Bab 96

3.6K 145 0
                                    

Selepas makan ubatnya, Farina membaringkan badannya dengan perlahan-lahan ke atas katil sambil ditolong oleh Harris.  Harris memperkemaskan selimut di tubuh Farina.  Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Farina.  Baru je dua minggu pantang…degil betullah bini aku ni.  Risau dengan keadaan dia.  Manalah tahu jahitan terbukak ke.

“Esok kita balik eh?” ujar Harris sambil mengusap perlahan kepala Farina.

“Nak balik dah ke?”

“Ye…kita balik esok ok? Abang risaulah dengan keadaan sayang.  Takut jahitan sayang terbukak balik ke apa.  Abang tak nak jadi apa-apa dekat sayang lagi.”

“Tapi…” Farina cuba membantah tapi tak tahu nak bagi alasan apa.

“Sayang…think your condition.  You’re still confinement.  Sayang perlukan rehat yang secukupnya dan pantang elok-elok.  Kita balik esok ok? Lagipun, ibu dengan umi tadi tak habis-habis call abang dan tanya keadaan sayang.  They both risaukan sayang.”

Farina melepaskan keluhan kecilnya.  Dia memandang Harris seketika. 
“Ok…”

Harris tersenyum ke arah Farina.  “That’s my wife.  Sekarang, rehat secukupnya sebab sayang dah waste your energy banyak sangat.  Now, sleep,” Harris membetulkan selimut. 
Farina menutup matanya dan tidur.

Selepas memastikan Farina sudah tidur sepenuhnya, dia membaringkan badannya di sebelah Farina dan turut tidur sambil tangannya melingkar di pinggang isterinya.  Bantal peluk kegemarannya.  Tak salah kan? Isteri sendiri.




DALIYA merebahkan badannya di atas katil.  Rasa penatnya mula menjalar di dalam diri.  Tak sangka perkahwinan sepenat macam ni.  Matanya mulai kecil dan akhirnya dia tertidur.

Telinga Daliya tertancap pada bunyi pintu bilik yang baru ditutup.  Dia membuka matanya.  Matanya membulat bila melihat Megat Naufal Iskandar sedang berdiri di hadapannya.  Daliya pantas bangun dari pembaringannya. 

“Buat apa dalam ni? Macam mana boleh ada dalam ni?” tiba-tiba pulak jadi amnesia.  Takkan lupa diri tu dah kahwin?

“Lah…bilik aku jugak kan?” Megat Naufal Iskandar tersengih lalu menuju ke tandas.

Bilik dia jugak? Oh…hahahaha boleh pulak aku buat lawak tengah-tengah malam macam ni.  Hadoi…lupa pulak yang dia tu dah sah jadi suami aku.  Daliya, Daliya…

Megat Naufal Iskandar keluar daripada tandas dan menghampiri Daliya yang sedang duduk di birai katil. 

“Kenapa? Pelik? Lupa ke?”

Errr…tak baru ingat.  Tadi mamai kejap…” suasana sepi seketika. 
Emmm…aku nak pergi mandi
kejap…” Daliya bingkas bangun lalu menuju ke tandas.

Megat Naufal Iskandar tertawa kecil.  Takutlah tu…dia mengesot ke atas lalu membaringkan badannya perlahan di atas katil.  Tak lama kemudian, Daliya keluar dari tandas dengan berpakaian tidur lengkap.  Dia menghampiri Naufal yang sedang bermain dengan telefon.

“Nak tidur mana?” soalan bodoh pulak yang ditanya.

“Huh? Tidur mana? Tidur atas katillah.  Nak tidur mana lagi?” Daliya menggaru kepalanya mendengar jawapan Megat Naufal Iskandar.  Tidur sekatil ke ni?

“Kenapa? Ada masalah? Ke badan kau ni allergic nak tidur atas katil hotel? Atau…” Megat Naufal Iskandar menjongketkan keningnya.  Telefon diletakkan ke tepi.  “Kau takut dengan aku?”

Hah! Benda nilah yang aku tak suka nak dengar dia cakap.  Mulalah aku nak meremang bulu roma.

“Tak adalah…” dia menggaru belakang kepalanya yang dilitupi dengan tudung. 

“Tak ada?? Ok…so tidur jelah tepi aku.  Apa salahnya? You’re my wife and so I am to as your husband.  Tak salah kan kalau kita tidur sekatil?”

Emmmm…ya…memang tak salah,” Daliya duduk di birai katil dengan perasaan berdebar-debar.  Haih! Kenapalah aku nak berdebar sangat ni? Rilekslah! Dia bukannya nak buat apa pun dekat aku.

“Nak tidur dah?” pertanyaan Megat Naufal Iskandar dijawab dengan anggukan.

“Kalau dah nak tidur, kau tidurlah dulu.  Aku ada benda nak settle kejap.  By the way, buanglah tudung tu.  Tak menjadi haram pun untuk aku tengok rambut kau…”

Daliya memejamkan matanya seketika dan membukanya kembali.  Mungkin dah terbiasa pakai tudung depan orang yang bukan muhrim kot? Sebab tulah sampai dah kahwin ni pun aku masih pakai tudung. 
Perlahan-lahan tangannya membuka tudung yang dipakainya dan diletakkan di tepi bantal.  Dia membaringkan badannya membelakangi Megat Naufal Iskandar.

Megat Naufal Iskandar memandang Daliya sekilas.  Sampai macam tu sekali dia punya takut dengan aku.  Langsung tak pandang aku.  Dia mengesotkan badannya ke tepi menghampiri Daliya.  Wajahnya diturun sedikit ke telinga Daliya lalu membisikkan sesuatu di telinga Daliya.

Good night my sweetie, have a good night and dreams.  Mimpikan aku je…” bisiknya perlahan.

Bulu roma Daliya tegak berdiri.  Ucapan Megat Naufal Iskandar meremangkan bulu romanya.  Haih…apahal dia cakap lembut sangat ni? Tak apa Daliya, tenangkan diri dan buat seolah-olah kau dah tidur.  Jangan gelabah tak tentu pasal.





NIA duduk keseorangan di kerusi lobi hotel sambil melayan telefon bimbitnya.  Huh…bosannya! Layan telefon pun tak tahu nak main apa.  What’s app pun krik-krik je.  Nia lock kan telefonnya lalu memandang ke hadapan.  Haih…aku nak buat apa ni? Sofea pulak dah tidur.  Sakit kepala katanya.  Farina? Memang taklah aku nak kacau dia.  Gila ke apa? Dia kan pantang.  Kenalah rehat.

Farhan membetulkan jaketnya.  Memerhatikan Nia yang sedang bersendirian di kerusi lobi hotel.  Apalah yang dia buat sorang-sorang dekat situ? Dah nak dekat pukul sebelas malam dah ni.  Tak tidur-tidur lagi? Farhan berjalan menghampiri Nia.

“Cik adik manis…bikin apa di sini? Kenapa tarak tidur lagi?” suara ala-ala Hindu sesat disuarakan.  Mengacau konsentrasi Nia.

Nia menoleh ke tepi bila mendengar suara sengal menyapanya.  Naik terkejut dia dibuatnya bila melihat Farhan yang berdiri di tepinya.  Bukan Hindu.

“Kau ni! Dah pahal buat suara serak-serak Hindu? Aku ingat Hindu manalah tadi kacau aku! Nasib baik aku tak wachaa dengan pasu bunga ni!” balas Nia geram.  Boleh pulak dia buat suara macam tu.  Haih! Nak kena dia ni.

Farhan menyeluk tangannya ke dalam poket seluar dan memandang Nia lembut.  “Kalau ada Hindu datang kacau kau tadi, aku orang pertama yang akan bagi makan kaki tau! Kau jangan risaulah.  Abang Farhan always be by your side,” Farhan mendabik dadanya.

Pigidah dengan apa side-side tu.  Boleh caya sangat ke dengan cakap kau ni.  Lagi satu, buat apa dekat sini? Tak reti lagi nak tidur?”

“Nak kena pantau jugak buah hati yang tersayang ni.  Yelah, kita sayang orang tu lebih kan? So, kita kenalah pantau dia…tak adalah orang nak kebas dia nanti…”

Nia mencebik.  Statement yang tak boleh blah.  “Dahlah…jangan kacau aku.  Aku nak masuk bilik dulu…”

“Lah…kita baru nak borak dia nak masuk bilik pulak…”

“Apa borak-borak? Dah! Aku nak masuk bilik! Layan kau makin melarat!” Nia bangun dari kerusi lalu menuju ke lif.

“Nia!” Nia berhenti di depan pintu lif dan memandang ke arah Farhan. 
Good night.  Love you…”

Nia tayang muka menjengkelkan dan kembali memandang ke pintu lif.  Bibirnya tiba-tiba mengukirkan senyuman.  Senyuman gembira. 
Pintu lif terbuka dan dia pantas masuk ke dalam lif.  Haih…Farhan ni memang menguji aku betullah.  Tak pasal-pasal aku nampak macam orang gila pulak sebab senyum sorang-sorang.

Jodoh Ke Bodoh? Where stories live. Discover now