Bab 46

4K 143 4
                                    

Daliya membantu mak cik Masyitah apa yang patut sementara Iliya pula mengacau gulai yang sedang mendidih.  Aromanya dah pun menyelerakan.  Tapi, diorang masa bukannya atas dapur api gas macam kita dekat Malaysia eh.  Diorang guna kayu api je dengan sabut kelapa.  Pedih jugaklah mata mula-mula tapi bila dah lama ni oklah sikit walaupun menangis 24 jam.

Daliya memotong lobak lalu hirisan lobak dimasukkan ke dalam gulai.  Jangan kata apa ye memandangkan ini je bahan yang ada.  Di sini tak mewah macam Malaysia.  Nak ke pasar pun bukan kemain jauh kena jalan kaki.  Aku ulang, jalan kaki!
Hah! Walaupun si Luth ni ada motor tapi mak cik Masyitah cakap dia lebih suka berjalan kaki sebab nak kekalkan badan sihat.

“Mama!” Luth laung daripada luar. 
Tak lama kemudian, kelibatnya muncul di hadapan pintu dapur sambil tangannya membawa beberapa biji buah kelapa.  Ini mesti nak buat minum.  Haih…sedapnya.

“Hah! Jangan nak terliur sangat! Asal tunjuk buah ni je, terliur! Asal terliur je tengok buah kelapa!” sindir Luth.  Dia meletakkan buah kelapa tersebut di sisi mak cik Masyitah.

“Mana ada!”

“Jangan nak mana adalah sangat! Macamlah saya tak nampak! Tu, dekat hujung bibir tu.  Kenapa ada setitik nak keluar?” jari telunjuknya ditujukan tepat pada hujung bibir Daliya.

Daliya pantas mengelap hujung bibirnya.  Aikk??? Tak ada pun? Luth memandangnya dengan senyuman sinis.  Haih! Dia kenakan aku rupanya! Tak guna punya Luth.

“Sudahlah Luth…” mak cik Masyitah menggeleng dengan telatah anaknya.

“Entah abang ni.  Tahulah kak Liya ni cun pun!” pantas kepala Aisyah disekehnya.  Aisyah menjerit sakit. 

“Padan muka! Menyampuk orang tua-tua cakap!” Luth keluar dari rumah. 
Aisyah menggosok kepalanya yang disekeh oleh Luth.  Sakit betul.  Tangan jenis apa dia ni? Macam kayu balak kerasnya!

“Macam nilah Luth dengan Aisyah bila dekat rumah.  Hmmm…tak pernah-pernah nak berubah langsung.  Pening kepala kadang-kadang dibuatnya…” mak cik Masyitah menggeleng kepalanya kecil.  Lagipun, kalau anak-anak dia tiada, siapa yang nak menghiburkan hatinya nanti.  Hanya Luth dan Aisyah sajalah yang mampu menceriakan hari-harinya selepas kehilangan suami 10 tahun yang lalu.  Waktu tu pun Luth berusia 15 tahun dan Aisyah baru je berusia 10 tahun.

“Tak apalah mama.  Biasalah kalau adik dengan abang kan? Mestilah nak bermanja sikit…” aku dengan abang aku yang sulung tu boleh masuk lagi, mai yang nombor dua tu hapak langsung!

“Manja apa? Sakit tau kena sekeh dengan dia!” omel Aisyah.  Kepala rasa berdenyut kena sekeh.

Mereka hanya ketawa kecil melihat kerutan wajah Aisyah.  Mungkin sakitlah kot?





AKHIRNYA masakan mereka sudah siap.  Gulai ikan apa pun aku tak tahu.  Hahaha…aku bukannya kenal sangat jenis ikan ni.  Lupa pulak nak tanya mak cik Masyitah apa nama ikan ni.  Tapi jenis ikan sungai lah.  Semua sumber makanan seperti ikan diperoleh dari sungai.  Selain gulai, ada sedikit sayur goreng.  Tu pun daun kaduk je yang dipotong kecil-kecil dan digoreng sekali dengan buah teratai.

Aisyah pula turun ke bawah rumah dengan dulang berisi makanan di tangannya untuk dijamukan kepada kepada Luth, Farhan dengan Megat Naufal Iskandar.  Takkan nak biarkan kebulur je dekat bawah tu? Lagipun, dari celah-celah ni pun dah boleh usyar diorang dekat bawah. 
Hahaha…janganlah diorang dongak ke atas.  Mahu jadi wayang percuma tengok punggung anak dara orang.

Doa makan dibaca dan diaminkan serentak.  Mereka mula makan.  Daliya mencedok isi ikan ke dalam pinggannya.  Mesti sedap ni.  Kenalah puji.  Kalau kata tak sedap, automatik lidah ni pun kata tak sedap.  Mereka makan dengan penuh berselera. 
Daliya curi-curi tengok ke arah Luth, Farhan, Razif dan Megat Naufal Iskandar yang makan di bawah rumah.  Masing-masing makan laju gila.  Lapar gamaknya.  Hahaha…kesiannya aku tengok.

Jodoh Ke Bodoh? Where stories live. Discover now