Bab 9

364 10 0
                                    

Amir memusingkan pen ditangannya sambil mencuri pandang kearah Hana yang sedang dalam perjalanan ke pintu keluar.

"Err..Mr Amir? Hello?" Zhang Yi melambai perlahan tangannya di hadapan muka lelaki itu.

Amir yang terkantoi merenung anak dara orang itu segera membuka buku rekod masuk dan keluar.Matanya segera memandang kearah gadis cina dihadapannya.

"Er Yi..Kalau I nak tanya boleh tak?" soalnya perlahan.

"Boleh je.Apa?" soal Zhang Yi kembali.

"Tu.Yang comel ala² patung tu." bibirnya dijuih kearah tempat Hana sedang berdiri.

Zhang Yi memanjangkan lehernya mengikut arah muncung Amir.Matanya hanya terpandang Hana, adik majikannya sahaja.

"Ouh Hana.Kenapa dengan cik Hana?"

"Kalau boleh I nak tahu la jugak.Dia selalu datang sini eh?" soal Amir tanpa berkias lagi.

"Cik Hana selalu weekend macam ni baru datang. Dia VIP guest ma.." jawab Zhang Yi sambil tersengih.

Amir berkerut dahi.

"VIP?"

"Ya la..Dia tu.."

"Zhang Yi."

Panggilan dari seseorang mematikan bicara Zhang Yi.Hana mengukir senyuman nipis kepada gadis cina itu sebelum matanya menangkap kelibat Amir yang turut berada di situ.

"Amir?" soalnya.

Amir sengih sambil buat peace. Dia mengerling kearah Zhang Yi yang sudah menggeleng perlahan.Kantoi!

"Err..I nak balik nih.Nanti you inform dekat bos you kata I nak dia tukar bola yoga tu.I tak selesa yang tu." adu Hana.

"Ok.Apa² nanti I kasi tahu dia.You tahu la perangai dia tu macam mana kan?"

Soalan Zhang Yi menyebabkan Hana mengukir senyuman lebar.Kemudian matanya kembali tertancap kepada Amir yang sibuk menulis sesuatu dalam buku rekod.

"Ok I balik dulu.Apa² suruh dia call I." sempat Hana memesan.

Zhang Yi hanya membuat simbol 'ok' sambil sengih.

Di tempat parking Hana segera menyelongkar beg sandangnya.Kunci kawasaki di keluarkan.Baru kaki ingin melangkah kearah motorsikalnya tiba² bahunya dicuit dari belakang.

"Apa lagi..?" soalnya malas.

Amir sengih.

"Tak sangka boleh jumpa sini.Awak selalu ke sini ek?"

"Yea..So?" Hana sudah cemberut.

Amir mengulum senyum. Walaupun riak muka Hana tak rela berjumpa dengannya tetapi dapat dengar suara gadis itu sekali pon ok.

"Nanti kalau ada masa join sekali dengan saya nak?"

Soalan Amir menyebabkan Hana membuat muka geli.

"Join? Sorry sikit.Saya suka privacy.Ok cau."

Baru kaki hendak melangkah bagaikan ada gam yang melekat di tapak kaki dengan kata² Amir.

"Nak privacy? Boleh.Kahwin dengan saya." bangga sekali bunyi nya.

Hana menoleh kearah Amir perlahan².Muka tak payah cakap lah..Dah serupa beruk tertelan biji durian.

"Huh? Eeeii..Minta simpang lah." kata Hana sebelum berjalan laju kearah kawasaki.

Amir pula seakan² tercabar dengan kata² Hana.Ego lelakinya mula naik mendadak. Belum ditambah dengan kemarahannya lagi.

Single or Taken?Where stories live. Discover now