Bab 102

3.5K 146 0
                                    


"Hai!" sapaan Farhan yang tiba-tiba memang membuatkan Nia terkejut beruk. Kalau beruk pun boleh terkejut ni. Silap hari bulan, dia lempar pisang dekat si Farhan ni.

Nia mengurut perlahan dadanya. Nasib baik dada aku tak pecah sebab terkejut dengan dia ni.

"Nak apa?"

"Emmm...tak ada apa. Saja je nak jumpa dengan kau. By the way, kau nak pergi kerja eh?"

Dah tahu boleh pulak tanya soalan bodoh tu. "Eh tak...kau nampak tak bandaran yang tengah sapu sampah depan tu? Hah...aku nak pergi tolong diorang sapu sampah jugak. Dapat pahala di musim ramadhan yang mulia ni kan?"

"Ya Allah...baiknya girlfriend aku ni. Tak sangka sanggup betul menolong orang sapu sampah. Kalau macam tu, jomlah tolong sekali!" Farhan pun sekali naik sengal.

"Hesy! Memang taklah! Aku nak pergi kerja. Kau ni tak ada kerja ke?"

"Eh! Ada! Kerja nak pikat kau..."

Nia buat muka menyampah. Ada pulak kerja tak masuk akal macam tu. "Daripada melayan kau ni, baik aku pergi kerja."

"Adik manis...nak pigi kija naik apa?" dia buat suara bangla pulak dah.

"Naik ikut suka hati aku," ada ke naik ikut suka hati aku? Tak masuk akal. Kenderaan jenis apa tu Nia?

"Lah...jomlah aku hantar..."

"Tak nak!"

"Jomlah..."

"Tak nak!"

"Jomlah..." Farhan menghalang jalan Nia.

"Isy! Jangan halang jalan aku boleh tak? Jangan bagi aku dapat banyak dosa please..." tak pasal aku dapat dosa free je sebab maki hamun dia ni. Sabar Nia sabar...bulan ramadhan ni saja kena banyak bersabar dengan jin yang terlepas daripada ikatan ni. Fuh...

"Mana aku ada bagi banyak dosa pun? Aku cuma ajak kau naik dengan aku pergi ke tempat kerja. Lagipun, kita kan one way dan tak salah pun kalau aku hantar kau ke butik. Why not?"

"Why not? Tak payah gatal! Aku tahu kau ni memang gatal kan? Saja je nak merayap!"

"Mana ada merayap! Astaghfirullahalazim...pandai-pandai je buat cerita. Tak baik tau buat cerita masa bulan puasa ni."

Naik menyampah pulak aku dengan dia ni. Haih Nia...jangan menyampah. Buatnya kau hilang dia lagi kali ni, kau jugak yang nak menangis, nak meratap! Jangan buat kesalahan yang sama Nia.

"Fine! Aku naik dengan kau. Dasar memaksa!"

Farhan tersenyum kemenangan. Akhirnya...Nia nak jugak. Susah tau nak pujuk dia. Kena guna pelbagai taktik nak tarik dia.




FALIQ menghampiri Sofea dari belakang. Sofea termenung sambil memegang telefonnya. Ada chat yang diterimanya di what's app dari private number. Sapa pulak private number ni? Apa yang dia nak dengan bini aku ni? Eh...sejak bila pulak Sofea jadi bini kau ni? Oh...pandai-pandai je upgrade Sofea jadi bini kau. Dia membaca setiap apa yang dihantar oleh private number kepada Sofea.

"Dah lama ke private number ni kacau kau?" suara Faliq mengejutkan Sofea dari lamunannya. Telefonnya terus di lock.

"Sapa private number tu?" soal Faliq lagi. "Jawab Sofea. Ke kau ada orang lain tanpa pengetahuan aku?"

Jodoh Ke Bodoh? Where stories live. Discover now