First Meet

535 21 0
                                    

Jennie duduk di tempatnya. Seperti biasa,dia akan jadi orang pertama yang masuk ke kelas. Dia menutup kepalanya dengan hud dan memakai earphone. Lantas,dia terus terbuai dengan mimpi lena. Menunggu sahabat sejati yang menarik tangannya untuk bangun dari mimpi.

.____________________________________________________________________

Jackson memilih baju yang berwarna cerah. Dia membelek dirinya di hadapan cermin. Setelah yakin dengan dirinya,dia mengambil fail berwarna coklat di atas meja dan keluar dari apartmennya. Dia terus memasuki kereta. Arah tujuannya....

Victory Highschool

_____________________________________________________________________

Jennie dan Rose melangkah masuk ke dalam kantin. Suasana yang bising tiba tiba menjadi senyap kerana kehadiran Jennie. Dia terus menapak ke arah mak cik Kantin. Rose membuat pesanan untuk mereka berdua. Seperti biasa,mereka akan makan di depan pondok. Semua orang takut dengan aura Jennie. Waktu dia nak keluar dari kantin,tiba tiba ada orang sepak kaki dia dari belakang.

Plang..bunyi bekas makanan dia jauh. Jennie sempat mengimbangkan diri. Kemudian,dia terdengar bunyi orang tergelak.

*hoi,marah ke??

Jennie mengepalkan penumbuk.Disebalik hudnya,dia mengetap bibir. Pantang diganggu. Rose cuba menenangkan Jennie. Namun,situasi tak di duga,Jennie terus mencengkam leher namja terbabit.

Jennie:kau kenapa??

*aku xde masalah tapi kau yang bermasalah..

Jennie:apa kena mengena dengan kau??

*we miss our leader Jennie.This is not you!!!

Jennie merengus kasar. Dia menolak namja terbabit dengan kasar sampai kuku Jennie berjaya melukakan namja terbabit.

Jennie:warning untuk kau. Jennie kau dah mampus!!

Jennie terus meninggalkan kantin. Rose terkocoh kocoh mengejarnya. Namja terbabit memegang pipinya yang berdarah. Dia terperasan ada plaster dekat lantai. Dia kutip. Tanpa disedari,dia tersenyum sorang diri.

*jennie tak mati lagi...

_____________________________________________________________________

Jennie mengerling ke arah jam. Lagi 10 minit waktu persekolahan akan tamat. Subjek sejarah langsung tidak menarik perhatian dia. Dia membelek telefon bimbitnya. Dia terperasan akan satu mesej yang baru masuk.

**jumpa saya sebelum balik dekat dewan.

Jennie balas:kau siapa??

**aku pakai baju baby blue. Cari je aku kalau kau rasa nak jumpa Kai dan Mr Kim Jongkook lagi..

Jennie:tengoklah..

Jennie offkan telefon dia. Dia benci dengan ugutan manusia yang lemah.

______________________________________________________________________

Jennie mengelap peluhnya.Dia masih tekun berlatih basketball. Dia masih cuba untuk mencari taktik balingan abangnya. Dah betahun dia berlatih,namun teknik tu susah betul nak di tiru. Waktu Jennie tengah bam bola,tiba tiba ada seseorang dengan beraninya buat slam dunk. Jennie berhenti memukul bola. Namja terbabit berjalan ke arahnya.

*aku suruh kau jumpa aku,kenapa kau degil??

Jennie:kau fikir aku kena ikut cakap orang gila ke?? Do i know you??

*aku bodyguard kau.

Jennie: aku dah cakap yang aku x perlukan bodyguard!! Aku tahu nak jaga diri aku sendiri!!

Bodyguard for Vampire😅Where stories live. Discover now