Aidit hanya melihat Amri mula mengemas-ngemas barang-barangnya. Esok dia akan pulang ke kampung selepas selesai menduduki semua kertas peperiksaannya untuk semester ini.
"untunglah 'paper' dah habis."ucap Aidit sinis bergurau. Amri hanya tergelak kecil.
"janganlah jealous.." balas Amri pula. Aidit mencebik sambil kembali menyambung mentelaah pelajarannya, Aidit hanya akan habis menduduki peperiksaan pada hari lusa. Itu membuatkan dia sedikit cemburu dengan Amri. Sekali-sekala Aidit menoleh lagi memandang Amri. Hatinya berasa lega hubungannya dengan Amri tidak terjejas dengan apa yang berlaku sebelum ni. Hatinya memang terluka kerana cintanya ditolak oleh Amri, tapi dia perlu matang. Dia terima semuanya dengan hati terbuka. Dia sedar, dia tak mungkin mampu mengambil alih tempat Syafiq di dalam hati Amri. Pada mulanya memang dia berasa agak kekok, tapi lama kelamaan dia mula membiasakan diri. Begitu juga dengan Amri. Dia tak mahu merosakan hubungan baiknya dengan Aidit. Baginya, Aidit sudah dianggap sebagai Adiknya sendiri.
"Aidit paper last bila?"soal Amri.
"lusa.." balas Aidit ringkas. Amri hanya mengangguk perlahan. Untuk seketika masing-masing khusyuk dengan dunia sendiri. Tak semena-mana Aidit teringatkan pertemuannya dengan Syafiq tempoh hari.Dia memandang Amri yang kini sudahpun siap mengemas barang-barangnya.
"abang..."panggil Aidit. Amri berpaling memandang Aidit.
"hari tu...saya ada jumpa abang Syafiq."cerita Aidit. Entah kenapa dia rasa dia perlu cerita. Amri perlu tahu apa perasaan sebenar Syafiq. Baginya, asalkan Amri bahagia, dia turut bahagia. Amri tertunduk. Darahnya mula bergerak laju.
"Aidit jumpa dia kat mana?" soal Amri tenang.
"kat depan bilik ni."ucap Aidit. Amri kaget.
"Syafiq datang sini?" Soal Amri mencari kepastian. Aidit hanya mengangguk.
"dia datang sini nak jumpa abang."ujar Aidit lagi. Amri diam. Fikirannya ligat memikirkan apa yang Syafiq mahukan darinya.
"lama dia berdiri depan pintu tu, teragak-agak nak ketuk. Saya, bila nampak dia macam tu, saya ajak dia turun bawah."cerita Aidit.
"Aidit.... cakap apa dengan dia?"
"saya cakap....saya suruh dia tinggalkan abang.."
"Aidit!!!"
"kalau dia tak ada perasaan dengan abang..." pintas Aiidt cuba menamatkan ayatnya yang tadi dipintas oleh Amri. Amri terdiam.
"Saya suruh dia tinggalkan abang kalau dia benar-benar tak ada perasaan pada abang, tapi...."
"tapi apa?"
"dia sebenarnya ada perasaan pada abang, dia cintakan abang, cuma dia keliru. Dia masih tak yakin memilih untuk bersama itu adalah satu pilihan yang baik."cerita Aidit. Amri terdiam. Dia tidak pernah tahu tentang ini. Dia tak pernah tahu perasaan sebenar Syafiq pada dirinya. Timbul sedikit rasa senang dalam hatinya. Paling tidak dia tahu yang dia tidak bertepuk sebelah tangan.
"kalau abang betul-betul sayangkan dia, dan nak bersama dengan dia, cubalah yakinkan dia."ujar Aidit pula. Amri memandang wajah polos Aidit.
"Aidit, are you okey with this??" soal Amri. Amri sedikit hairan dengan Aidit. Syafiq adalah pesaingnya, tapi kenapa dia menggalakan dirinya dengan Syafiq.
"What do you mean??....oh...pasal tu.." Aidit tesenyum pada Amri. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Amri.
"of course i'm okey.."balas Aidit.
YOU ARE READING
Our Love Story
Romance"kau kenapa? sedih je aku tengok."soalan Amri itu mengejutkan Syafiq yang tadi terkhayal sebentar. "kenapa ni? ada masalah ke?"soal Amri sambil yang kini duduk di sebelah Syafiq. Kedudukan mereka yang dekat membuatkan Syafiq mampu menghidu bau wangi...