Bab 129

3.4K 117 2
                                    

Nia menukar saluran televisyen.  Woi! Aku bosan! Huhuhu…memang aku tengah bosan pun sekarang ni.  Duduk sorang-sorang dekat rumah.  Dah nak dekat dua bulan aku duduk apartment ni sorang-sorang.  Sunyi je rumah ni.  Nak buat apa pun tak tahu.  Teman berborak pun tak ada.  Sofea dah lama selamat jadi isteri Faliq.  Adalah sekali dua dia datang melawat aku.

Tulah…orang suruh kahwin tak nak.  Hesy! Memang taklah aku nak kahwin.  Maaf lerrr…aku takut nak kahwin.  Takut aku dikecewakan lagi.  Cukup-cukuplah aku pernah dikecewakan.

Doorbell rumah berbunyi.  Lahai…sapalah yang berkunjung-munjung pulak malam-malam ni? Nia bangun mencapai tudungnya lalu membuka pintu rumah.  Terkejut dia bila Farhan yang berdiri di hadapannya sekarang ni.  Ada apa pulaklah dia mai malam-malam macam ni?

“Ada apa pulak?”

“Nak claim duit raya…”

Tst! Buat lawak pulak! Macam budak kecik nak claim duit raya. 
“Seriuslah…”

Hahaha…lawaklah kau ni.  Mestilah
aku nak ajak kau keluar.  Jom keluar?” habis modal dahlah tu ajak aku keluar.

“Pergi mana? Aku malaslah nak keluar,” saja je buat alasan walhal aku duduk rumah lagi bosan sebenarnya.

“Alah, jomlah! Bukan aku suruh kau spare duit minyak kereta aku pun.  Kita keluar pergi tasik.   Kejap je…”

“Betul je kejap?”

“Betul!”

“Yelah…tunggu kejap.  Aku nak salin baju…”

Farhan mengukirkan senyuman menang.  “Ok!”

Nia menutup pintu lalu masuk ke dalam bilik.  Dia memilih baju yang simple dan dikenakan dengan tudung bawal.  Selepas siap, dia mencapai telefon dan beg tangannya.  Dia membuka pintu rumah dan keluar. 
Selepas memastikan pintu apartment dah kunci, dia menoleh memandang Farhan yang sedang merenungnya.

“Apahal? Tak puas hati?”

“Eh tak! Puas hati sangat.  Nampak cantik!” pujinya membuatkan Nia malu seketika.  Hesy…sejak bila pulak kau pandai nak malu segala ni Nia?

“Jom?” Nia mengangguk dan mereka berjalan serentak menuju ke lif.




FARHAN menghampiri Nia dengan dua bungkus burger dan dua botol air mineral.  Satu burger dihulurkan kepada Nia.  Nia memandang bungkusan burger tersebut.  Untuk aku ke? Yelah Nia oi! Habis tu? Dekat hantu? Mestilah dekat kau!

“Macam biasa…burger daging dengan sos meleleh…favourite kau kan?”

Dia ingat lagi favourite aku? Nia mengambil bungkusan burger perlahan dari tangan Farhan.  Dia memandang lama burger tersebut.  Masih hangat lagi.

Thanks…” ujar Nia perlahan.

“Makanlah…kalau dah sejuk tak berapa sedap sangat.  Burger special
tu…”

Special? Apa yang special sangat entah? Nia membuka bungkusan burger tersebut lalu menggigit sedikit.  Wah! Nikmatnya dapat makan burger waktu malam-malam macam ni.  Sos dia memang meleleh macam Farhan cakap.  Ni yang aku suka.

“Sedap tak?” Nia hanya mengangguk.

“Aku yang buat.”

Uhuk! Uhuk! Nia tersedak.  Farhan segera menyuakan air botol kepada Nia.  Amboi! Biadabnya! Aku cakap aku buat, terus dia tersedak?! Jahat betul Nia ni.

Jodoh Ke Bodoh? Where stories live. Discover now