadi ketika ingin bersiap ke kuliah. Kini sesuatu menjadi persoalan padanya. Dia memandang Aidit yang duduk disebelahnya.
"Aidit." Panggil amri lembut. Aidit menoleh memandang Amri.
"Aidit ke yang bawa abang kesini?" Soal Amri ingin tahu. Aidit hanya tersenyum dengan soalan Amri itu. Memang dia yang membawa Amri ke situ, cuma dia berasakan yang tak perlu rasanya untuk dia bercerita.
"abang nak air?" Ujar Aidit sambil menuangkan segelas air cuba untuk lari dari topik tadi. Gelas berisi air kosong tadi dihulurkan pada Amri. Amri menyambut dan meminum perlahan sedikit demi sedikit. Tekaknya terasa sangat kering.
"Doktor cakap abang dah boleh balik bilik bila abang dah sedar." Ujar aidit ceria. Amri menyerahkan semula gelas yang kosong pada Aidit.
"Saya pergi bagi tahu doktor abang dah sedar." ujar Aidit selepas meletakkan kembali gelas tadi di atas meja. Aidit kemudiannya bangun dan menuju ke arah pintu.
"Aidit." Panggil Amri sebelum sempat Aidit menghilang di balik pintu. Aidit menoleh memandang Amri.
"Terima kasih."ucap Amri sambil tersenyum. Senyuman yang ikhlas. Aidit seakan terpana seketika dengan senyuman Amri itu. Ini kali pertama dia melihat Amri tersenyum begitu. Senyuman yang dirasakan cukup menggoda. Aidit jadi gugup. Dia hanya mengangguk sedikit sebelum meloloskan diri di balik pintu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aidit duduk sendiri di meja belajarnya sambil fikiannya melayang jauh. Entah kenapa selepas peristiwa di pusat kesihatan semalam, dia berasa sesuatu yang berseza. Senyuman Amri tadi masih segar diingatannya. Hatinya jadi berbunga-bunga.
'Astagrfirullah al-Azim!!! Aidit!! kenapa dengan kau ni? Abang Amri tu lelaki!! kenapa kau boleh rasa macam ni pulak?' Aidit bermonolog sendiri. Dia jadi keliru. Dia tak tahu kenapa dia rasa begini. Aidit meraup wajahnya. Lamunannya terhenti sebaik dia mendengar bunyi katil yang bergerak. Wajahnya dialih memandang ke arah katil Amri. Kelihatan Amri telah bangun dari lena dan duduk di birai katil.
"Abang dah bangun?"soal Aidit sambil berdiri dan mendekati Amri. Amri menoleh memandang Aidit.
"Abang nak apa-apa tak?"soal Aidit lagi sambil duduk disebelah Amri. Amri hanya tersenyum dan menggelangkan kepala.
"Aidit tak payahlah susah-susah jaga abang macam ni, abang dah okey dah." ucap Amri lembut. Aidit hanya tersenyum.
"Tak susah pun lah....saya okay je jaga abang." jawab Aidit santai.
"Aidit ni baik betul kan, sanggup jaga Abang sampai macam ni, bawak abang pergi pusat Kesihatan, lepas tu bawak abang balik. Bila dah balik jaga pulak abang sampai macam ni." ucap Amri ikhlas. Aidit jadi malu bila dipuji-puji begitu. Wajahnya tiba-tiba memerah.
YOU ARE READING
Our Love Story
Romance"kau kenapa? sedih je aku tengok."soalan Amri itu mengejutkan Syafiq yang tadi terkhayal sebentar. "kenapa ni? ada masalah ke?"soal Amri sambil yang kini duduk di sebelah Syafiq. Kedudukan mereka yang dekat membuatkan Syafiq mampu menghidu bau wangi...