Morning Sick

6K 222 12
                                        

Bulan kedua...

Ad berlari anak menuju ke tandas lalu memuntahkan semula makanan yang baru sahaja dia telan. Carly kasihan melihat permaisuri hatinya berkeadaan seperti itu. Dia sentiasa berada di sisi Ad dan mengambil alih tugas menjaga Danish yang semakin aktif.

Berat badan Ad pun semakin menurun sebab terlalu kerap muntah. Alahan Ad terlalu teruk sehinggakan Carly terpaksa tidur di bilik Danish manakala Danish tidur bersama Ad.

Bulan ketiga...

Alahan Ad semakin berkurang dan selera makannya juga turut kembali. Carly tidak pernah lari dari sisi Ad. Dia menjaga Ad bagai menatang minyak yang penuh. Danish pulak semakin bijak dan kuat merajuk macam daddynya. Carly sampai kehabisan idea untuk memujuk Danish apabila putera tunggalnya itu merajuk. Tetapi mudah saja dipujuk oleh Ad. Kadang kala Danish dan Carly berebut untuk mendapatkan perhatian Ad.

Bulan keempat...

Perut Ad telah menunjukkan bentuk kandungnya walaupun masih muda lagi usia kandungannya itu. Semua pekerja Carly gembira dengan berita kandungan Mem Besar mereka. Setiap hari, ada saja tips dan nasihat yang Ad dapat daripada pekerja-pekerja perempuan Carly.

Danish pula semakin hari semakin dimanja oleh daddynya dan pekerja-pekerja Carly. Carly sangat gembira dengan kehidupannya pada masa sekarang.

Bulan kelima...

Perut Ad sudah mulai memboyot. Carly pulak terlalu teruja untuk menantikan kelahiran anak kedua mereka. Carly siap membeli set pakaian untuk baby. Barangan keperluan bayi telah penuh disimpan didalam bilik berhadapan dengan bilik Danish kerana bilik itu akan menjadi bilik untuk anak keduanya.

Kini sudah sembilan bulan berlalu. Ad pun sudah tidak mampu untuk melakukan banyak pergerakkan kerana kandungannya semakin sarat. Carly pulak melekat terus dirumah. Tidak kurang juga Danish. Walaupun baru berusia setahun lebih, Danish membesar menjadi seorang kanak-kanak yang cerdik. Dia sentiasa ada bersama Ad.

"Baby, my stomach is hurt." Adu Ad kepada Carly yang sedang tidur disebelahnya bersama Danish. Carly terpisat-pisat bangun.

"At where, sayang?" Kata Carly sambil mengusap perut Ad. Begitulah rutin Carly setiasa malam apabila Ad mengadu sakit perut. Lama kelamaan Ad semakin rasa sakit.

"Baby.... I think it time! Arghhh!" Kata Ad dalam keadaan kesakitan. Danish terbangun mendengar jeritan mammynya. Carly kalut mencari barang keperluan Ad sambil menelefon bodyguard nya supaya menyediakan kereta untuk mereka.

Semua penghuni rumah itu terbangun lalu melihat Tuan Besar mereka mengangkat isterinya turun dengan kelam kabut.

"Dah sampai masanya ker, tuan?" Salah seorang pekerjanya bertanya. Carly menganggukkan kepalanya. Selesai sahaja meletakkan Ad didalam kereta. Dia berlari masuk semula untuk mengambil puteranya.

Carly membawa Ferrari nya dengan kelajuan yang maksimum. Nasib baik waktu tu jalan lenggang. Jadi tiada masalah untuk Carly drift. Carly cuba umtuk melihat Ad tetapi mendapat amarah dari Ad kerana takut mereka akan terbabas. Carly terpaksa akur walaupun hatinya meronta untuk melihat keadaanisterinya yang dalam kesakitan.

Selepas 20 minit, akhirnya mereka pun sampai di hospital. Ad dibawa keluar lalu diletakkan di atas kerusi roda.

"Miss, please help my wife! She want to delivery." Kata Carly dengan cemas. Ad telah dibawa masuk kedalam bilik bersalin. Danish yang sejak tadi mengekori mammy dan daddynya hanya berdiamkan diri. Carly mengendong Danish untuk menghilangkan rasa cemasnya.

Please be save my love... Dear Allah, please give me a chance to live with my wife more longer.... Doa Carly dalam hati.

Sorry sayang2 semua. Ini hadiah sebab sabar menanti. Jangan lupa komen dan vote yer 😉

My 'Bear'Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang