"Aduh..!!!"Amri mengaduh sebaik bahunya ditepuk kuat.
"Apa ni mak!!, sakitlah.."Amri memprotes sambil mengusap-usap bahunya.
"dah tu, yang kamu diam je kenapa? mak tanya tu jawablah."ujar Mak Limah geram.
"mak tanya apa?"soal Amri lagi. Tadi dia sebenarnya langsung tak mendengar apa yang ibunya itu katakan. Fikirannya asyik memikirkan perkara lain.
"tengok tu?! dia boleh tanya balik!!...mak tanya, sejak kamu balik dari pulau tu, kenapa kamu langsung dah tak keluar rumah? asyik terperap je dekat rumah."
"alah mak ni, Am duduk kat rumah pun marah, bila Am selalu keluar, pun marah jugak, dah tu macam mana?" ujar Amri pula sambil menukar saluran televisyen. Mereka sekeluarga baru sahaja selesai makan tengahari dan kini sedang bersantai diruang tamu.
"bukanlah mak nak marah, cuma pelik je. Kamu tu pantang ada masa sikit, terus je keluar dengan si Syafiq tu, ni tiba-tiba baik sangat duduk dekat rumah. Mak tanyalah. Oh ye, Syafiq tak ada ke?"
"dia ada..."balas Amri malas.
" lama mak tak nampak dia. Kamu tak keluar dengan dia ke?" Soal Mak Limah lagi. Amri hanya diam tidak menjawab.
"hei..mak tanya ni!"sekali lagi Mak Limah memukul bahu Amri.
"aduh...Mak...sakitlah!!"protes Amri lagi.
"dah tu jawablah mak tanya tu."
"ish..entahlah mak, tak tahulah."ujar Amri sebelum dia berlalu menuju kebiliknya.
"eh..eh..budak ni" Mak Limah Hairan. Amri menutup pintu biliknya rapat sebelum merebahkan badannya di katil. Bukan dia mahu bersikap kurang ajar, cuma sebenarnya dia sendiri tiada jawapan untuk soalan dari ibunya itu. Sudah seminggu berlalu sejak mereka pulang dari bercuti di pulau. Tapi sejak mereka menjejakkan semula kaki di kampung ini, sehinggalah ke hari ini Syafiq terus menyepikan diri. Telefon tidak diangkat, SMS apatah lagi. Entah dibaca atau tidakpun tidak diketahui. Amri mencapai telefon bimbitnya. Nombor telefon Syafiq didail untuk entah yang keberapa kali. Seperti dijangka, panggilan itupun tidak dijawab. Amri menghempas telefon bimbitnya diatas katil seraya melepaskan keluhan berat.
'Fiq!! kenapa dengan kau ni?!' hati Amri menjerit.
"Assalamualaikum..."Amri memberi salam. Kini dia berada betul-betul dihadapan rumah Syafiq. Salam yang diberi tidak dijawab.
"Assalamualaikum.."sekali lagi salam diberi. Amri tiada jalan lain selain dari datang sendiri berjumpanya dirumah.
"Waalaikumussalam." Amri menoleh kebelakang memandang kearah datangnya suara lembut yang menjawab salam itu. Amri tersenyum melihat seorang gadis cantik beruniform sekolah datang menghampirinya.
"Abang Am.."ujar gadis itu.
"Hai Anis..baru balik dari sekolah ke?" soal Amri ramah.
"Ha'ah, Abang Am buat apa kat sini? cari Abang Fiq ya?" soal Anis lembut.
"ha'ah, dia ada tak?"
"biasanya dia ada je waktu-waktu macam ni, sekejap, Anis pergi tengok." ujar Anis sebelum dia melangkah mendaki tangga naik ke rumah kayu itu. Amri setia menunggu dibawah. Seketika kemudian Anis kembali semula namun kini dia hanya berdiri diberanda rumah.
"Abang Fiq....tak ada lah bang, dia keluar kot."ucap Anis. Amri dapat mengesan sedikit kelainan pada nada suara Anis. Amri lantas memandang sekeliling rumah. Amri terlihat sepasang selipar yang sering digunakan oleh Syafiq. Motorsikal milik Syafiq juga masih elok terletak dibawah rumah. Amri kini yakin yang Syafiq sebenarnya ada di dalam. Dia sengaja tak mahu bertemu dengannya.
YOU ARE READING
Our Love Story
Romance"kau kenapa? sedih je aku tengok."soalan Amri itu mengejutkan Syafiq yang tadi terkhayal sebentar. "kenapa ni? ada masalah ke?"soal Amri sambil yang kini duduk di sebelah Syafiq. Kedudukan mereka yang dekat membuatkan Syafiq mampu menghidu bau wangi...