Dato Amran memandang isterinya yang tersenyum lebar sambil menghidangkan makan mam mereka.Hati lelakinya mula terusik.
“Awak dah kenapa?Asyik senyum je dari tadi.Nak kata awak mengandung,tua sangat."perli Dato Amran.
Datin Ruhaiza menarik muka.Terasa dengan kata-kata suaminya.Lengan Dato Amran di cubit kuat.Terjerit suaminya kerana sakit.
“Tu la.Kalau cakap tu tengok sama eh?Saya senyum bukannya mengandung.Tapi saya dah jumpa bakal menantu kita!"kata Datin Ruhaiza ceria.
Tersembur terus air yang baru di minum Dato Amran.Nasib wajah dipaling ke sebelah.Mulut di kesat dengan napkin.
“Awak biar betul?Siapa pula yang awak nak jadikan ‘mangsa' anak bertuah kita tu?"
“Lah awak ni..Jangan risau.Pilihan saya sentiasa tepat.Yang penting,dia juga mahir dalam seni mempertahankan diri."jawab Datin Ruhaiza tenang.Makanan disuap ke mulut.
Dato Amran ternganga.Dahsyat betul bini aku ni..Dia mengunyah makanan dalam mulut sebelum bertanya..
“Tapikan.Macam mana awak boleh jumpa ‘bakal mangsa' tu?"
“Alah..Petang tadi saya kena ragut.Pastu ada budak perempuan ni tolong.Then saya bagi la alamat rumah kita."jawab Datin Ruhaiza.
“Awak ingat dengan alamat tu dia nak datang ke?Memang tak la."balas Dato Amran.
“Sebab tu saya saja jatuhkan gelang berlian saya tu."balas Datin Ruhaiza bangga.
“APA?!!"terkejut Dato Amran.
+++++Awal-awal pagi lagi Hana dah terpacak depan pintu pagar banglo mewah.Alamat dan nombor rumah di lihat.
“Betul la ni.Tapi kan..Mana orang?"
Kepala Hana kekiri dan kanan.Mencari butang loceng.Sekali pusing kanan dia nampak kotak kecil.Langkah di laju kan.Penutup kotak yang melekat di dinding pagar itu di buka.Ada satu butang kecil yang berwarna hitam.Kalau siapa yang tengok sekali mesti tak perasan.
+++++Ting!Tong!
Datin Ruhaiza yang berada di dapur menuju ke ruang tamu untuk melihat gerangan yang datang.Dia melihat melalui tingkap.Senyumannya terukir.
+++++
“Eh?"Hana terkejut.Yela tiba-tiba je pintu pagar tu terbuka.Dah la ada pondok pengawal dekat kiri bahagian dalam rumah yang berdekatan dengan pagar.Tapi pelik.Orang tak de.
“Assalamualaikum.."salam diberi bersama jari yang menekan punat kecil ditepi pintu besar itu.
Pintu dibuka dari dalam.Muncul wanita yang sama di mall semalam.Tapi kali ini gayanya hanya biasa.Tidak berpakaian mewah.
“Waalaikumussalam..Eh?Ni kan anak yang selamatkan aunty hari tu?"soal Datin Ruhaiza berpura-pura seperti tidak tahu tujuan asal gadis dihadapannya.
Hana bersalaman bersama Datin Ruhaiza sambil tersenyum kecil.Sebenarnya dia malas nak berlama dekat situ.
“Ya saya."ringkas.
Datin Ruhaiza meneliti pakaian Hana.Simple.Kardigan labuh berwarna hitam bersama T-shirt merah hati dan seluar jeans dipadankan dengan lilitan shawl kelabu,sama warna dengan seluar jeans.Beg sandang kecil turut digayakan.
“Masuk dulu.Kita makan-makan.Lagipun aunty tak sarapan lagi.Mari.."gamit Datin Ruhaiza.
Hana menurut tanpa bantahan.Dah alang-alang kan?Lagipun dia tak breakfast lagi.Tergesa-gesa nak datang sini punya pasal.
“Duduk lah dulu.Aunty nak ambil bihun goreng kejap."
Bayang Datin Ruhaiza hilang ke dapur.Kerusi ditarik dan di duduk.Matanya meliar ke kiri dan kanan.Mewah.Ya.Teramatlah mewah!Dekorasi yang elegant.Dinding di cat dengan warna light grey dipadankan dengan warna perabot hitam dan biru gelap.
Muncul Datin Ruhaiza dengan semangkuk besar bihun goreng.Dicedok ke dalam pinggan dan dihulur kepada Hana.Hana menyambut sambil mengucap terimakasih.
“Aunty tinggal sorang je ke?Sunyi je?"soalnya penuh berhati-hati.Mana tahu suaminya meninggal?
“Ouwh..Aunty tinggal dengan suami dan dua orang anak lelaki.Sorang study dekat UiTM.Yang sorang lagi bujang terlajak bekerja dekat syarikat papa dia.Tapi duduk asing.Papa diorang baru bertolak ke KLIA.Outstation.Tu yang sunyi sikit."jawab Datin Ruhaiza.
Hana diam.‘Sikit dia kata?Ni dah tahap macam duduk sorang dah.'
“Tadi saya ada nampak pondok pengawal.Tapi takde orang."
“Oh!Pasal tu sebab hari ni hari Sabtu.Aunty bagi cuti dekat pekerja-pekerja.Kesian dekat diorang.Kerja banyak cuti sikit."bihun disuap ke mulut.
Hana hanya mengangguk.Dalam hati dia memuji tindakkan wanita dihadapannya.Selesai makan,Datin Ruhaiza mengajak Hana ke taman di belakang banglo mewah itu.Mereka duduk di gazebo yang ada di satu sudut.
“Emm..Aunty saya tak boleh lama dekat sini.Saya datang pun ada hajat.Ni,gelang yang aunty tercicir."Hana menyerahkan semula gelang berlian itu kepada Datin Ruhaiza.
“Ya?Terima kasih la sebab sudi datang jauh-jauh sebab nak hantar balik gelang ni."Datin Ruhaiza tersenyum.
Hana membalas.Dalam hati tak sabar-sabar nak balik.Datin Ruhaiza pula bangga kerana ‘umpan'nya mengena.Hipokrit betul diorang ni..
+++++“Nanti datang la lagi..Aunty buat bluberry pie."Datin Ruhaiza tersenyum.
“Insyaallah.."balas Hana.Sebenarnya dia terliur dengar dessert kegemarannya.
Datin Ruhaiza menarik lagi senyuman manisnya.Sebenarnya dia saja melambatkan masa Hana.Dia akan pastikan plannya tidak gagal lagi.
“Lupa nak tanya.Apa nama anak?"
“Hana.Hana Marissa."
“Cantik nama.Secantik tuannnya.Nak panggil apa?"puji Datin Ruhaiza.
Hana tersenyum.‘Tak payah la puji.Nanti ada jugak yang pecah seluar kat sini nanti sebab terlebih kembang'.Omel hatinya.
“Hana je."balas Hana bersama senyuman.
Datin Ruhaiza mengangguk bersama senyuman sebelum menanya soalan sensitip.
“Ada boyfriend dah ke?Ke dah kahwin?"
Hana terkejut.Soalan ini la yang dia kalau boleh tak nak dengar langsung.Tapi nak buat macam mana.Terpaksa la aku rela..
“Emm..Belum.Boy pun tak de."jawab Hana perlahan.Malu kottt..!
Datin Ruhaiza menarik senyuman lebar.Entah la nak ukur dengan apa sebabnya lebar sangat!
“Nah tulis nombor telefon.Mana tahu senang nak jumpa.Aunty bukannya ada anak perempuan.Bosan la jugak."Datin Ruhaiza menyerahkan kertas dan pen hitam kepada Hana.
Hana menyambut laju lalu menulis laju.Yang dia tahu sekarang dia nak balik je.
“Ok la aunty.Hana balik dulu."katanya.
Mereka bersalaman sebelum seorang lelaki masuk dan memberi salam.Mata Hana dan lelaki itu bertembung sebelum Datin Ruhaiza memperkenalkan anaknya.
“Ni la anak aunty,Amir Farhan.Mir,ni Hana..Hana Marissa."saja Datin Ruhaiza tidak menyebut gelaran keluarga mereka.Syed.
Hana tidak beriak.Amir pula sudah terkena panahan mata ayu itu.Apa yang terjadi?
YOU ARE READING
Single or Taken?
Non-FictionHana Marisa-Seorang yang pendiam.Berumur 22 thn.Belajar silat dengan abang-abangnya sejak kecil.Hidup berdikari bersama-sama empat orang abang yang terlebih caring.Kedua-dua ibu bapa sudah meninggal.Diam tapi berisi.Berkulit putih.Menjadi kegilaan s...