Bahagian 10 : Pelangi Selepas Hujan

2.1K 106 32
                                    


Syafiq dan Amri duduk bersebelahan di sebuah bangku yang diletak berhampiran padang. Untuk seketika masing-masing hanya terdiam seribu bahasa. Kalau dulu, waktu berduaan beginilah sesuatu yang amat ditunggu oleh Amri mahupun Syafiq. Tapi kini hanya kesunyian yang menyelubungi. Masing-masing terkunci mulut.

"kau apa khabar?" soal Syafiq memecah kesunyian.

"baik...kau?" balas Amri pula.

"baik.." jawab Syafiq. Jeda seketika.

"hal apa yang kau nak cakap tu?" soal Amri selepas mengumpul kekuatan untuk bertanya. Syafiq terdiam lagi. Syafiq menoleh memandang wajah Amri dalam. Rindu benar dia dengan wajah itu. Lama benar rasanya dia tidak dapat menatap wajah ini sedekat ini. Syafiq kembali memandang kedepan sebelum menarik nafas panjang.

"aku....aku dah kapel balik dengan Zana."ucap Syafiq. Amri tersentak. Darahnya bergerak laju.

"oh... yakah, baguslah...tahniah."ucap Amri dengan suara bergetar. Wajahnya mengukir senyum, namun hatinya sudah menangis. Syafiq menoleh memandang wajah Amri lagi.

"Zana.......dia dah cerita semua pada aku." ucap Syafiq lagi. Amri hanya diam mendengar.

"dia dah cerita semua yang kau dah buat pada hubungan kami dulu."ucap Syafiq berterus terang namun masih tenang. Amri tersentak. Segalanya sudah terbongkar.

"aku percaya apa yang dia cakap, dan aku tahu apa sebab dia. Cuma aku tak puas hati selagi aku tak dengar sendiri dari mulut kau."ucap Syafiq lagi. Amri memandang wajah Amri dalam. Jelas terpancar keseriusan di wajahnya. Amri tersandar pada kerusi sebelum menarik nafas dalam. Tak guna lagi rasanya untuk dia berdalih lagi. Baik dia berterus terang sahaja. Tidak ada apa lagi yang perlu dirahsiakan. Tiada harapan lagi untuk mereka bersama. Syafiq sendiri telah kembali bersama dengan Zana. Dia perlu berundur. Dia perlu tamatkan segalanya dan lupakan Syafiq. Walaupun dia tahu dia tak akan mampu untuk melakukannya, namun dia sedar itu adalah yang terbaik.

"sebelum aku cerita pada kau semunya, aku nak kau janji dengan aku sesuatu." ucap Amri tenang.

"apa dia?"

"pertama, aku nak kau janji apa sahaja yang aku cerita pada kau nanti, aku nak itu jadi rahsia antara kita sahaja." ucap Amri lagi tenang.

"okay.."

"yang kedua, aku nak kau dengar semua yang aku akan cerita dari mula sampai habis. Jangan potong tengah-tengah."

"okay...itu je?"

"itu je."

"okay, aku janji. " Amri tersenyum pada Syafiq sebelum melepaskan satu keluhan kecil. Syafiq hanya diam menanti Amri bercerita.

"kau ingat lagi tak macam mana kita boleh berkawan dulu?" Syafiq hanya berdiam sambil cuba mengingat kembali memori hampir 20 tahun dulu.

"masa tu kita baru 5 tahun, kau 'selamatkan' aku dari kena buli."cerita Amri diikuti ketawa kecil.

"padahal waktu tu sebenarnya aku bukan kena buli pun. Ada budak sekolah rendah nak bagi aku gula-gula, tapi kau ingat budak-budak tu tengah pau aku."cerita Amri lagi. Syafiq tersenyum kecil apabila teringatkan memori itu.

"kelakar betul."ucap Amri lagi diikuti ketawa.

"waktu tu, aku rasa kau ni budak pelik. Tapi lama-lama aku jadi suka berkawan dengan kau. Kau baik sangat. Sejak tu aku jadi suka pada kau, kau la kawan yang sangat aku sayang."cerita Amri. Syafiq hanya setia mendengar.

"Bila kita makin besar, dah masuk sekolah menengah, aku mula sedar yang sayang aku pada kau tak sama macam sayang aku pada kawan-kawan kita yang lain. Kau special. Kau ingat lagi tak masa form 1 dulu, masa kau dapat girlfriend yang pertama? Kau ingat lagi tak macam mana aku marah kau waktu tu? Aku kata kau lebih pentingkan girlfriend kau dari aku. Seminggu lebih aku tak bercakap dengan kau, sampai kau kena pujuk aku berhari-hari." Syafiq hanya mengangguk setuju.

Our Love StoryWhere stories live. Discover now