Bab 67

3.4K 147 1
                                    

Nia mengeluh panjang bila Farhan tercegat di hadapan pintu. Pagi-pagi dah buat mood aku jadi koyak. Bunyi DVD rosak. Dah tu tersengih macam betik rosak pulak tu. Ingat manis senyuman dia tu. Mentang-mentang aku dah layan call kau, kau nak tercegat depan pintu rumah anak dara pagi-pagi macam ni pulak?

"Breakfast..." Farhan menghulurkan bungkusan makanan berisi nasi lemak. Ada air teh o ais sekali.

"Dah kenapa pulak belikan orang breakfast? Macamlah tak boleh nak masak...lagipun hari ni kan cuti?"

"Tak payahlah masak. Aku tengah ringankan beban kau ni. Ambiklah...banyak aku beli ni. Dalam lima bungkus macam tulah. Korang share lah. Tapi, aku nak kau makan dua bungkus. Kasi badan up sikit."

Pandailah nak suruh badan aku up. Nak suruh badan aku ni jadi macam panda ke? Nia mengambil plastik berisi nasi lemak dari tangan Farhan. Bau dia boleh tahan sedap jugak ni. Mesti dia beli dekat warung mak cik tu. Selalunya aku beli nasi lemak dekat situlah.

"Eh? Farhan! Buat apa datang rumah anak dara pagi-pagi yang indah, aman dan makmur ni?" sampuk Daliya yang sedang berdiri di tepi Nia. Faham sangat perangai si Farhan ni. Nak menggayat anak dara orang pagi-pagi ni.

"Aku hantar nasi lemak tu. Korang makanlah sekali. Aku belikan untuk Nia. Fikir-fikir ada korang jugak, aku belilah untuk kau dengan Sofea sekali."

"Oh...baiknya hati kau ni eh? Terima kasihlah wahai Farhan yang hensem lagi stailo ni kan? Tak ada rasuah apa-apa kan?"

Farhan membuat muka. "Mana ada. Tak ada satu kerja nak jadikan rasuah pulak nasi lemak ni. Makanlah...aku pergi dulu. Bye!" sempat lagi dia mengerdipkan mata kepada Nia. Nia menjegilkan matanya. Berani dia kelip mata dekat aku? Nak kena korek biji mata dia ni.

"Jomlah makan! Sedap pulak bau nasi lemak ni ye?" Daliya mengambil plastik nasi lemak itu lalu diletakkan di meja makan. Nia menutup pintu.

"Wow! Nasi lemak! Heaven betul! Ni mesti kekasih hati kawan kita ni yang hantar kan?" Sofea mengambil tempat di sebelah Nia.

"Tak ada makna kekasih hati!"

"Apa salahnya? Tak salahkan?" Daliya menghidangkan air teh o ais di atas meja makan.

"Entah...tak ada salahnya kalau mencuba," balas Sofea sebelum mereka menjamah nasi lemak yang dibeli Farhan. Mereka makan dengan penuh berselera. Maklumlah perut pagi-pagi yang macam ni pun dah mintak diisi. Semalam makan biskut kering je sebab malas nak masak.




PANGG!!! Muka Hardy ditampar kuat oleh Dato Zahari. Yang lain terkedu melihat kejadian tersebut. Mata Dato Zahari merah menelan amarah yang mula memutik di hati.

"Daddy tak sangka Hardy boleh buat benda yang terkutuk macam ni! What are you doing son?! Ke mana sikap Hardy yang dulu!"

"Daddy...it just a revenge okay. I don't know when I realize that I love her so much!"

"You love her?! Dia tu isteri Harris! Hardy tak boleh buat dia jadi isteri Hardy! Haram! Berdosa!"

"Daddy...please pujuk Harris supaya lepaskan Farina untuk Hardy? Anak yang Farina mengandung tu anak Hardy! Bukan anak Harris! Hardy yang sentuh dia dulu dan bukannya Harris!"

"Watch your word Hardy! Apa yang tak cukup lagi Hardy?! Daddy dah ajar Hardy hukum-hakam agama. Halal haram semuanya daddy dah ajar! Tapi, Hardy makin teruk jadinya! Rogol anak orang?!" kenyataan dari anaknya tadi betul-betul merobek jantung hatinya.

"Daddy betul-betul kecewa dengan Hardy! Dan perkara macam ni daddy tak akan tolong Hardy! Dia tu isteri orang Hardy!"

"I don't care! Yang Hardy tahu Hardy nak dia jadi isteri Hardy! Muktamad!" Hardy melangkah menuju ke biliknya.

"Hardy! Hardy! Daddy tak habis cakap lagi!" apa? Dia ingat ambik anak orang ni macam ambik anak ayam? Hey...anak ayam kalau nak ambik pun kena mintak izin tuan dia dulu tau!

"Abang...dahlah. Nanti lain pulak yang jadi..." Datin Dania cuba meredakan kemarahan Dato Zahari yang mula meluap-luap.

"Apa? Dia ingat dia boleh dapat anak orang macam tu je?! Melampau! Entah siapa yang ajar dia jadi macam ni!" Dato Zahari cuba menenangkan dirinya sehabis mungkin namun tak boleh bila teringatkan perbuatan anaknya. Sungguh memalukan. Rasanya dia tak pernah ajar anak dia untuk rosakkan anak dara orang.

Mungkin salah aku jugak sebab biarkan dia bebas ke mana sahaja. Entah dengan siapa dia berkawan. Astaghfirullahalazim...




NIA menyigung bahu Sofea sambil matanya terarah kepada Datin Dania yang sedang melangkah masuk ke dalam butik. Sudah! Buat apa pulak datin ni datang? Takkan nak cakap pasal Farina dengan Hardy? Sofea pun turut memandang ke arah Datin Dania.

"Sofea...Nia...boleh aunty jumpa dengan Farina?" sambil itu matanya melilau sekeliling butik. Manalah tahu ternampak Farina.

"Errr aunty...Farina tak ada sekarang ni. Dia cuti..." maaf ye aunty? Terpaksa bohong sunat.

"Dia cuti? Dia sihat ke?"

"Sihat..."

"Dia duduk dengan sapa?"

"Dia duduk dengan suami dialah. Kan suami dia Harris," balas Sofea gugup. Jangan gelabah. Rileks je. Kalau tak kantoi.

"Sorang-sorang? Kan dia mengandung?" soal Datin Dania terkejut.

"Taklah...bila Harris kerja, Farina balik rumah kakak dia. Oh ya, ada apa eh datin nak jumpa dengan dia? Nanti saya bagitahu Farina..." baik tukar topik. Aku rasa Datin Dania macam ada niat sesuatu.

"Saya ada sesuatu nak berbincang dengan Farina sebenarnya pasal fashion show nanti. Tapi, memandangkan Farina tak ada hari ni, aunty rasa lain kalilah aunty bincang pasal ni. Oh ya, tolong cakap dekat Farina yang aunty nak berjumpa dengan dia nak bincang pasal fashion show tu ye?"

Sofea dan Nia mengangguk serentak. Dah macam burung belatuk pun ada. Datin Dania melangkah keluar daripada butik Farina. Nia dan Sofea saling berpandangan. Ada makna. Rasa macam ada sesuatu yang Datin Dania hajatkan selain dari fashion show tu.

Jodoh Ke Bodoh? Where stories live. Discover now