PART 3

150 14 0
                                    

Rara masih tertidur di tengah ruang tamu. Pintu terbuka luas, angin malam bertiup masuk. Alexa masih memerhatikan anak buah nya yang masih menangis didalam tidur.

"mami.. Saya buat salah.. Saya takut." rara meracau.
"Rara, bangun Rara." alexa usap kepala Rara dengan lembut.

Dengar suara Alexa, Rara terus bangun. Riak wajahnya berubah.

"kau pigi mana baa, saya panggil pun tida datang"
"tidak pergi mana pun, minta maaf ya."
"ok, jangan kasi tinggal saya lagi ya" Rara bilang.
"baiklah sayang.pergilah mandi, saya mahu bersihkan ini"

"saya takut nanti mami tanya? " sambil tunjuk darah dilantai.
"tidak perlu jawab apa2 sayang, sekarang pergi mandi"
"ok"

Rara berlari naik ke tingkat atas..

***************************

Sementara Rara lari naik ke bilik untuk mandi, Joshua sedang tengok rakaman cctv dari Tabletnya. Darah dilantai bergerak perlahan dan menghilang ntah kemana. Seperti disedut sesuatu. Terkejut betul dia tengok situasi tu Dan replay semula kejadian waktu siang. Apa yang terjadi? Dengan siapa emma bercakap? Dia runsing, terlalu runsing.
Qisha baru keluar dari bilik air sambil keringkan rabutnya pakai towel dan duduk di katil.

"Shaaa, jom balik." suaranya tenang.
"aik, kenapa tiba2 mau balik ni? "
"saya rindu Rara."
"erm, tapi kerja masih banyak lagi."
"tidak apa, nanti saya urus kemudian. kita balik sekarang ya." joshua memujuk.
"esok pagi ndak boleh? "
"saya mahu pulang sekarang sayang.jom la baa" manja betul joshua memujuk.

Malam tu dorang pulang ke KK, pemanduan Joshua sangat laju dan menakutkan Qisha. Riak wajahnya juga kelihatan serius. Dia sangat risaukan rara yang tinggal bersendirian. Sampaikan Qisha memanggil namanya pun dia tidak dengar.
Sehingga ketiga kalinya Qisha teriak sudah.

"JOSHUAAA!!!!! jangan langgar kura² tuu!!! " Qisha menjerit.
"Ya tuhann!!!  Kenapa kau tiba²teriak ni?"
"cuba pusing balik, kesian tu kura².cepat pusing!! "
"ya lahh ya lahh."

Joshua U turn,kali ni dia drive slow ja.

"stop stop stopp!!! Fuhhhh, nasib baik dia ok ja. Kau tolong kasi tebalik dia ba, kesian nanti kena langgar lagi"

Joshua cepat2 turun dari kereta, pigi pungut tu kura² yang terbaring.

"adih, mana sudah kaki kau ni?" dia tanya tu kura²,kaki nya putus pula.

Si joshua pun bawa la kura² tu masuk kereta.

"sayang, kesian dia ndada kaki.nah pigang dulu."
"tu lahh, kau tu kenapa juga drive begitu laju??"

Diam ja Josh, fokus memandu. Manakala Qisha balut kaki kura2 pakai sapu tangan Joshua.

"Josh, kau ada apa² ka mau kasitau saya ni? "
"erm??  Ndada lah.kenapa?"
"kenapa kau ni lain² ja? "
"tiada apa2, tu kucing sudah ok ka? Hilang kaki dia. Saya yang langgar ka? "

"kucing?? Kura² bah ni josh. Aduii na bah! "

Joshua diam ja, fokus memandu. Qisha bertambah² hairan. Apa yang husband nya fikirkan.?

"mau Call rara, tapi nanti menganggu pula. Manatau dia sudah tidur." bercakap Qisha sendiri. Joshua tetap diam.

"kau ada tengok Rara hari ni? Saya belum cek lagi"
Senang hati qisha ambik Phone nya dari handbag. Dia mau tengok cctv la tu.

"mau tengok apa nya sayang?  Manada line di area sini ni" joshua bersuara.
"iya kah? Bah ok lah" dia simpan balik phone.

Sepanjang perjalanan Qisha bercakap ja, joshua diam. Biasanya joshua yang banyak cakap.

INNOCENT SEASON 3Where stories live. Discover now