Bab 43

3.7K 157 2
                                    

Langkah Sofea terhenti bila tiba-tiba ada bunga disuakan di hadapan mukanya.  Fuh! Nasib baik tak termakan bunga ni.  Duhai lah…kalau betullah nak bagi aku bunga pun, janganlah sampai gayanya macam nak sumbat mulut aku dengan bunga ni.

Wajah Faliq muncul di sebalik jambak bunga tersebut.  Dengan senyuman tak boleh blah dia tu.  Dia ingat habis hensem dahlah tu.  Adalah sikit daripada tak ada langsung.  Masih boleh diterima kehenseman dia tu.  Tapi, dengan kaca mata dia ni nampak muka dia macam lawak sikit. 

“Ada apa tiba-tiba datang ni? Time lunch pulak tu? Memang dah rancang ke?” Sofea melangkah keluar dari butik.  Nia tak keluar lunch.  Katanya malas nak makan.  Aku pun ok jelah.

“Mestilah aku nak ajak kau lunch…” balas Faliq sambil senyuman menghiasi bibirnya.  Asyik senyum je.  Tak lendur ke bibir tu?

“Asal pulak kau nak kena ajak aku lunch? Pergilah lunch sendiri. Macamlah tak boleh…” Faliq menyerahkan jambak bunga kepada Sofea.

Sofea memandang jambak bunga yang diserahkan oleh Faliq.  “Tak payahlah nak bazirkan duit kau semata-mata nak beli bunga untuk aku.  Simpan je duit kau tu.  Bertahan lama manalah sangat bunga ni…”

“Jadi, kau tak nak ambiklah ni? Sayang tau…bunga ni memang susah aku nak dapatkan untuk kau.”

Buat ayat pasrah boleh.  Aku ketuk kang? “Ok…aku ambik! Tapi lunch…”

“Hai Sofea!” langkah Sofea dan Faliq serentak terhenti di hadapan Aeril.  Sudah! Si gila ni dah muncul.

“Oh! Patutlah selama ni saya ajak awak keluar makan, awak tak nak! Rupa-rupanya awak keluar makan dengan dia! Dengan dia boleh pulak?! Apa kurangnya saya?!”

“Apa awak merepek ni Aeril?” sudah! Scenes apa pulak yang dia nak buat ni?

“Selama ni awak layan saya Sofea.  Tapi, lepas mamat ni datang, awak ignore saya macam tu je?! Awak ni playgirl ke hah?!”

Sejak bila pulak aku melayan dia? Kalau aku layan, aku rasa aku just layan teguran dia je.  Tak ada yang lebih.

Bro…rileks…” Faliq cuba menenangkan keadaan.

“Kau diam! Ni antara aku dengan Sofea!” mata Aeril tajam memandang Sofea.  “Awak…takkan awak nak pilih jantan macam ni? Dia ni tak sesuai untuk awak…”

“Mana awak tahu dia tak sesuai dengan saya? Dahlah Aeril…saya layan awak tak lebih sebagai seorang pakwe.  Saya tak anggap awak lebih dari seorang kawan.  Awak je yang fikir lebih,” sudah! Bala jenis apa yang turun ni? Kenapa pulak dia muncul sebagai seorang Aeril yang betul-betul psiko?

“Sofea…” Aeril bertindak untuk memegang tangan Sofea.  Faliq pantas menghalang perbuatan Aeril.

“Apa ni bro sentuh perempuan?”

“Kau dah kenapa?!” tak semena-mena, satu tumbukan padu dilayangkan pada wajah Faliq. 
Terjerit kecil Sofea dibuatnya.

“Awak ni dah kenapa hah?! Gila?! Pergilah gila!! Orang yang awak pukul ni tunang saya! Apa hak awak untuk pukul dia?!”

Faliq mengesat darah yang keluar dari bibirnya.  Daripada sakit, terus jadi tak sakit bila Sofea mengaku dia adalah tunang kepada Sofea.  Haih…gatal jugak ye kau ni Faliq? Kalau macam nilah…aku rela hari-hari ditumbuk oleh mamat sewel ni.  Hahaha…dengar dek Sofea ni, mampus kau kena tarik telinga.

“Ni? Pondan ni tunang awak?!”

“Ye! Kalau dia pondan pun tak kacau hidup awaklah! Sekarang awak pergi sebelum saya call polis!”

“Ok! Fine! Saya pergi but mind this in your mind Sofea.  I won’t stop until I get what I want! You are the one what I want!” jarinya ditunjuk tepat ke arah Sofea.  Gayanya seperti psiko tahap 4.  Dah tahap mentel.

Sofea memandang Faliq yang sedang memegang tepi bibirnya yang berdarah akibat ditumbuk oleh Aeril si gila mentel.  Kesian pulak dekat dia ni.  Ajak aku lunchLast, dia lunch makan penumbuk si Aeril tu.  Haih! Geram pulak aku dengan Aeril tu!

“Mulut kau berdarahlah…macam mana ni?” Sofea gelabah.  Mulut Faliq pun dah nampak tanda-tanda bengkak.  Diraba isi dalam beg tangannya. Tisu dibawa keluar lalu dihulurkan kepada Faliq.

Alah…tak nak lapkan untuk aku.  Amboi! Orang dah bagi jari kaki, nak tapak kaki pulak.  Faliq mengambil tisu tersebut lalu darah di tepi bibirnya dilap kasar.  Kurang ajar betullah jantan tadi.  Nasib aku tak bubuh balik je.  Kalau aku bubuh, mesti esok muka aku front page.  Uish! Famous kejap! Ceh!

“Nak ke klinik ke?” Faliq menggeleng kecil.  Setakat kena tumbuk macam ni, apalah sangat.

“Tak payah…aku ok je.  Tambah-tambah lagi dengan orang yang kita sayang.  Lagi sakit ni tak rasa…” Faliq ketawa nakal.  Saja nak menyakat si Sofea ni.

“Hah! Nak buat lawak lagi.  Kalau aku letak sebelah lagi, nak?”

“Sanggup asal dari tangan orang tersayang…”

Hesy! Seeloknya aku suruh je si Aeril tu tumbuk muka kau bertalu-talu tadi! Biar pecah! Dah kena tumbuk macam ni pun masih nak gatal eh?”

Faliq ketawa besar.  Terhibur pulak dah.  Apa-apa jelah dia ni.  Malas betul aku nak layan.  Biar dia terhibur sorang-sorang.

“Sofea! Alah…janganlah marah macam ni.  Tak best lah…” darahnya sudahpun berhenti.  Tisu dibuang ke dalam tong sampah.  Bengkak di mulutnya sudahpun kelihatan.

Sofea menjeling sekilas.  Dah jadi ungu dah tu tepi bibir dia.  Haih…rasa bersalahlah pulak.  Bukannya salah Faliq pun.  Aeril tu yang gila.  Aku layan dia biasa-biasa je.  Mana ada lebih-lebih.  Psiko! Seeloknya dulu aku dah mengaku yang aku ni dah kahwin! Lagi senang! Tak adalah dia nak menganggu masalah negara aku sangat.

Sorry…”

For?”

“Bibir kau tu bengkak sebab aku kan? Sorry sangat-sangat.”

“Alah…tak payahlah nak mintak maaf sangat.  Aku ok je.  Lagipun man to man kan? Aku tak kisah kalau penumbuk aku ni boleh menyelamatkan kau dari jantan tak guna tu.  Lagipun kan, best kena mengaku yang kita ni sebagai tunang dia.”

“Hah! Yang tu sila delete awal-awal dari otak kau eh! Aku tak maksudkan pun.  Aku cuma nak berhentikan perbuatan dia tu.  Gila!”

“Aku ke gila?”

Sofea mendengus kasar.  Bengap pulak dia ni.  “Aeril tulah! Nak sangat ke jadi gila?” Faliq menggeleng.

So, lunch?”

“Dengan mulut bengkak kau ni?”

Why not?” Faliq menjongketkan keningnya.  Tak salah pun.

“Tak payahlah.  Aku rasa kita tapau je makanan.  Lepas tu makan je kat butik…”

“Bolek ke? Farina tak marah?”

“Far ok je.”

“Oklah kalau macam tu…” aku tak kisah pun makan dekat mana.  Asal dapat makan dengan orang tersayang ni pun dah cukup.  Huh! Gatal!

Jodoh Ke Bodoh? Where stories live. Discover now