Bab 37

4.1K 187 1
                                    

Daliya menyimpan telefonnya di dalam poket seluarnya. Megat Naufal Iskandar menghampiri Daliya yang sedang memandang ke arah satu tempat. Dia menegur perlahan Daliya dari belakang.

"Dah ready ke?" teguran Megat Naufal Iskandar membuatkan Daliya menoleh ke belakang.

"Kenapa kau tanya macam tu? Kalau aku tak ready, tak adalah aku ada dekat KLIA sekarang ni..." soalan entah apa-apa. Ingat aku ni cengeng sangat ke?

"Manalah tahu kan kau tak rela sebenarnya nak ke Kemboja. Dalam hati tu meronta-ronta tak nak pergi! Suruh prince charming datang selamat kau dari ke sana..."

Tak habis-habis nak kenakan aku betullah dia ni! Aku hempuk kang! Tak pun aku selit je dia ni dekat tayar aircraft. Cubalah di hari yang pertama ni bagi aku semangat sikit. Aku ni dari battery full terus jadi low.



HARRIS menghampiri Farina yang sedang melipat baju di atas katil. Aku nak lipat dia tak bagi. Farina memandang Harris sekejap sebelum kembali fokus kepada bajunya kembali.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau..."

"Apa dia?" tangannya berhenti dari melipat baju lalu tumpu perhatian kepada suaminya.

"Emmm...beberapa hari lepas kan Faliq ada datang jumpa aku."

"Ok? Lepas tu?" cakap biarlah habis encik suami.

"Faliq cakap yang dia dah jatuh cinta dengan Sofea. Dia cakap dia tak tipu pasal perasaan dia kali ni and dia dah menyesal sebab cakap perkara yang buruk dekat Sofea dulu..."

Farina mencebik bibirnya. Ye ke si Faliq tu? Kenapa aku rasa macam dia tipu je? Aku langsung tak percaya apa yang dia cakap. Aku dah naik meluat dengan perangai tak semenggah dia
tu.

"Kau yakin ke dengan apa yang dia cakap? Kalau aku meluat gila kot! Dia bolehlah gulakan kau tapi bukan dengan aku. Dia ingat kami boleh lupa kot apa yang dia dah buat dekat Sofea dulu. Senang-senang dia campak Sofea, senang-senang dia nak kutip balik? Aku tengok sendiri macam mana dia hina Sofea dulu. Sekarang nak balik? Cakap dekat dia jangan nak berangan sangat!" baju milik Harris dikibas kuat lalu dilipat.

Meluat sekarang ni aku rasa. Dasar perasan bagus. Hebatnya dia ni. Dia ingat Sofea tu apa? Tol? Jumpa dekat aku dia ni, siap!

"Rilekslah sayang...aku cuma cakap je apa yang dia cakap dekat aku. Tapi, bagi aku nampak dia memang bersungguh-sungguh. Serius tak bohong. Tapi, bagi kau aku tak pastilah pulak. Yelah, aku faham kau mesti terasa jugak apa yang dia buat dekat kawan kau kan? Tapi, hati manusia boleh berubah. Tak mustahil juga pada Hardy nanti..."

Tangannya berhenti melipat baju. "Kenapa mention Hardy? Ada apa-apa yang kau sorok daripada aku ke?"

Pantas Harris menggeleng tanda tak ada apa-apa walhal memang ada apa-apa. Saja dia tak nak cerita pada Farina. Tak mahu Farina susah hati. Dia tak nak kebahagiaan yang Farina mula rasai runtuh begitu sahaja bila dapat tahu apa isi perbualan antaranya dengan Hardy malam dulu.

"Tak apa...aku faham kalau ada benda yang kau nak sorokkan daripada aku tapi aku cuma nak cakaplah dekat kau pasal Hardy jugak. Aku rasa benda ni aku tak patut sorok daripada kau. Nia cerita dekat aku yang ada hari tu Hardy datang jumpa dia dan Sofea. Hardy cakap dekat diorang yang aku ni milik dia dan dia nak kahwin dengan aku. Dia nak jadikan aku isteri dia."

Kenyataan dari Farina menyentap tangkai hati Harris. Suami mana yang tak sakit hati bila dengar buah hati sendiri diminati oleh orang lain. Tambah-tambah lagi musuh sendiri dan ingin jadikan isteri kau isterinya. Boleh terbayang macam mana deep nya perasaan aku sekarang? Hardy makin melampau. Nampaknya aku kena berjumpa dengan Hardy dan selesaikan benda ni secepat mungkin. Hardy memang betul-betul gila.

"Aku tahu ada benda yang kau cuba sembunyikan tapi tak apa. Aku tak nak tanya dan aku tak nak ambik tahu sebab aku yakin apa yang dalam fikiran aku ni betul. Mesti pasal Hardy kan?" tangannya kembali lincah melipat kain baju yang tinggal sikit sahaja lagi.

"Aku sembunyi ada sebab. Sebabnya aku tak nak kau berkecil hati, tak nak terasa."

"Aku dah cukup kecil hati dengan apa yang berlaku selamani. Tak apa, aku faham."

Harris mengesot punggungnya menghampiri Farina. Baju yang dipegang Farina diambil dan diletakkan ke tepi. Tangannya mencapai tangan Farina.

"Far...aku nak kau hidup happy je. Pasal Hardy ke apa, aku nak kau lupakan semua tu. Kalau pasal cerita yang diceritakan Nia tu, kau lupakan saja dan anggap je benda tu dah berlalu. Kau tak payah runsing nak fikirkan semua masalah tu. Anggap je aku dah selesaikan masalah tu."

Farina memandang ke dalam mata Harris. Tangannya cuba ditarik tetapi Harris memegang dengan kemas. Macam mana aku nak lupakan benda yang boleh membuatkan aku terfikir berulang kali jugak? Tambah-tambah lagi pasal Hardy. Memang sah aku tak boleh lupakan langsung.

"Aku tak tahulah Harris. Sekarang ni aku celaru dengan apa yang dah jadi."

Harris menarik tangan Farina ke arahnya lalu tubuh Farina dibawa ke dalam dakapannya. Belakang Farina diusap perlahan bagi melegakan kerunsingan yang dihadapi Farina. Farina rasa sakit, dia turut rasa sakit.

"Syhhh...keep calm and let your mind easy. Forget about what had happened and just focus for our future. Our child future...all I know is I want to keep you safe and happy with me. No one else include Hardy. You are mine and always mine. Only Allah can separate us. Not human wills."

Mata Farina bergenang mendengar ucapan daripada Harris. Sungguh menyentuh hatinya ketika ini. Harris pandai mengambil hatinya kembali.

"I'm really sorry if I'm being a useless husband and let you not happy. I just do my best to safe you. Forgive me if what I have done doesn't make you happy nor torture you feelings. The main point is I just want to let you live just how other people live. This is your life and I'm gonna let you ride your life as how you dream for it."

How sweet my Harris, my husband and how lucky I am to get him as my husband. Terima kasih kepada Allah sebab kurniakan Harris sebagai suami aku dan sebagai pelindung aku. Aku bersyukur sangat.

Jodoh Ke Bodoh? Where stories live. Discover now