Bahagian 13 - Bahagia

3K 137 29
                                    


"Assalamualaikum..." Syafiq memberi salam. Namun tiada respon dari dalam rumah.

"Assalamualaikum.." Sekali lagi Syafiq memberi salam.

"Waalaikumusslam.."kedengaran suara seorang wanita dari dalam. Seketika kemudian wanita itu muncul dimuka pintu. Syafiq tersenyum.

"eh...Syafiq...." ujar wanita separuh abad itu.

"Apa khabar Mak Limah? sihat?"soal Syafiq sopan.

"sihat, alhamdulillah, lama benar Mak Limah tak nampak kamu."

"saya ada je Mak Limah, tak kemana pun." ucap Syafiq lagi.

"Mak kamu sihat?" soal Mak Limah mesra seperti selalu.

"Sihat, juga..alhamdulillah." balas Syafiq sopan.

"Jemputla naik...pak cik ada kat dalam tu." Ajar Mak Limah.

"Eh,,,tak pe Mak Limah...saya datang nak cari Am. Dia ada?" soal Syafiq berterus terang.

"Amri tak ada, dia dah keluar."

"dia pergi mana Mak Limah?"

"tak tahu pulak Mak Limah, dia tak bagitahu pulak, sedar-sedar dah hilang, cuba kamu tengok dekat kedai Pak Ngahnya tu...ada kat situ agaknya." Jawab Mak Limah sepontan.

"ha yelah....terima kasih Mak Limah....Assalamualaikum." sempat Syafiq memberi salam sebelum berlalu pergi.

"Waalaikumussalam." Jawab Mak Limah sambil melihat Syafiq menunggang motorsikalnya berlalu pergi dari halaman rumahnya.

Syafiq menunggang motorsikalnya laju menunuju ke kedai runcit milik bapa saudara Amri itu. Dia kena cari Amri. Dia dah nekad. Dia dah buat keputusan. Dia pilih Amri. Selepas sahaja dia berjumpa dengan Zana tempoh hari, dia terus mencari Amri. Tai rupanya-rupanya Amri sudah pulang ke kampung terlebih dulu.

Baru malam tadi dia sampai ke kampung. Pagi ini dia terus bergegas ke rumah Amri. Dia perlu segera. Dia takut kalau-kalau dia terlewat nanti.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Am..." panggil Pak Sam.

"Am..."Panggil Pak Sam lagi.

"Ya.."jawab Amri sebaik tersedar dari lamunan. Pak Sam ketawa kecil melihat riaksi anak buahnya itu.

"kenapa Pak Ngah?" soal Amri keliru melihat bapa saudaranya itu yang tiba-tiba ketawa.

"kamu tu mengelamun dari tadi kenapa?"soal Pak Sam.

"tak ada apalah Pak ngah." dalih Amri.

"kamu ada masalah ke? kalau ada ceritalah pada Pak Ngah, kot Pak Ngah boleh tolong."ucap Pak Sam ikhlas.

"tak ada apalah Pak Ngah, saya okey je." balas Amri. Pak Sam menggelengkan kepala.

"sudahlah, kamu ni, Pak Ngah tengok dah semacam je sejak kamu balik cuti. Ni ambil barang-barang ni, hantar rumah Haji Solehin."arah Pak Sam. Amri akur dan mengambil barang-barang yang dimaksudkan oleh Pak Sam. Barang-barang itu diangkut dan diletak di dalam raga motorsikalnya motorsikalnya.

"Am.."panggil Pak Sam lagi. Amri menoleh.

"dah hantar tu, kamu balik sajalah, rehat dekat rumah. Besok baru datang lagi."ucap Pak Sam. Amri hanya tersenyum sedikit dan mengaangguk. Enjin motorsikalnya dihidupkan dan dia terus meluncur pergi menyiapkan tugasannya. Pak Sam hanya melihat anak buah kesayangannya itu pergi sambil menggelengkan kepala.

Our Love StoryWhere stories live. Discover now